Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Risiko Jarak Hamil Rapat, Ini Set Ibu Mengandung Shaklee Saya Ambil

Risiko Jarak Hamil Rapat, Ini Set Ibu Mengandung Shaklee Saya Ambil

Sekitar 9 bulan selepas melahirkan anak pertama (Nuha), Aisah disahkan hamil kembali. Masa tu betul-betul Aisah tak sangka kembali jadi ibu mengandung.

Sebenarnya, dalam masa yang sama Aisah sendiri pun tak perasan yang sedang mengandung.

Memang ada rasa mual-mual ringan datang. Pada mulanya, Aisah taklah merasakan apa-apa. Lagi pun ianya taklah seteruk macam masa mengandung kali pertama dulu.

Tetapi setelah berterusan beberapa hari, terdetik dalam hati;

“Eh, aku mengandung ke?”

Apa lagi, kaki pun melangkah ke farmasi dan membeli kit UPT.

Keesokan paginya, Aisah buatlah ujian UPT. Nah, hasilnya, naik dua line. Nampak gaya macam positif mengandung.

Dan apabila buat scan di klinik swasta, doktor sahkan yang kandungan dah masuk 12 minggu. Hampir 3 bulan baru tersedar yang diri dah mengandung.

Masa tu bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran. Anak pertama masih kecil dan menyusu. Dan kelahiran pertama pula dulunya adalah menerusi caesarean atau c-section.

Dengan jarak yang singkat di antara kandungan, maka Aisah sudah jadi salah seorang ibu yang berisiko.

vitamin ibu mengandung set mengandung shaklee
Aisah bersama anak pertama, Nuha. Masa ni Nuha hampir nak masuk setengah tahun.

RISIKO BAYI JADI PRAMATANG BILA IBU MENGANDUNG TERLALU RAPAT

Kalau mengikut sains perubatan, jarak kehamilan yang disarankan adalah lebih 18 bulan, tetapi tidak lebih daripada 60 bulan atau lima tahun.

Asasnya, selepas seseorang wanita tu dah bersalin, mereka kena lalui pelbagai proses pemulihan. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang bersalin secara c-section macam Aisah ni.

Sebagai contoh, proses pemulihan rahim mengambil masa enam bulan kerana pemulihan sel dan otot di sekitarnya berlaku secara berperingkat.

“Jika proses pembaikan rahim dari segi keanjalan dan ton belum mencapai tahap penyembuhan yang sepenuhnya, rahim belum kuat dan mudah berlaku kontraksi awal.”

Dr Salini Suhaila Nasir, Pakar Fertiliti Metro IVF, Harian Metro, 7 Disember 2017

Bila ni terjadi, ibu-ibu yang mengandung terlalu cepat selepas kelahiran sebelumnya jadi berisiko untuk melahirkan bayi pramatang.

Bukan sikit-sikit tau risikonya. Sebab ia boleh meningkat sehingga 48%.

Menakutkan.

TUMBESARAN BAYI DALAM KANDUNGAN JUGA BERISIKO TERJEJAS

Sepanjang wanita mengandung, kita akan berkongsi nutrisi seharian bersama bayi yang dikandung.

Dalam kata lain banyak nutrisi yang berada dalam badan ibu ni akan mengalir kepada janin.

Selepas bersalin, badan kita memerlukan lebih masa untuk mengembalikan nutrisi dan tahap kesihatan kepada paras optimum.

Maka sebab tu, kita para wanita ni digalakkan untuk menjarakkan kehamilan.

Jika jarak hamil terlalu rapat, dikhuatiri paras nutrisi di dalam badan kita masih lagi kurang atau tidak cukup.

Kesannya, bayi yang dikandung oleh wanita seperti Aisah ini berisiko untuk mengalami tumbesaran yang perlahan atau terbantut.

Ini termasuklah saiz bayi yang dilahirkan nanti berpotensi untuk menjadi lebih kecil.

KEKURANGAN NUTRISI IBU MENGANDUNG BOLEH BAWA KOMPLIKASI

Kekurangan nutrisi bukan saja boleh buatkan tumbesaran bayi jadi perlahan atau terbantut. Malahan ada yang jauh lebih merisaukan Aisah.

Nak tahu apa dia?

Neural Tube Defects (NTDs).

Ok, NTDs ni adalah kecacatan pada otak (anencephaly) atau saraf tunjang bayi (spina bifida). Kalau siapa pernah tengok gambar bayi yang macam ni mesti sayu je rasanya.

Risiko ini terjadi apabila ibu yang mengandung mengalami kekurangan nutrisi asid folik.

Dan kalau wanita mengandung kekurangan zat besi atau mengalami masalah anemia (kekurangan darah), ia juga boleh menyebabkan komplikasi.

Antaranya, seperti kelahiran pra matang, kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.

Kesan pada bayi pula boleh menyebabkan tumbesaran yang terbantut, kerencatan perkembangan akal dan psikomotor.

vitamin ibu mengandung set mengandung shaklee
Sempat pergi ke Kundasang semasa mengandung anak kedua

INI LANGKAH YANG AISAH AMBIL SEPANJANG KEHAMILAN

Selepas mendapat nasihat dan persetujuan dari doktor, Aisah pun mengambil beberapa vitamin dan makanan tambahan untuk memastikan nutrisi cukup.

Ini supaya bayi yang dikandungkan tu membesar dengan baik, sihat dan selamat dilahirkan. Dan untuk Aisah pula, tak mengalami sebarang komplikasi.

Memang doktor ada beritahu Aisah, kemungkinan untuk Aisah bersalin kali kedua ni secara caesarean juga agak tinggi.

Tapi kalau boleh, mereka (termasuk Aisah sendiri) berharap bayi dapat dilahirkan secara normal. Dan ini semua bergantung kepada situasi kesihatan Aisah dan bayi itu sendiri.

Nak tahu apa vitamin dan makanan tambahan yang Aisah ambil?

Ini senarainya.

1. Vitamin B Complex Shaklee

Vitamin B Complex with folic acids ni mengandungi pelbagai jenis vitamin B. Antaranya B1, B2, B3, B6, B12 dan asid folik.

Aisah ambil vitamin ni untuk bantu kurangkan risiko NTDs, mendapat anemia dan meroyan (post partum depression) selepas bersalin.

2. Kalsium Ostenutrix Shaklee

Supplemen kalsium yang Aisah ambil ni sebenarnya bukan semata-mata mengandungi kalsium. Tapi ia juga bergabung dengan magnesium dan vitamin D.

Aisah ambil supplemen ni untuk elakkan otot kaki rasa kejang-kejang semasa bersalin dan masalah gigi semasa mengandung.

Selain tu juga, ia membantu untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi yang dikandung.

3. Multivitamin Shaklee

multivitamin shaklee ibu mengandung wanita hamil

Multivitamin mempunyai pelbagai mikronutrien dan mineral penting untuk nutrisi wanita mengandung. Antaranya vitamin C, vitamin D, zat besi, vitamin A berasaskan carotenoids, dan lain-lain lagi.

Aisah ambil multivitamin ni untuk tingkatkan sistem pertahanan badan semasa mengandung serta membantu pertumbuhan tulang, gigi, jantung, otot, dan saraf bayi.

Selain itu, ia juga membantu dalam penghasilan darah merah yang cukup sepanjang kehamilan, untuk kesihatan Aisah dan juga bayi dalam kandungan.

4. Protein Soya ESP Shaklee

esp shaklee ibu mengandung wanita hamil

Aisah juga ambil sejenis minuman protein soya semasa mengandung.

Minuman protein soya yang Aisah minum ni membantu memberi tenaga sepanjang kehamilan. Tak adalah Aisah mudah letih.

Protein soya ni juga bagus untuk membantu pembentukan kulit, rambut dan kuku bayi yang sihat. Nanti nampak cantik je.

Paling penting sekali, minuman yang Aisah ambil ni rendah indeks glisemik (low glycemic index), atau nama singkatannya GI rendah.

Apa benda tu?

Makanan GI rendah ni dicernakan secara perlahan. Dan ini menyebabkan kenaikan kadar gula darah yang lebih perlahan dan lebih kecil.

Kuranglah risiko untuk Aisah dapat kencing manis atau diabetes (yang dikenali juga sebagai GDM) semasa hamil.

GDM ni bahaya sebab ia boleh bawa pelbagai komplikasi bagi wanita mengandung dan juga bayi dikandung.

vitamin ibu mengandung set mengandung shaklee
Masa mengandung ni juga saya beberapa kali berulang alik naik kapal terbang Labuan-Kuala Lumpur sebab ambil degree di MAHSA.

Alhamdulillah, pada akhir tahun 2012 saya selamat melahirkan anak kedua saya secara normal.

Kalau tak silap kandungan ketika itu sudah masuk minggu ke-38. Jadinya, bukan bayi pramatang lah.

Walaupun berat baby kedua saya taklah seberat baby pertama, tetapi doktor kata ianya masih dalam kategori sihat walafiat.

Syukur sangat-sangat, sebab tiada sebarang komplikasi dan keadaan yang tak diingini sepanjang hamil dan juga bersalin.

Sudahlah sepanjang mengandung ni saya beberapa kali naik kapal terbang sebab tuntutan belajar degree. Sampai masuk minggu ke-34 pun masih terbang lagi.

Disebabkan pengalaman luar biasa ni, kami namakan anak kedua Bouchra yang membawa maksud khabar gembira.

vitamin ibu mengandung set mengandung shaklee
Bouchra masa baru berusia 5 hari.

MACAM MANA NAK BELI VITAMIN IBU MENGANDUNG SHAKLEE?

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu mengandung, anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Untuk Labuan/ Sabah / Sarawak boleh dapatkan set mengandung Shaklee dengan Pengedar Shaklee Aktif di Labuan.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung

www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

One thought on “Risiko Jarak Hamil Rapat, Ini Set Ibu Mengandung Shaklee Saya Ambil

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?