Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Kepentingan Vitamin C Shaklee Sebagai Suplemen Untuk Kulit

Kepentingan Vitamin C Shaklee Sebagai Suplemen Untuk Kulit

“Kecantikan kulit bukan sekadar menerusi produk penjagaan muka. Tetapi juga dari dalaman melalui nutrisi. Salah satunya adalah pengambilan suplemen untuk kulit.”

Apakah organ terbesar bagi manusia? Haaa, cuba jawab.

Kalau ada di kalangan pembaca blog Aisah ni menjawab kulit, 100 markah untuk anda.

Ya, organ manusia ni bukan saja yang berada dalam tubuh manusia. Tetapi juga luaran tubuh. Oleh itu, kulit juga termasuk sebagai kategori organ manusia.

KULIT ADALAH ANTARA ORGAN PALING TERDEDAH (VULNERABLE)

Kulit bukan saja organ terbesar bagi kita. Ia juga adalah organ yang paling banyak terdedah dengan unsur-unsur yang boleh memberi kesan pada kesihatannya.

Jangkitan bakteria. Pencemaran udara dan air. Status kebersihan persekitaran yang disentuhnya.

Sinaran ultraviolet dari cahaya matahari. Kecederaan seperti luka. Gaya pemakanan.

Kecukupan tempoh tidur. Paras stress dan tekanan. Kerengsaan dan keradangan.

Fuh, banyaknyaaaaa kan. Senarai ni bukan sepenuhnya lagi tau. Ada banyak lagi unsur lain yang tak mampu nak ditulis satu persatu.

vitamin c shaklee suplemen untuk kulit vitamin e shaklee

Maka tak hairanlah, kalau kita tak jaga kesihatan kulit dengan betul, ia akan beri pelbagai kesan negatif.

Jika pada sudut fizikal, mungkin kulit berjerawat. Kulit tidak sekata, kusam dan pudar. Alahan.

Dari sudut mental pula, kulit yang tak sihat buatkan seseorang tu hilang keyakinan diri. Malu dan segan nak berdepan orang. Serta banyak lagi.

Selain tu, proses penuaan yang berlaku dengan cepat dan sebelum masanya. Aduh, ini perkara yang menakutkan ramai orang, terutamanya kaum wanita.

Yalah, fobia tau kalau umur belum 40 tahun, ramai pula orang awam yang menyapa kita sebagai makcik atau auntie.

VITAMIN C NI KAN UNTUK IMUN BADAN, BOLEH KE JADI SUPLEMEN UNTUK KULIT?

Bila bercakap pasal vitamin C, pasti ramai di kalangan anda yang mengaitkannya bermanfaat untuk tingkatkan sistem pertahanan badan.

Ya, ini sememangnya terbukti dari bermacam kajian saintifik. Sebabnya vitamin C meningkatkan pengeluaran sel darah putih yang dikenali sebagai lymphocytes dan phagocytes.

Sel-sel ni bertanggungjawab melindungi kita daripada jangkitan penyakit dan juga radikal bebas yang masuk ke dalam badan kita.

Tapi manfaat vitamin C ni tak terhenti sekadar baik untuk sistem imun badan saja. Ia juga bagus sebagai suplemen untuk kulit.

Asasnya, kulit yang normal mengandungi vitamin C yang tinggi (terutamanya pada bahagian epidermis). Ini bagi menyokong fungsi penting dalam merangsang sintesis kolagen (collagen).

Selain tu, vitamin C juga bertindak sebagai anti oksidan dalam melindungi kulit daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

(Nota: Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang apa itu radikal bebas, boleh klik link ini untuk ke tulisan Aisah terdahulu.)

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C KE ATAS KULIT

Ada pelbagai faktor mengakibatkan paras nutrien vitamin C di dalam badan kita menjadi kurang.

Antaranya, adalah kekurangan pengambilan vitamin C dalam diet seharian dan selalu terdedah dengan lama di bawah cahaya matahari.

Selain tu, tabiat merokok atau kerap terdedah dengan asap rokok juga boleh meluputkan nutrien vitamin C di dalam badan.

Akibatnya, kulit kita akan terkesan dengan keadaan sebegini. Kulit kita akan jadi mudah lebam-lebam.

Sekiranya ada di kalangan anda yang mengalami seperti ini, elakkan terlalu cepat mengaitkannya dengan unsur mistik. Cek terlebih dahulu latar belakang gaya hidup anda.

Selain daripada itu, individu yang kekurangan nutrien vitamin C juga selalu mengalami kulit yang lambat sembuh jika luka.

Keadaan ni berkait rapat dengan terjejasnya pembentukan sintesis kolagen di dalam badan.

BAGAIMANA VITAMIN C BERTINDAK SEBAGAI SUPLEMEN UNTUK KULIT?

Vitamin C yang kita ambil akan masuk ke dalam salur darah, dan kemudiannya akan dibawa ke sel-sel tubuh untuk penyerapan.

Antara sel yang menyerap nutrien vitamin C tu adalah sel-sel pada lapisan kulit. Dan ini membantu dalam menggalakkan lagi sintesis kolagen.

Secara asasnya, penghasilan kolagen di dalam badan kita akan semakin menurun apabila kita meningkat usia.

Proses ini sebenarnya boleh bermula seawal 20-an bergantung kepada pelbagai faktor.

Antara faktor yang mengakibatkan keadaan sedemikian adalah latarbelakang genetik keluarga, gaya hidup, serta persekitaran seseorang individu tersebut.

Akibatnya, kita akan menyedari garis-garis halus kedutan mula muncul di kulit kita. Dan bukan tu saja. Kulit kita mula hilang regangan dan ketegangan.

Sebab tu, jika kita lihat pada bayi atau anak-anak kecil, kulit, rambut dan kuku mereka sangat cantik. Halus. Lembut. Jika mereka luka-luka pun cepat betul sembuh.

Oleh sebab itu, salah satu cara untuk menggalakkan penghasilan kolagen walaupun usia makin meningkat adalah dengan cara mengambil vitamin C.

Maka sebab itu, vitamin C adalah dikira sebagai suplemen untuk kulit yang baik. Serta membantu untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.

ANDA MENCARI VITAMIN SUPLEMEN UNTUK KULIT?

Aisah sendiri sudah mengambil vitamin C Shaklee sejak dari 2011 lagi. Memang lama dah

(Nota: Anda boleh baca kisah perkenalan Aisah dengan vitamin C Shaklee di sini.)

vitamin shaklee suplemen untuk kulit

Tapi Aisah taklah amalkan sekadar vitamin C saja. Vitamin E pun ambil. Kedua-duanya dari Shaklee.

Ini kerana ada kajian menunjukkan pengambilan vitamin C bersama vitamin E akan lagi meningkatkan keberkesanan dalam menghalang tekanan oksidatif (oxidative stress) dalam merosakkan kulit.

Maksudnya, kalau ambil satu jenis vitamin dah baik. Tapi kalau diambil secara berdua bertambah-tambah lah baik untuk kulit sihat dan awet muda.

Dan alhamdulillah, tahap kesihatan Aisah bukan sahaja baik, malah juga dapat memperlahankan kehilangan keremajaan kulit.

Jika anda sedang mencari vitamin E (serta juga vitamin C), bolehlah mencuba jenama ini.

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/VitaminShaklee.

www.wasap.my/60176477837/VitaminShaklee.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee Subang Jaya & Puchong.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?