Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Vitamin E, Antioksidan Berkuasa Bantu Anda Lawan Free Radical

Vitamin E, Antioksidan Berkuasa Bantu Anda Lawan Free Radical

Salah satu perkataan yang popular di kalangan mereka yang pentingkan kesihatan pada zaman sekarang ni adalah… antioksidan.

Walau bagaimanapun mungkin ada di kalangan anda yang masih tak berapa nak clear apa tu antioksidan.

Untuk artikel kali ni, Aisah akan cuba terangkannya dalam bahasa yang mudah difahami.

APA ITU ANTIOKSIDAN?

Memetik dari laman web kesihatan, Healthline, antioksidan ni adalah molekul-molekul yang melawan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh badan kita.

Radikal bebas ni adalah unsur-unsur yang boleh membahayakan kesihatan kita kalau ianya sangat tinggi dalam badan.

antioksidan dan radikal bebas
Radikal bebas merupakan atom yang tak stabil. Untuk stabil, radikal bebas akan ambil elektron daripada atom lain. Dan ini menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat dan mengundang pelbagai penyakit.

Sebab itu radikal bebas ni selalu dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Untuk pengetahuan anda, radikal bebas ni tak boleh dielakkan. Setiap hari, memang tubuh kita sentiasa terdedah dengan unsur-unsur radikal bebas ni.

Dalam badan kita mempunyai sistem pertahanan antioksidan tersendiri. Fungsinya adalah untuk melawan radikal bebas dan memastikan paras radikal bebas dalam badan kita terkawal.

Walau bagaimanapun, apabila kita semakin berusia, tubuh kita semakin kehilangan kemampuannya untuk melawan radikal bebas yang masuk ke dalam badan.

APA CONTOH RADIKAL BEBAS?

Sebenarnya badan kita sendiri menghasilkan radikal bebas.

Apabila berfungsi dengan baik, radikal bebas ni bertindak untuk melawan patogen.

Apa benda patogen tu?

Mikroorganisme yang boleh membawa jangkitan penyakit, antaranya macam virus, bakteria, kulat, dan lain-lain lagi.

Tetapi dalam masa yang sama, ada banyak perkara lain yang masuk dan boleh meningkatkan lagi radikal bebas dalam badan.

Sama ada ia berpunca daripada persekitaran sekeliling kita. Atau juga daripada tabiat kita sendiri.

Di sini Aisah senaraikan contoh-contohnya;

  • Pencemaran udara;
  • Asap rokok;
  • Pengambilan alkohol;
  • Paras gula yang tinggi dalam darah;
  • Pendedahan berlebihan terhadap sinaran UV yang tedapat dalam cahaya matahari;
  • Pendedahan terhadap bahan kimia yang berbahaya;
  • Pengambilan makanan atau minuman tinggi gula dan lemak;
  • Pengambilan makanan segera atau makanan terproses (processed foods) seperti burger, kentang goreng, nugget, dll

Perasan tak, kebanyakan daripada senarai ini kita tak dapat nak elakkan pun kan.

TEKANAN OKSIDATIF APABILA RADIKAL BEBAS TERLALU TINGGI

Apabila paras radikal bebas terlalu tinggi di dalam badan, kita berisiko untuk menghadapi situasi tekanan oksidatif (oxidative stress).

Oxidative stress ni berlaku bila terdapat ketidakseimbangan aktiviti radikal bebas dan aktiviti antioksidan di dalam badan.

Dalam erti kata lain, radikal bebas di dalam badan kita lebih tinggi berbanding antioksidan.

Ini membuatkan radikal bebas menjadi tak stabil dan menjadi reaktif. Dia mula merosakkan tisu-tisu lelemak, DNA dan protein dalam badan kita.

Bila ini berlaku mulalah mendatangkan bermacam-macam jenis masalah kesihatan;

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Kanser
  • Penyakit berkaitan jantung
  • Endometriosis untuk wanita
  • Mempercepatkan proses penuaan sama ada dalaman atau luaran, dll
radikal bebas antioksidan penuaan
Radikal bebas antara salah satu faktor proses penuaan berlaku lebih cepat, dan ini menghasilkan kedutan kulit.

LANGKAH ELAKKAN RISIKO PENYAKIT AKIBAT OXIDATIVE STRESS

Adalah sangat-sangat mustahil untuk diri kita untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas dan juga oxidative stress secara total setiap hari.

Walau bagaimanapun, ada cara yang boleh kita lakukan untuk meminimumkan kesan kerosakan akibat oxidative stress.

Pertama, ubah gaya hidup kita dengan cara mengurangkan kemasukan radikal bebas ke dalam tubuh kita.

Sebagai contoh, kalau merokok, anda boleh berhenti merokok. Jika selalu terdedah dengan asap rokok sama ada dari ahli keluarga atau rakan-rakan, cuba jauhkan diri daripadanya.

Selain tu, jaga pemakanan kita. Minimumkan makanan yang tinggi gula, bergoreng serta terproses.

Anda juga boleh kurangkan terdedah kepada cahaya matahari. Jika keluar, amalkan pemakaian krim pelindung cahaya matahari.

Kedua, anda amalkan makanan yang bersifat antioksidan setiap hari.

Caranya adalah dengan perbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian.

Contohnya, anda lebihkan lauk-lauk berbentuk sayur-sayuran segar seperti ulam-ulaman dan salad ketika makan tengah hari atau malam.

Selain tu, pemakanan banyak buah-buahan segar setiap hari juga adalah sangat-sangat digalakkan.

Ketiga, anda boleh ambil vitamin yang tinggi antioksidan, seperti vitamin C dan vitamin E.

Ada kajian menunjukkan pengambilan vitamin E membantu mengurangkan oxidative stress markers di dalam badan.

Ini membantu dalam meningkatkan pertahanan antioksidan dalam badan bagi sesetengah individu.

Dan ada satu kajian lain pada 2021, pengambilan bersama vitamin E dan C selama 8 minggu secara berterusan dapat membantu mengurangkan oxidative stress markers, bagi wanita yang mengalami endometriosis.

Endometriosis ni ialah masalah yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.

VITAMIN ANTIOKSIDAN YANG AISAH AMBIL

Aisah sendiri mengamalkan pengambilan vitamin E dalam seharian. Bukan tu saja, Aisah juga ambil vitamin C juga.

Gabungan antioksidan yang sangat powerful.

Dan alhamdulillah, tahap kesihatan Aisah bukan sahaja baik, malah juga dapat memperlahankan kehilangan keremajaan kulit.

Vitamin E dan C yang Aisah ambil adalah daripada Shaklee.

Jika anda sedang mencari vitamin E (serta juga vitamin C), bolehlah mencuba jenama ini.

Boleh hubungi saya, Aisah, di nombor berikut, 017-6477837. Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/VitaminShaklee.

www.wasap.my/60176477837/VitaminShaklee.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Siti Aisah Mohd Ibrahim – Pengedar Shaklee Subang Jaya

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

One thought on “Vitamin E, Antioksidan Berkuasa Bantu Anda Lawan Free Radical

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?