Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Vitamin C Shaklee Buat Gemuk & Naik Berat? Di Sini Jawapannya

Vitamin C Shaklee Buat Gemuk & Naik Berat? Di Sini Jawapannya

“Saya dengar orang kata kalau makan vitamin C Shaklee ni dia akan naikkan selera makan, betul ke? Saya takut gemuk lah…”

Apabila bercakap tentang vitamin C, Aisah pasti ramai di kalangan anda sudah tahu kebaikannya.

Rata-rata pasti akan mengatakan vitamin C membantu membina sistem pertahanan badan.

Tak hairanlah ramai yang ambil vitamin C ini sebagai pelindung daripada jangkitan penyakit berjangkit.

Walaupun begitu, mungkin ada yang mengatakan pengambilan vitamin C ini boleh menaikkan selera makan.

Sejauh manakah kebenaran ini? Adakah ya atau tidak?

Biar Aisah kupas dari pelbagai sudut nutrisi pemakanan. Jeng, jeng, jeng.

Jawapannya boleh mengejutkan anda.

APA ITU VITAMIN C?

Sebelum pergi jauh, Aisah nak ajak anda untuk pergi ke bahagian asas tentang vitamin C terlebih dahulu.

Sebab daripada pengetahuan asas inilah yang boleh menghuraikan jawapan kepada persoalan tadi.

Vitamin C atau juga dikenali sebagai “ascorbic acid” tergolong dalam kategori “water soluble vitamin”.

Maksudnya, vitamin C ini boleh larut di dalam air, dan dihantar ke tisu-tisu badan kita untuk diserap.

Namun begitu, badan kita tidak mempunyai kapasiti untuk menyimpan (serta menghasilkan) vitamin C dengan sendirinya.

Jadi, sebarang lebihan vitamin C daripada badan akan keluar daripada sistem perkumuhan, majoritinya adalah melalui air kencing.

(Trivia: Kebanyakan haiwan boleh menghasilkan vitamin C dengan sendirinya melalui proses dipanggil sintesis)

Maka sebab itu, kita perlu mengambil vitamin C di dalam diet seharian kita.

FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN C KEPADA KITA

Anda cuba ingat kembali atau “recall” pelajaran Sains ketika kita di bangku sekolah dahulu.

Ada topik berkaitan nutrisi pemakanan kan. Dalam itu ada diterangkan tentang vitamin C.

Siapa masih ingat lagi fungsi dan manfaat vitamin C?

“Tak ingat lah.”

“Ingat-ingat lupa dah.”

“Ada cikgu ajar, tapi saya tak berapa faham penerangan dia.”

Tak apa. Aisah boleh terangkan kembali untuk kefahaman dan ilmu kita bersama.

1. Vitamin C bantu sistem pertahanan badan anda

Vitamin C ini membantu menggalakkan penghasilan sel darah putih yang dikenali sebagai lymphocytes dan phagocytes. Kedua-dua sel ini melindungi tubuh badan kita terhadap jangkitan.

Selain itu, sel darah putih ini juga membantu untuk melawan unsur-unsur radikal bebas (“free radicals”) yang masuk ke dalam badan.

Radikal bebas adalah molekul-molekul atau atom berbahaya yang boleh merosakkan sel-sel badan. Dan ini boleh menyebabkan kita jatuh sakit serta mempercepatkan proses penuaan.

Dipetik dan diterjemah daripada laman web Medical News Today

Contoh radikal bebas yang paling mudah adalah asap rokok atau vape, bahan kimia toksik, pencemaran udara, sinaran UV dan makanan terproses.

Jadi, kalau nak kurangkan kesan radikal bebas kepada badan kita, ambil lah vitamin C.

Penjelasan Aisah tentang bagaimana vitamin C membantu sistem pertahanan badan di channel YouTube, jemput follow ya.

2. Vitamin C bantu kulit anda cantik

Vitamin C bagus untuk kulit cantik. Apabila kita ambil vitamin C, ianya akan menggalakkan penghasilan collagen di dalam badan.

Semakin kita berusia, badan kita akan semakin kurang menghasilkan collagen.

Proses ini boleh bermula seawal lingkungan 20-30 tahun.

Dan proses ini boleh menjadi bertambah buruk jika kita tidak mengamalkan gaya hidup yang baik.

Antara contoh faktor-faktornya adalah;

  • jarang memakai sunblock atau sunscreen apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • selalu terdedah dengan asap rokok atau vape, walaupun tidak merokok.
  • pengambilan minuman beralkohol terutamanya bagi mereka yang mengalami ketagihan.
  • sering tidak mempunyai tidur yang cukup setiap malam, sekurang-kurangnya 7 jam.
  • sangat mudah untuk tertekan, stress atau kemurungan setiap hari.

Apabila collagen berkurangan di dalam kulit, akan memberi kesan kepada status kulit kita.

Antaranya, kemunculan garis-garis penuaan, hilang ketegangan kulit, parut luka atau jerawat yang lambat sembuh, serta kesan jeragat dan kusam.

Jadi, salah satu cara untuk anda mengurangkan masalah ini adalah dengan mengambil diet vitamin C yang cukup.

vitamin c shaklee vitamin c kulit cantik

3. Vitamin C mengelakkan anda daripada anemia

Anemia terjadi apabila seseorang mengalami kekurangan sel darah merah.

Salah satu sebabnya adalah badan mungkin tak dapat menyerap nutrien zat besi dengan baik.

Zat besi datang dari dua jenis sumber. Haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Asasnya, badan kita dapat menyerap zat besi yang datang dari sumber haiwan dengan mudah. Tetapi tidak bagi zat besi yang datang daripada tumbuh-tumbuhan (“plant based”).

Jadi, selalunya orang yang mengamalkan diet bebas daging (“meat-free diet”), kurang makan daging atau juga vegan berisiko ada masalah ini.

Sebab itu, antara tanda-tanda seseorang mengalami anemia adalah;

  • selalu nampak pucat
  • selalu cepat penat dan tidak bertenaga
  • rasa sejuk, menggeletar dan kebas-kebas
  • mudah mendapat jangkitan penyakit
  • sering pening-pening dan cepat marah
  • kadar degupan jantung yang tidak normal
  • masalah dari segi pernafasan
  • kehilangan berat badan

Maka, kebiasaannya penghidap anemia ini akan dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil vitamin C sebagai salah satu kaedah rawatan.

Ini kerana vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan, dan menyelesaikan masalah “iron deficiency”.

4. Vitamin C membantu kesihatan sendi anda

Ada kajian menyatakan pengambilan vitamin C boleh mengurangkan tahap asid urik (“uric acid”) di dalam badan.

Secara tidak langsung, vitamin C boleh membantu mengurangkan risiko serangan sakit gout.

Gout ini terjadi apabila tahap asid urik di dalam badan kita terlalu tinggi.

Ramai orang anggap asid urik ini hanya terdapat dalam makanan laut, seperti ketam, kerang-kerangan, atau udang.

Hakikatnya tidak ya.

Asid urik juga boleh terdapat di dalam makanan berbentuk kekacang, makanan tinggi gula, daging merah seperti lembu dan kambing, organ dalaman serta makanan terproses.

Asid urik ini merupakan produk buangan yang dihasilkan oleh badan kita.

Jika asid urik terlalu tinggi, ia akan menjadi hablur (“crystallize”) yang terbentuk di bahagian sendi-sendi kita.

Apabila penyakit gout menyerang, seseorang individu itu akan rasa kesakitan yang amat sangat pada sendi-sendi. Itu yang membuatkan sampai tak boleh nak bangun-bangun dah.

vitamin c shaklee vitamin c kesihatan sendi penyakit gout

VITAMIN C SHAKLEE BOLEH GEMUK & NAIK SELERA MAKAN?

Jika kita melihat penjelasan tentang kebaikan vitamin C di atas, ianya bukanlah sejenis vitamin yang membuatkan selera makan kita bertambah.

Jadi, vitamin C tidak menggemukkan seseorang individu. Dan vitamin C tidak menaikkan selera makan kita pun.

Tetapi… ya ada tetapinya. Ini yang anda kena perhatikan betul-betul.

Ada sesetengah produk supplemen vitamin C yang terjual di pasaran mempunyai campuran bahan lain.

Salah satu campuran yang popular adalah “lysine”. Biasanya, “lysine” ini terdapat pada vitamin C untuk kanak-kanak.

Apa itu “lysine”?

Lysine adalah sejenis asid amino yang membantu dalam menaikkan selera makan seseorang.

Jika anda atau ahli keluarga mengambil supplement vitamin C jenis begini, adalah tidak menghairankan kalau timbul rasa asyik nak makan.

Tapi ingat. Nafsu nak makan tersebut bukan disebabkan oleh vitamin C. Tetapi campuran “lysine” ke dalam supplement tersebut.

Jadi, kalau anda nak cari supplement vitamin C yang tidak naikkan selera makan, pastikannya tiada kandungan “lysine”.

(Trivia: Vitamin C Shaklee seperti Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-C 250 mg Chewable Tablets tidak mengandungi “lysine”.)

Penjelasan Aisah tentang lysine di channel YouTube, jemput follow ya.

TAPI ADA ORANG AMBIL VITAMIN C TANPA LYSINE PUN BOLEH TAMBAH BERAT BADAN, MACAM MANA TU?

Ini masuk bab yang lebih teknikal sedikit. Walaubagaimana pun, Aisah cuba terangkan dalam bahasa paling mudah nak difahami.

Jawapan Aisah, tidak mustahil.

Boleh terdapat kemungkinan seseorang itu bertambah berat badan selepas mengambil vitamin C. Walaupun vitamin C yang diambilnya itu tidak mempunyai “lysine”.

Kenapa jadi macam tu?

Anda perasan tak, dalam perenggan “Fungsi dan Manfaat Vitamin C” di atas.

Ada satu poin pendek yang Aisah tulis tentang tanda-tanda anemia, iaitu …kehilangan berat badan.

Selalunya, kehilangan berat badan terjadi akibat kekurangan nutrien penting (“nutrient deficiency”) di dalam badan seseorang individu.

Perkara ini boleh disebabkan sama ada masalah penyerapan nutrien pemakanan oleh badan akibat status kesihatan. Atau juga, diet pemakanan yang tidak cukup atau menyeluruh.

Jadi, apabila seseorang mengalami masalah ini mula mengambil vitamin C, maka vitamin ini akan mula memperbetulkan kembali kandungan nutrien di dalam badannya.

Dan ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan kepada individu terbabit.

Tetapi ia tidaklah sampai menggemukkan atau obesiti. Jika itu terjadi, kita kena perbaiki diet pemakanan kembali supaya ianya sihat.

DI MANA NAK BELI VITAMIN C SHAKLEE?

Aisah dan keluarga sendiri mengambil vitamin C Shaklee setiap hari sejak 2012 lagi dengan konsisten.

Selama berbelas tahun, memang Aisah sendiri dapat rasai kesan keberkesanan vitamin C Shaklee.

Antaranya;

  • Kurang jatuh sakit seperti demam dan selsema berbanding dahulu.
  • Jika demam dan selsema, simptomnya tidaklah kuat. Dan proses nak sembuh pun lebih cepat.
  • Walaupun sudah masuk usia 40-an, muka masih segar. Masalah kusam, jeragat dan parut jerawat sangat-sangat kurang berbanding ketika awal kahwin dahulu.

Jadi, anda pun boleh mengambil vitamin C Shaklee dan merasai sendiri manfaat kebaikannya.

Di Shaklee, ada dua jenis vitamin C. Dan kedua-duanya tidak mempunyai lysine yang boleh merangsang selera makan kita.

Vita-C 250mg Chewable Tablets

vitamin c shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya

2. Sustained Release Vita-C Plus

vitamin c shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/VitaminCShaklee.

www.wasap.my/0176477837/VitaminCShaklee.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

One thought on “Vitamin C Shaklee Buat Gemuk & Naik Berat? Di Sini Jawapannya

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?