Awas! Anak Perempuan Akil Baligh Awal Berisiko Kanser Payudara
“Hah, baru darjah 2 dah datang period. Awal akil baligh nya, normal ke tu?”
Ibu-ibu di luar sana perasan sesuatu tak?
Generasi anak-anak sekarang mencapai akil baligh pada usia yang lebih awal berbanding generasi kita yang sebelumnya.
Mungkin anak-anak perempuan kita balik dari sekolah, dan bercerita tentang kawan-kawan sekelasnya sudah datang haid. Dan anak kita ketika itu baru sahaja berumur 8 tahun.
“Eh, zaman dulu, geng-geng mama yang paling awal datang period masa darjah 6.”
TREND ANAK PEREMPUAN AKIL BALIGH AWAL, NORMAL KE?
Mungkin ada ibu-ibu gembira atau bangga melihat anak perempuannya matang awal.
Hakikatnya, fenomena anak perempuan akil baligh pada umur yang terlalu awal bukanlah sesuatu yang normal.
Walaupun trend ini seperti sudah menjadi suatu lumrah di dalam kalangan masyarakat, tetapi kita tidak boleh mengganggapnya sebagai situasi normal ya.
Nak tahu kenapa?
Kalau di atas dokumen-dokumen rasmi, umurnya dikira masih budak-budak. Tetapi bila melihat kepada tubuh badan anak-anak ini, sudah terbentuk tanda-tanda kewanitaan.
Dari segi biologinya pula, mereka sudah memasuki fasa kematangan seksual. Atau dalam kata lain, anak-anak ini sudah pun berkebolehan untuk mengandung.
Ya, sebab badan mereka sudah melalui kitaran haid.
Jadi, fenomena ini seharusnya menjadi suatu kebimbangan dan kerisauan.
TANDA-TANDA MENUNJUKKAN ANAK PEREMPUAN AKIL BALIGH AWAL
Dalam bidang perubatan, fenomena akil baligh awal dipanggil sebagai “precocious puberty”.
“Precocious puberty” terjadi apabila anak-anak perempuan menunjukkan tanda-tanda kematangan pada usia yang begitu awal, iaitu 8 tahun ke bawah.
Menurut laman web kesihatan WebMD, tanda awal kematangan bagi seseorang anak perempuan kebiasaannya adalah berlaku perubahan pada bahagian dada.
Dalam erti kata lain, ibu-ibu boleh perasan payu dara mereka mula terbentuk secara fizikalnya.
Keadaan ini boleh berlaku 2-3 tahun sebelum datangnya haid yang pertama bagi mereka.
Kemudian, ianya boleh disusuli dengan tanda-tanda berikut;
- Perubahan fizikal secara mendadak, sama ada dari segi tinggi dan juga berat.
- Fizikal mula mempunyai bentuk badan (“body curve”).
- Apabila berpeluh, mengeluarkan bau badan seperti orang dewasa.
- Kulit muka berminyak dan ada jerawat timbul.
- Bulu-bulu halus tumbuh di sekitar kemaluan dan juga celah ketiak.
- Datang haid buat kali pertama.
PUNCA TREND ANAK PEREMPUAN AKIL BALIGH SEMAKIN AWAL
Ada pelbagai faktor dan punca yang menyumbang kepada anak-anak perempuan untuk matang secara awal.
1. Masalah berat badan berlebihan
Ada kajian menyatakan anak-anak perempuan yang obese cenderung untuk mengalami proses akil baligh lebih awal daripada biasa berbanding mereka yang mempunyai BMI yang normal.
Sebabnya, masalah kegemukan boleh menganggu paras estrogen di dalam tubuh kanak-kanak terbabit.
Hormon estrogen ini berfungsi di dalam pertumbuhan dan perkembangan seksual wanita.
2. Kurang Aktiviti Fizikal
Tidak dinafikan, kehadiran gajet canggih membuatkan kanak-kanak perempuan sekarang kurang aktif.
Tak sama macam zaman kita dulu yang bermain lompat getah, teng-teng atau galah panjang.
Bila anak-anak zaman sekarang tidak aktif, paras melatonin di dalam badan mereka semakin berkurangan.
Kesannya, ia merangsang otak untuk memulakan proses akil baligh dengan awal.
3. Pemakanan Tidak Sihat
Makanan segera seperti burger, kentang goreng, makanan sejuk beku (“frozen food”), makanan tersedia dimasak (“ready-to-cook meal”).
Hidangan tinggi gula seperti, ais krim, chocolate, donut, air tin, teh bobba, kordial.
Makanan terproses seperti nugget dan sosej.
Haa, ketiga-tiga jenis makanan ini sememangnya menjadi kegemaran ramai kanak-kanak zaman sekarang.
Sampaikan ada yang menjadikannya sebagai menu harian.
Di rumah makan makanan ini. Pergi ke sekolah pun makan makanan ini.
Hati-hati ya ibu-ibu.
Makanan ini memang sedap dan cepat disediakan.
Tetapi dia mempunyai kandungan lemak dan gula yang sangat-sangat tinggi. Kandungan ini boleh mempercepatkan proses akil baligh mereka.
Selain itu, berjaga-jaga dengan ayam yang dicucuk dengan hormon estrogen. Kerana ia boleh memberi kesan menyegerakan perkembangan seksual anak-anak.
4. Bahan Kimia
Antara bahan kimia yang boleh menggangu hormon estrogen adalah BPA (Bisphenol A) dan Phalates.
Bahan-bahan ini biasanya terdapat dalam produk plastik seperti pembungkus makanan dan bekas minuman.
Kesan negatifnya, ia berpotensi untuk mengganggu hormon seksual kanak-kanak.
5. Kesan Era Pandemik Covid-19
Ada kajian menyatakan pandemik Covid-19 turut menyumbang kepada situasi peningkatan trend anak-anak perempuan cepat akil baligh.
Tetapi bukan jangkitan virus Covid-19 yang membuatkan mereka jadi begitu. Namun, ia merujuk kepada keadaan semasa pandemik tersebut.
Siapa masih ingat lagi. Ketika pandemik, rata-rata kita tidak boleh keluar. Sekolah pun ditutup. Taman permainan ditutup.
Jadi, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di rumah.
Secara tidak langsung, ini mengubah gaya kehidupan mereka sama ada dari segi pemakanan, dan juga aktiviti fizikal.
6. Faktor Lain-Lain
Selain daripada faktor di atas, kanak-kanak perempuan boleh mencapai proses akil baligh awal disebabkan faktor genetik keturunan atau sesuatu penyakit.
KESAN BURUK AKIBAT ANAK PEREMPUAN AKIL BALIGH AWAL
Anak perempuan yang mengalami fenonema matang awal berisiko untuk mengalami pelbagai kesan negatif. Sama ada dari fizikal mahu pun psikologi.
1. Kekeliruan Emosi
Anak-anak perempuan yang mengalami akil baligh awal berpotensi untuk mengalami kekeliruan atau kecelaruan.
Sebabnya, umur mereka masih dikira anak-anak kecil.
Ini ditambah pula perkembangan sosio-akademik mereka juga masih di dalam persekitaran kanak-kanak.
Cara pergaulan, bercakap, dan tahap pembelajaran mereka masih pada tahap kanak-kanak kecil.
Sedangkan, pada sudut lain, keadaan fizikal mereka sudah menyerupai perempuan lebih dewasa.
Mereka mungkin mempunyai keinginan untuk bermain-main, melompat-lompat dan berkejaran seperti rakan sebaya lain. Tetapi timbul perasaan segan kerana fizikal berbeza.
Lebih-lebih lagi, risau ditegur oleh keluarga kerana sudah fizikal seperti remaja.
“Awak tu dah anak dara. Jaga-jaga sikit nak terlompat sana terlari sini. Nanti orang tengok, malu.”
2. Keinginan Untuk Meneroka Seksualiti
Jika tidak dibimbing atau diberi penerangan yang cukup oleh ibu bapa tentang akil baligh, anak-anak ini akan cenderung untuk melakukan eksplorasi sendiri (“self-exploration”).
Sebabnya, mereka didorong oleh sifat ingin tahu tentang perubahan yang berlaku pada fizikal mereka.
Mereka juga ingin tahu mengapa adanya perbezaan diri mereka berbanding rakan sebaya.
Tindakan “self-exploration” tanpa pengawalan merisikokan mereka.
Mereka boleh terdedah kepada informasi yang tidak tepat berkaitan kematangan seksualiti.
3. Risiko Gejala Sosial
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka yang mengalami kematangan awal boleh terdedah untuk bercampur dengan rakan yang lebih dewasa.
4. Risiko ketinggian terbantut
Anak-anak yang mengalami akil baligh awal, mungkin akan membesar dengan cepat pada peringkat permulaan.
Ya, mereka akan nampak lebih tinggi berbanding rakan-rakan sebaya.
Bila tangkap gambar kelas, anak kena berdiri di belakang. Bila cikgu susun tempat duduk kelas, mereka diletakkan di bahagian belakang.
Tapi dari sudut jangka panjangnya, tulang-tulang mereka matang lebih cepat berbanding normal, dan anak-anak ini juga akan berhenti untuk membesar lebih awal.
Dalam bahasa mudahnya, mereka tak boleh lagi nak meninggi.
Akibatnya, mereka akan berisiko untuk lebih rendah daripada purata ketinggian orang dewasa.
5. Risiko kanser payudara
Asasnya, jika seseorang wanita itu mengalami lebih banyak kitaran haid, maka lebih tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
Siapakah golongan yang melalui banyak kitaran haid,
- wanita yang datang haid pada usia terlalu awal.
- wanita yang menopause terlalu lewat.
- dan wanita-wanita ini pula tidak pernah mengandung atau juga mempunyai bilangan anak yang kurang.
Jadinya, anak-anak perempuan yang matang awal berisiko untuk mendapat kanser payu dara, berbanding rakan-rakan mereka yang lewat.
BAGAIMANA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH FENOMENA AKIL BALIGH AWAL
Mengambil kira banyak kesan negatif anak-anak perempuan akil baligh awal, maka kita sebagai ibu-ibu yang prihatin kena bertindak.
Ini untuk kebaikan kesihatan fizikal dan mental anak-anak kesayangan kita bagi jangka masa panjang.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk meminimumkan kemungkinan anak-anak perempuan kita akil baligh terlalu awal adalah;
1. Pastikan produk plastik makanan dan minuman bebas BPA dan Phalates
Ibu-ibu boleh praktiskan perkara ini semenjak mereka bayi lagi.
Antaranya, beli botol susu atau pek simpanan perahan susu yang tiada unsur-unsur bahan kimia ini.
Aisah akui, botol dan pek sebegini agak tinggi sedikit harganya di pasaran. Tetapi ianya sangat berbaloi untuk kesihatan anak.
Juga, pastikan permainan bayi tiada unsur BPA dan Phalates. Sebab kebiasaannya anak-anak kecil ini akan menggigit permainan mereka.
Jadi, kita tidak mahu bahan berbahaya ini masuk ke dalam tubuh mereka.
Selain itu, sepanjang mereka membesar, pilihlah bekas makanan dan botol minuman yang selamat buat mereka. Tiada BPA dan Phalates.
2. Galakkan anak-anak perempuan kita untuk aktif
Ada pelbagai contoh boleh dilakukan.
Antaranya, ibu-ibu boleh membawa anak-anak perempuan kita ke taman-taman pada hujung minggu.
Berikan mereka ruang untuk berlari, melompat, berjalan dan sebagainya.
Di sekolah pula, galakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti sukan, pakaian seragam, senamrobik dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti ini bukan saja boleh membakar lemak dan mengawal berat badan, malahan mengawal tahap paras hormon melatonin dalam badan.
3. Terapkan tabiat pemakanan sihat di dalam keluarga
Mungkin anda pernah dengar kata-kata hikmah ini,
“Perut lubuk/rumah bagi penyakit.” Atau,
“Perut punca kebanyakan penyakit.”
Maksud tersiratnya adalah, kebanyakan masalah kesihatan adalah berpunca daripada pemakanan yang masuk ke dalam perut kita.
Bagi mengekang trend anak perempuan matang awal, kita boleh mengurangkan pemberian makanan terproses, makanan tinggi gula dan makanan segera kepada mereka.
Kita amalkan pengambilan makanan seimbang kaya dengan nutrien vitamin dan mineral penting dalam proses tumbesaran fizikal serta mental mereka.
MAKANAN SIHAT BANTU TAMBAH NUTRISI SEHARIAN ANAK-ANAK
Meal Shakes Shaklee
Meal Shakes Shaklee ni merupakan sejenis minuman yang baik sebagai pelengkap nutrisi harian anak-anak perempuan anda.
Satu gelas Meal Shakes Shaklee membekalkan protein, serat (“fiber”), vitamin A, B, C, D & E, serta kalsium dan zat besi.
Penyediannya sangat-sangat mudah. Apa yang Aisah biasa lakukan adalah bancuhkannya dengan air suam. Atau Aisah bancuh dengan susu.
Biasanya anak-anak Aisah ambil Meal Shakes sebagai sarapan pagi, terutamanya sebelum ke sekolah.
Tetapi kalau nak variasikan minuman Meal Shakes ini pun boleh juga. Jika nak cipta kelainan buat anak, anda boleh cuba resipi Meal Shakes yang Aisah kongsikan ini.
Vitalea For Kids
Vitalea for Kids ini adalah sejenis multivitamin anak-anak dari Shaklee.
Mungkin ada anak-anak anda jenis makan nasi, tetapi sayur-sayuran dan buah-buahan diketepikannya.
Jadi, vitamin ini juga boleh membantu menyokong nutrisi lengkap bagi anak-anak anda.
Vitalea for Kids ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting. Antaranya vitamin A, B, C, D, E, kalsium, magnesium dan zat besi.
Cadangan pengambilannya adalah untuk anak-anak umur 4 tahun dan ke atas. Vitamin Shaklee ini mempunyai rasa anggur, jadi memang sesuai dengan citarasa anak-anak.
Mereka boleh mengambilnya secara hisap ataupun kunyah. Bukan sekadar sedap, tapi juga sihat.
Kalau macam Aisah, lagi suka anak-anak makan Vitalea for Kids Shaklee ini daripada mengunyah gula-gula.
Oh ya, sebelum terlupa. Vitamin Shaklee ini juga tiada sebarang pemanis, pengawet dan perasa tiruan.
TESTIMONI KEBAIKAN MEALSHAKES SHAKLEE DAN VITALEA FOR KIDS SHAKLEE
DI MANA NAK BELI PRODUK SHAKLEE SEPERTI MEAL SHAKES ATAU VITALEA FOR KIDS?
Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakSihat
www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakSihat
Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.
Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee Subang Jaya
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh “self-collect” terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya.
ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE
“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong
“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh
Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan
Follow saya di media sosial
Instagram @sitiaisahmdibrahim
Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim
Tiktok sitiaisahmohdaibrahim
2 thoughts on “Awas! Anak Perempuan Akil Baligh Awal Berisiko Kanser Payudara”