Jaga-Jaga Wanita, Ini Sebab Anda Berisiko Dapat Sakit Lutut

Soalan teka teki, antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih ramai menghidap sakit lutut?
Cuba pembaca blog Aisah jawab.
Haaa, siapa yang jawab perempuan, Aisah bagi 100 markah. Anda berjaya jawab dengan betul.
Ya, memang betul wanita lebih berisiko untuk mendapat sakit lutut. Tapi ini bukanlah bermaksud lelaki tak dapat masalah ini.
Cumanya, kaum perempuan lebih berisiko tinggi untuk mendapatnya berbanding kaum lelaki.
APA ITU SAKIT LUTUT?

Sebelum pergi lebih jauh, biar Aisah terangkan serba sedikit tentang permasalahan ini dari sudut perubatan. Lagi pun Aisah sendiri memang datang dari bidang perubatan kan.
Tujuannya adalah supaya anda lebih faham tentang masalah sakit lutut ini.
Dalam bidang perubatan, sakit lutut ni tergolong di dalam knee osteoarthritis atau osteoartritis lutut.
Macam mana nak sebutnya tu? Macam berbelit-belit lidah kan.
Ok, tak apa. Sebutannya adalah os-teo-aa-thrai-tis.
Secara amnya, osteoarthritis ni adalah keadaan di mana kusyen semula jadi di antara dua sendi kita menjadi haus. Kusyen ni kita panggil sebagai rawan.
Kalau dahulu kita boleh berjalan atau naik tangga tanpa rasa sakit, itu adalah disebabkan rawan ni berfungsi dengan baik.
Kalau kita boleh berdiri untuk memasak, solat dan dukung anak kecil tanpa rasa sakit, itu juga adalah disebabkan rawan kita berfungsi dengan baik.
Sebabnya rawan ni akan menyerap segala tekanan semasa kita lakukan aktiviti. Dan dia juga melincirkan pergerakan di antara dua sendi di bahagian lutut kita.

UMUR BILA BIASANYA MULA SAKIT LUTUT?
Walau bagaimanapun rawan ni tak selamanya akan anjal untuk serap hentakan. Semakin usia anda meningkat, fungsi rawan akan semakin menurun. Ini disebabkan rawan anda menjadi haus.
Haus ni bukan dahaga tau. Haus di sini bermaksud rawan kita jadi menipis. Untuk senang faham, dia lebih kurang macam tapak kasut kita. Lama kelamaan terkikis dan nipis.
Apabila jadi macam ni, sendi di bahagian lutut anda akan mula bergesel sedikit demi sedikit. Dan inilah yang membuatkan anda mula rasa sakit ketika melakukan pergerakan.
Kebiasaannya, ramai akan mula dapat osteoarthritis pada usia lewat 40-an hingga ke pertengahan 50-an. Tetapi sejak kebelakangan ni ,sudah ada trend usia lebih muda daripada ni pun dah boleh dapat sakit lutut.
KENAPA WANITA LEBIH BERISIKO MENDAPAT SAKIT LUTUT?
Adalah menjadi suatu kebiasaan berat badan wanita akan mula meningkat beberapa tahun sebelum mereka menopause. Fasa sebelum menopause ini kita panggil sebagai pra-menopause.
Tapi ianya tak berhenti di situ. Apabila wanita ni masuk fasa menopause, berat badan akan makin meningkat.
Semua ini disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan wanita. Dan perkara ini diburukkan lagi dengan gaya hidup kita apabila semakin berumur.
Macam mana tu?
Ok, biasanya bila kita makin berumur ni kita akan perlahankan gaya hidup. Maksudnya kita dah mula nak kurang aktif nak buat aktiviti fizikal. Tapi dalam masa sama pengambilan pemakanan kita masih mungkin tak banyak berubah.
Dalam masa yang sama, kadar metabolisme badan kita juga menurun seiring dengan peningkatan usia. Kombinasi pelbagai faktor ni yang buatkan berat badan makin ketara untuk naik.

Mungkin ada kalangan pembaca blog Aisah tertanya-tanya, apa kaitan berat badan dengan sakit lutut?
Apabila berat badan kita bertambah, dia akan semakin memberi tekanan kepada sendi lutut kita. Tu yang bertambah-tambah rasa sakit.
Apabila dah rasa sakit, makin susahlah kita nak buat aktiviti fizikal. Dan tanpa banyak aktiviti fizikal, makin susahlah nak turun berat badan.
Bila dah jadi macam ni, seseorang itu juga berisiko untuk menjemput penyakit-penyakit lain pula yang datang untuk menyerang.
Antaranya, susah bernafas dengan baik, masalah berkaitan jantung serta tekanan darah dan juga kencing manis.
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?
Jalan terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mencuba untuk mengawal berat badan.
Jika anda sudah dikira termasuk dalam kategori berat berlebihan, sebaiknya anda mencuba untuk menurunkan berat badan melalui pengambilan makanan yang baik.
Atau, jika anda perasan berat anda dah mula menaik semasa fasa pra-menopause dan menopause, anda juga cuba untuk kawal daripada meroket dengan pengambilan makanan yang baik.
Ini dapat mengurangkan tekanan terhadap bahagian sendi dan rawan lutut anda. Dan seterusnya memperlahankan proses anda dapat sakit lutut.
PEMAKANAN SIHAT UNTUK KURANGKAN RISIKO SAKIT LUTUT
Berikut adalah perkara yang anda boleh lakukan dalam menangani isu berat badan semasa pra-menopause dan juga menopause.
1. Kurangkan pengambilan makanan manis

Kita duduk di Malaysia ni memang dikelilingi dengan macam-macam makanan bergula. Bukan setakat minuman dan pencuci mulut, dalam lauk-pauk pun banyak gula diletakkan.
Dan gula ni memang penyumbang terbesar kepada masalah nak kawal berat badan.
Jadi, anda boleh kurangkan pengambilan gula tersebut dalam seharian. Contohnya, minimumkan air manis dan snek manis. Banyakkan minum air kosong.
2. Kurangkan pengambilan kalori pemakanan
Apabila sudah berusia, kondisi badan kita tidak seperti semasa remaja dahulu. Dan kita juga tak seaktif seperti dahulu.
Untuk mudah mengawal berat badan, maka anda harus kawal kalori pemakanan seharian. Cuba kurangkan portion makanan berdikit-dikit.
Atau, kalau anda jenis selalu makanan segera, sejuk beku (seperti sosej, kentang goreng, nugget) dan juga jajan (junk food), anda boleh juga minimumkan pengambilannya.
Ini kerana, makanan yang Aisah senaraikan tu tinggi kalori dan kurang nutrisi.
3. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan tertentu
Ada minuman berbentuk protein daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu dalam pengurusan berat badan.
Pengambilan protein seperti ini membantu seseorang untuk rasa cepat kenyang dan sekaligus membantu anda untuk kawal portion makanan seharian.
Selain itu, protein juga penting dalam memelihara jisim otot pada tubuh kita
Secara asasnya, jisim otot kita akan berkurangan apabila semakin berusia.
Antara fungsi otot ini bukan sahaja untuk kita bergerak dan mengangkat bebanan, tetapi juga untuk membakar kalori.
Jika jisim otot menurun, maka kadar metabolisme menurun. Apabila kadar metabolisme turun, kalori yang dibakar oleh badan berkurangan.
Keadaan ini membuatkan sukar untuk kita mengawal berat badan, serta memberi kesan kepada pergerakan kita.
Jadi, pengambilan protein ini membantu untuk kita memperlahankan kehilangan jisim otot apabila semakin meningkat usia.
Satu lagi nutrien yang baik untuk kawalan berat badan adalah minyak ikan omega-3.
Mungkin ramai hanya tahu minyak ikan ini baik untuk otak dan jantung kita. Sebenarnya ia juga boleh dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.
Dalam satu kajian dilakukan, mereka mendapati wanita sihat yang berusia mengambil 3 gram minyak ikan selama 12 minggu secara berterusan.
Hasilnya, kadar metabolisme wanita-wanita ini bertambah sebanyak 14%, bersamaan membakar ekstra 187 kalori sehari. Banyak tu, hampir bersamaan dengan 2 keping roti putih.
Selain daripada itu, minyak ikan omega-3 juga ada EPA dan DHA yang bersifat anti-radang (anti-inflammation).
Jadi, ia juga boleh membantu untuk mengurangkan keradangan pada sendi, dan seterusnya membantu mengurangkan risiko untuk sakit lutut.
MINUMAN PROTEIN DAN MINYAK IKAN UNTUK ANDA


Life Cinch Mixed Soy Protein ni merupakan sejenis minuman protein soya yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).
Selain protein, ia juga mengandungi leucine yang membantu mengawal perasaan keinginan nak makan.
Dan Life Cinch Mixed Soy Protein ini datang dalam dua perisa, iaitu Cafe Latter dan juga Chocolate. Bancuh dengan susu dan kemudian letak ais, memang sedap macam aiskrim rasanya.
Untuk minyak ikan pula, anda boleh ambil Omega Guard yang kaya dengan EPA dan DHA.
Dan untuk sesetengah orang yang mempunyai masalah berat badan, mereka mengalami isu berkaitan sembelit atau pelawasan. Jika anda hadapi kes sebegini, boleh mengambil Herb-Lax.


HUBUNGI AISAH SEKARANG UNTUK LIFE CINCH, OMEGA ATAU HERB-LAX SHAKLEE
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/SakitLutut
www.wasap.my/60176477837/SakitLutut
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)





