7 Sebab Saya Pilih Vitamin C Shaklee Sejak 2011 Lagi

7 Sebab Saya Pilih Vitamin C Shaklee Sejak 2011 Lagi

Sejarah Aisah bersama vitamin C Shaklee ni sebenarnya dah lama. Sejak dari 2011 lagi.

Kiranya dah lebih sedekad lah Aisah konsisten makan setiap hari.

Ceritanya begini.

Masa tu, Aisah baru lepas bersalin anak pertama Nuha, secara caesarean atau c-section. Jadi, memang ada luka-luka pembedahan lah kan.

Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa menyakitkan. Bukan tu saja, Aisah nak kena teliti jaga luka tu. Ini supaya tak ada jangkitan kuman.

Dalam fikiran Aisah, memang target nak luka tu cepat sembuh dan kering. Tak mahu lambat-lambat atau lama-lama

Ni Aisah cerita secara terperinci pilih satu produk kenapa memulih vitamin Shaklee..

Entry Kak Sukma ni dia cerita secara menyeluruh semua produk kenapa memilih Vitamin Shaklee.

DETIK PERTAMA AISAH KENAL VITAMIN C SHAKLEE

Memandangkan Aisah ni adalah seorang jururawat, Aisah refer balik kepada ilmu perubatan untuk cari diet pemakanan yang boleh capai tujuan sedemikian.

Salah satu daripadanya adalah pengambilan vitamin C (dan juga asid amino dari protein soya). Dan itu yang membuatkan saya beli vitamin C Shaklee dan juga ESP.

@sitiaisahmohdibrahim

Replying to @fathiah8849 Antara tips untuk buatkan luka czer yang sembuh cepat adalah melalui pengambilan diet nutrisi yang baik semasa berpantang. Luka selepas czer operation berpeluang untuk sembuh awal jika ibu hamil mengamalkan diet vitamin C dalam pemakanan semasa berpantang. Pengambilan vitamin C boleh membantu luka caesar sembuh dan mengurangkan parut pembedahan. Selain tu, vitamin c juga meningkat sistem imun dan mengurangkan risiko jangkitan. Selain itu, pengambilan protein dalam diet seharian semasa berpantang juga boleh membantu buatkan luka czer sembuh cepat. Antara protein yang saya ambil adalah ESP soy protein. Selain kelebihan ESP Shaklee dapat membantu luka caesar sembuh, ESP Shaklee kelebihannya adalah sebagai milk booster banyakkan susu. Selain itu, ESP Shaklee kelebihan adalah memberi tenaga untuk ibu selepas bersalin. #tiktokguru #jombelajar #vitaminC #bersalinczer #lukalambatsembuh #ibubersalin #wanitabersalin #ibuberpantang #makananberpantang #lukabersalin #espshaklee #protein #soyprotein #lukacepatsembuh #lukacepatkering

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Alhamdulillah, luka Aisah memang cepat baik, tak sampai seminggu.

Dan doktor yang cek Aisah pun sangat impress dengan progress kesembuhan luka bersalin tu.

Walaupun luka tu dah sembuh, Aisah masih lagi kekal makan vitamin C Shaklee sampai sekarang.

Ada banyak sebab sebenarnya. Pertama, nak boostkan sistem pertahanan badan. Keduanya pula nak dapatkan kulit sihat dan awet muda.

vitamin c shaklee vitamin c kulit cantik

KENAPA SAYA PILIH VITAMIN C SHAKLEE?

Tak dinafikan ada banyak jenama vitamin C yang berada di pasaran sebenarnya. Itu yang kadang-kadang kita pun jadi tak tahu nak pilih yang mana satu.

Macam Aisah akan tengok beberapa kriteria dulu sebelum beli. Dan lepas dibelek-belek dan study, akhirnya Aisah memilih vitamin C Shaklee.

1. VITAMIN C SHAKLEE LULUS KKM

Memandangkan Aisah dari bidang perubatan, Aisah akan pastikan supplement yang diambil tu berdaftar dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Benda ni adalah top priority atau keutamaan paling penting sekali. Tak ada kelulusan, memang no-no lah jawabnya. Aisah tak akan ambil supplement tu.

Mungkin ada di kalangan anda tertanya-tanya macam mana nak tahu suplemen tu lulus KKM.

Takkan nak percaya bulat-bulat apa yang sesuatu syarikat atau penjualnya cakap kan.

Ok, dekat sini Aisah share 3 cara nak periksa sesuatu supplement tu lulus KKM.

Pertama sekali, mesti ada pelekat hologram KKM pada botol, kotak atau pek supplement tu.

Kedua, mesti ada nombor pendaftaran MAL pada botol, kotak atau pek supplement tu.

Ketiga, bila Aisah pergi ke laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dan buat carian produk berdaftar, jenama supplement tu mestilah muncul dalam result.

Dan untuk vitamin C Shaklee ni, dia ada ketiga-tiga ni.

2. ADA LOGO HALAL

Sebagai Muslim, of course lah Aisah akan cari produk yang halal kan.

Macam vitamin C Shaklee ni memang ada logo halal tertera pada botolnya.

Logo halal ni dikeluarkan oleh Islamic Services of America, salah satu badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM sendiri, seperti tertera di laman web rasmi mereka.

3. GABUNGAN DENGAN BIOFLAVANOIDS

Vitamin C Shaklee ditambah dengan bioflavanoids yang bersumberkan dari buah-buahan seperti oren, lemon dan limau gedang.

Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya apa tu bioflavanoids?

Ok, anda perasan tak, bila kita kupas buah-buahan yang Aisah sebutkan tadi tu ada serat-serat bebenang bewarna putih.

sliced yellow lemon fruit

Ada di kalangan kita bila makan buah-buahan ni, dia tak gemar serat tu. Sebab macam ada rasa pahit-pahit.

Tapi sebenarnya ia bagus sebab mengandungi compound yang dipanggil bioflavonoids.

Salah satu tugas bioflavonoids ni adalah untuk meningkatkan kadar penyerapan vitamin C oleh badan. Maka, kuranglah vitamin C yang kita ambil tu terbuang daripada badan.

Sebab tu, vitamin C yang bergabung dengan bioflavonoids adalah lebih baik.

4. FORMULA SUSTAINED RELEASE

Ok, setiap tablet vitamin C Shaklee ni diformulasikan sebagai sustained release. Dalam bahasa Melayunya pelepasan secara berterusan.

Apa benda tu?

Ok, setiap tablet vitamin C Shaklee ni adalah 500mg.

Jika tanpa sustained release, kalau kita ambil, ia akan dilarutkan terus kesemuanya sekaligus.

Tetapi, kadar penyerapannya (bioavailability atau absorption rate) oleh badan adalah sekitar 50% sahaja. Manakala selebihnya, terbuang keluar daripada badan. Agak membazir lah kan.

Maka sebab tu setiap tablet vitamin C Shaklee ni mempunyai 5 lapisan-lapisan coated di dalamnya.

Jadi, apabila kita telan vitamin C ni, dia akan dilarutkan dalam badan secara beransur-ansur. Lapisan demi lapisan.

Maksudnya, tablet yang kita ambil ni tak hancur terus kesemuanya dalam satu-satu masa. Dan inilah dipanggil sebagai sustained release.

Tujuannya adalah untuk memastikan kadar penyerapan vitamin C yang kita ambil tu adalah pada tahap optimum, iaitu hampir 100%.

Kurang lah terbuang daripada badan.

5. TAK ADA PEMANIS, PENGAWET, PEWARNA TAMBAHAN

Mungkin ada di kalangan anda pernah dengar kenyataan ni.

“Makan vitamin C boleh buatkan berat badan jadi bertambah.”

Maka, tak hairanlah ada yang takut-takut nak makan vitamin C kan.

Asasnya, vitamin C ni bukanlah sejenis vitamin ni bukanlah sejenis vitamin yang buatkan kita naik selera makan atau asyik rasa lapar dan nak makan saja.

Tapi Aisah tak nafikan ada kes-kes tertentu orang makan vitamin C ni yang jadi sebaliknya.

Salah satu sebabnya adalah vitamin C tersebut ditambah dengan bahan-bahan lain di dalamnya.

Dan bahan itulah yang membuatkan pengambilnya jadi naik selera makan.

Maka sebab tu, Aisah pilih vitamin C Shaklee ni sebab dia tak ada sebarang bahan pengawet, pemanis dan perasa tambahan.

Dan selepas lebih 10 tahun Aisah makan vitamin C ni, memang tak timbul isu berat badan naik.

6. DIPERBUAT DARIPADA EKSTRAK JAGUNG

Untuk menghasilkan vitamin C ni, ia boleh datang daripada pelbagai sumber.

Kebiasaannya, sumber tu akan diambil daripada buah-buahan citrus, terutamanya buah oren.

Tetapi macam vitamin C Shaklee ni, dia sedikit berbeza. Sebab sumbernya adalah daripada ekstrak jagung.

Salah satu keistimewaan ekstrak jagung ni adalah dia lebih lembut berbanding oren.

Memang ada sebilangan kes orang yang tak boleh telan vitamin C diperbuat daripada oren. Sebab dia boleh buat perut rasa tak berapa selesa.

Macam Aisah, tak mahu pening-pening fikir pasal benda ni. Sebab itu lebih cenderung untuk ambil vitamin C Shaklee.

7. TAHAN LAMA

Setiap botol vitamin C Shaklee ni mempunyai 180 biji. Kalau ikut arahan yang tertulis pada botol, cadangan pengambilan adalah 1 biji tablet setiap hari.

Namanya, sebotol vitamin C ni boleh tahan selama 6 bulan lah.

Kalau macam Aisah makan berdua dengan suami. So, tahan 3 bulan lah.

Dan bila dikira harga sebotol vitamin C dengan jumlah tablet tu, sebiji vitamin C Shaklee ni jatuh tak sampai RM0.70 pun.

Memang jimat sangat.

@sitiaisahmohdibrahim

Replying to @imah_healthbeauty 7 sebab penting kenapa saya pilih vitamin c shaklee sustained release. #vitaminc #vitamincshaklee #supplement #foryou #fypシ #shakleemalaysia

♬ original sound – Siti Aisah Mohd Ibra – Siti Aisah | Tips Ibu Hamil

DI MANA NAK BELI VITAMIN C SHAKLEE?

vitamin c shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/VitaminCShaklee.

www.wasap.my/60176477837/VitaminCShaklee.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

One thought on “7 Sebab Saya Pilih Vitamin C Shaklee Sejak 2011 Lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *