Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Kita sedia maklum tentang intermittent fasting antara yang sangat popular dan menjadi trend terkini. Ramai yang buat untuk bertujuan menurunkan berat badan. Tapi adakah anda tahu disebalik kebaikan yang kita dapat ada keburukan kesan intermittent fasting yang ramai orang tak tahu.

Saya bukan against IF. Sebab saya sendiri pun antara yang menggunakan kaedah ini untuk proses menurunkan berat badan. Cumanya apa pun bersederhana. Sebenarnya IF ni kalau di negeri orang lain mereka pernah buat up to 72 jam.

Tak boleh bayangkan 72 jam tu macam mana. Lebih kurang dalam 3 hari tak boleh makan dan hanya minum air kosong. Objektifnya sebab nak mencapai proses autophagy peaks tu.

Tapi dalam Islam melarang kita untuk berbuat sedemikian.

Dalam Surah Al Baqarah ayat 2:184;

But fasting is best for you if you only knew.

Maksudnya di sini, puasa Ramadhan mahupun puasa sunat mengikut syariat islam bermula terbit fajar sehinggalah terbenam matahari adalah yang terbaik.

Sebenarnya jika kita kaji betul betul study tentang jadual intermittent fasting, memadai 12-15 jam untuk kita dah dapat kesannya.

Mekanisme Intermittent Fasting

Jom kita fahami mekanisma bagaimana intermittent fasting ni berlaku.

Berpuasa selama 10-16 jam akan menggalakkan badan kita menukar lemak yang tersimpan kepada tenaga. Nampak tak proses tu dah mula berlaku.

Pada seawal 4-8 jam, gula dalam darah mula menurun. Insulin level mula jatuh.

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang yang ditugaskan menukar (gula) glukosa dari sumber karbohidrat yang kita makan sebagai tenaga. Tenaga yang ditukar oleh insulin inilah yang digunakan tubuh untuk berfungsi dan melakukan segala aktiviti.

Mempunyai  lebih banyak insulin dalam darah kita akan menyebabkan kita ingin makan lebih banyak dan dapat menekan efek leptin yang merupakan hormon kenyang.

Sebenarnya bila kita lengkapkan puasa 12 jam, makanan yang di makan mula di bakar. Di fasa ini proses penyembuhan sudah pun bermula. Growth hormon mula meningkat sebanyak 1300%.

Jika kita berhenti makan makanan berkalori selepas 4-6 jam, pankreas akan menghasilkan glukagon.

Glucagon akan dirembeskan. Sistem penghadaman bermula dalam keadaan rehat.

Glukagon adalah “bertentangan” kepada glikogen kerana ia membantu badan untuk menarik tenaga dari hati dan dari simpanan lemak.

Pada masa 13-15 jam, proses pembakaran lemak semakin meningkat dan lebih agresif lagi. Ketones mula menaik. Fasa ni pada saya masih diterima pakai lagi jika kita berpuasa pada 12 jam – 15 jam. Kalau kita tengok jika kita berpuasa Ramadhan pun dalam 13 jam.

Kesan buruk intermittent fasting bermula

Nampak tak? Apa yang cuba disampaikan pada kita semua dalam ayat Al Quran di atas. Cantik bukan segala percaturan Allah itu.

Jika kita panjangkan lagi puasa kita sehingga ke maksimum 72 jam kita akan mendapat kesan autophagy yang optimum terhadap kesihatan kita.

Tetapi dalam masa sama kita akan tak bermaya. Berasa letih yang melampau. Lapar yang keterlaluan. Kita tidak boleh fokus. Mood swing. Metabolisme badan mula merosot.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang teruk kita tak galakkan untuk buat puasa yang terlalu panjang. Kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Apa kaitan hormon leptin ni pula dalam fasting

Hormon leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak di dalam tubuh. Ia bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan tenaga dalam tubuh dan pengambilan makanan dengan memberikan isyarat kepada otak tentang jumlah tenaga yang tersedia dalam badan.

Semakin tinggi tahap leptin dalam badan, semakin kurang lapar seseorang itu.

Sekiranya tahap leptin rendah, ia akan menyebabkan peningkatan selera makan dan pengambilan makanan yang lebih banyak. Oleh itu, hormon leptin memainkan peranan penting dalam mengawal berat badan dan metabolisme dalam badan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap leptin dalam badan termasuk diet. Gaya hidup. Perubahan hormon semasa kehamilan atau puberti.

Jika tahap leptin tidak seimbang, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes.

Jadi jika kita buat intermittent fasting sahaja tanpa gabungan cut kalori untuk diet anda, maka ia tidak memberikan hasil yang positif.

Sebab itu kita galakkan suku suku separuh. Kerapkan bersenam. Elak dari makanan proses. Cukup tidur untuk mengawal hormon leptin itu tadi.

Kesan intermittent fasting yang lama dan secara saintifiknya memadai puasa 12-15 jam

Bila kita berpuasa dalam jangka masa panjang kita akan berasa yang teramat lapar. Apa yang berlaku ketika itu.

Hormon Ghrelin adalah hormon yang dihasilkan oleh perut. Bertanggungjawab untuk mengawal nafsu makan dan mempengaruhi pengambilan makanan. Hormon ini dipanggil sebagai “hormon lapar” kerana tahap ghrelin dalam badan meningkat ketika perut kosong dan menurun selepas makan.

Jadi apabila tahap ghrelin yang tinggi akan mengakibatkan peningkatan nafsu makan. Ini akan menggalakkan pengambilan makanan yang lebih banyak. Oleh itu, hormon ghrelin memainkan peranan penting dalam pengawalan berat badan dan metabolisme.

Jika kita kurang tidur. Tekanan emosi. Diet tidak sihat boleh meningkatkan tahap ghrelin dalam badan. Sekiranya tahap ghrelin tidak seimbang, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan gangguan pemakanan.

Oleh itu, penting untuk menjaga tahap ghrelin dalam badan dengan memastikan pola tidur yang cukup. Mengurangkan tekanan emosi. Memakan makanan yang seimbang.

Bagaimana kita nak memanfaatkan intermittent fasting, kalau boleh mahu juga untuk dapat level proses Autophagy tanpa menyeksakan

Apa itu Autophagy

Autophagy ialah proses biologikal semulajadi dalam badan yang membantu menyingkirkan sel yang telah rosak dan bahan yang tidak diingini untuk menjana semula sel-sel baru yang lebih sihat.

“Auto” bermaksud diri dan “fagy” bermakna makan. Oleh itu makna literal autophagy adalah “makan sendiri.” 

Ia juga dirujuk sebagai “self eating.” Ia sebenarnya memberi manfaat kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

Proses autophagy berlaku apabila sel-sel dalam badan mengesan keperluan untuk membuang bahan-bahan yang tidak berguna, seperti organel sel yang rosak atau tidak berfungsi. Sel-sel kemudian membungkus bahan-bahan ini dalam struktur yang dipanggil autophagosome dan menghantar ke lysosome.

Di mana bahan-bahan itu kemudiannya terdegradasi, dikitar semula, dan digunakan untuk menjana molekul yang memacu pengeluaran sel baru yang berprestasi optimum.

Kebaikan Autophagy dalam intermittent fasting

  1. Autophagy melindungi pembiakan sel kanser.
  2. Autophagy membantu performance otot lebih baik.
  3. Autophagy mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative yang berkaitan kesihatan mental dan memori.
  4. Autophagy mengurangkan masalah keradangan pada sel.
  5. Autophagy mengurangkan kesan penuaan lebih cepat.
  6. Mempengaruhi tenaga selular lebih baik.

Tapi dalam intermittent fasting untuk nak dapat kesan autophagy ni, kena berpuasa sekurang-kurangnya 36 jam ke atas bagi mendapat kesan yang lebih optimum.

Alternative lebih sihat untuk aktifkan Autophagy

Di Shaklee kita mempunyai Vivix , Res V dan Coq trol plus yang membantu untuk mendapat manfaat kesan autophagy yang lebih optimum.

pengedar shaklee usj
vitamin shaklee

Tak perlulah untuk kita berlapar lebih lama untuk dapatkan kesan autophagy. Bak katab Dr Redza, merupakan guru kesihatan kami dalam Nutrigenomics, you all amalkan dua produk ni pun dah cukup.

Vivix dan Coq Trol Plus Shaklee antara supplements terbaik untuk anda dapat kesan yang setara autophagy tu.

intermittent fasting

Jangan sampai nak jadi hantu “Mak Limah”.

Kesan sampingan Autophagy yang kita boleh dapat

Pemusnahan kolagen dalam badan

Badan manusia terdiri daripada 70 peratus air dan 30 peratus protein. Protein ini termasuklah kolagen. Setelah badan menggunakan hampir ke semua lemak tersimpan, sasaran seterusnya adalah protein.

Badan akan mula memecahkan protein pula untuk membekalkan tenaga kepada badan. Tambahan pula, ketika autophagy berlaku, ia menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen.

Badan secara amnya akan kekurangan kolagen.

Jadi apa berlaku pada badan jike kekurangan kolagen?

Berlaku penuaan lebih cepat. Sel tubuh berlaku keradangan. Menyebabkan kita akan sakit badan. Sakit sendi.

Kemerosotan kesihatan kulit. Keguguran rambut.

Tulang mudah rapuh. Kita akan berasa sangat letih lebih dari usia.

Jadi apa yang perlu kita buat?

vitamin shaklee

Sebab itu kita sarankan kena complimentaray. Sekiranya fokus intermittent fasting sahaja tidak boleh juga. Kena ada gabungan cut sugar dan cut calories.

Kalau hanya nak dapat kesan autophagy pula pun tidak boleh. Sebab nanti kita akan merana disebabkan masalah kekurangan kolagen.

Jadi kena complimentary untuk amalkan Collagen Plus Powder daripada Shaklee kerana bahan aktif Collagen Peptide membantu untuk mengurangkan daripada masalah keradangan. Masalah osteoporosis. Osteoarthritis. Dan bukan pada penuaan sahaja.

Bila anda nak cari kolagen pastikan mempunyai bahan aktif vitamin c sebab ia membantu penghasilan kolegan itu lagi.

Jadi secara kesimpulannya untuk mendapatkan kesan autophagy yang optimum dalam intermittent fasting anda, wajib lakukan 4 perkara di bawah:

  1. Intermittent fasting dan untuk yang beragama Islam lebih baik ambil kesempatan berpuasa Ramadhan dan puasa sunat.
  2. Gaya pemakanan yang sihat.
  3. Tidur yang cukup.
  4. Bersenam

Harap dengan artikel yang saya tulis ini sedikit sebayak dapat membantu anda lebih faham lagi terutamanya kepada anda yang mahu menggunakan kaedah intermittent fasting dalam proses menurunkan berat anda.

Ingat kita bukan hanya nak kurus tapi kalau boleh fat to fit. Lebih sihat disamping ramping dan takde lelemak yang berlebihan. Dan pastikan anda kena complimentary dengan vitamin Shaklee untuk mendapat kesan lebih optimum dan mendapat nutrisi yang seimbang.

Anda juga boleh baca entry seterusnya elak 6 kesalahan intermittent fasting.

Saya nak dapatkan vitamin Shaklee

Anda nak dapatkan vitamin Shaklee bersama kami? Hubungi kami sekarang!

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

Beacon : https://beacons.ai/sitiaisah

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#blogmegashaklee

#pengedarshakleesubangjaya

#intermittentfasting

One thought on “Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Orang Tak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *