Nak Tingkatkan Stamina? CoQ10 Mungkin Hero Tenaga Anda

Nak Tingkatkan Stamina? CoQ10 Mungkin Hero Tenaga Anda

Ramai bersukan ambil vitamin atau supplemen untuk tenaga dan stamina. Tapi tak ramai tahu tentang CoQ10.

Berlari. Jogging. Berbasikal. Hiking. Gym. Perasan tak, inilah trend orang Malaysia. Dan aktiviti sebegini biasanya berintensiti tinggi.

Ianya perlukan tenaga yang banyak. Tak hairanlah ramai yang mencuba mengambil vitamin-vitamin, suplemen atau minuman kesihatan tertentu dengan pelbagai tujuan.

Antaranya untuk proses pemulihan selepas bersukan. Dan ada juga yang ambilnya sebab untuk penghasilan tenaga bagi meningkatkan prestasi fizikal.

Tetapi mungkin tak ramai yang tahu CoQ10 adalah antara yang terbaik dalam boostkan tenaga anda.

APA TU COQ10?

Mungkin ada di kalangan anda yang mungkin pertama kali mendengar tentang CoQ10.

Ok, CoQ10 ni sebenarnya adalah singkatan kepada Coenzymne Q10. Dan secara teknikal, badan kita mampu untuk menghasilkannya sendiri.

Antara organ-organ kita yang mempunyai tinggi paras Coenzyme Q10 ni adalah jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.

Sebab itu, ia menyokong kesihatan jantung dan aliran darah ke seluruh badan. Bila jantung dan aliran darah pun baik, maka ia boleh jadi salah satu faktor dalam menyokong prestasi fizikal kita.

Fungsi utama CoQ10 ni adalah membantu sel-sel dalam meningkatkan penghasilan tenaga untuk tubuh badan kita.

Dia akan membentuk adesonine triphospate (ATP). ATP ni adalah proses sintesis penting dalam menukarkan nutrien karbohidrat yang kita ambil kepada tenaga.

Aisah harap anda semua boleh ikut atau faham ya.

BAGAIMANA COQ10 BOLEH MENINGKATKAN PRESTASI?

Untuk bahagian ni penerangannya lebih teknikal sikit. Aisah cuba untuk sampaikan dalam bahasa yang mungkin paling mudah nak difahami oleh anda.

Dalam badan kita ini ada berpuluh-puluh trillion sel. Dan dalam sel ini pula ada ratusan ribu bahagian di dalamnya yang dipanggil sebagai mitokondria (mitochondria).

mitochondria coq10 coenzyme q10

Mitokondria ini umpama macam stesen janakuasa di dalam sel-sel anda. Sebab dia berfungsi untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda secara keseluruhannya.

Untuk pengetahuan anda, sel-sel yang berbeza mempunyai jumlah mitokondria yang berbeza di dalamnya.

Sebab sel-sel di bahagian sebegini ini perlukan lebih banyak tenaga berbanding bahagian lain.

Sebagai contoh, sel-sel yang terdapat pada otot (termasuk jantung), hati, otak, dan buah pinggang mempunyai jumlah mitokondria yang paling tinggi.

Maka tak hairanlah paras CoQ10 di bahagian ini juga tinggi.

Dan apabila bersukan, kebiasaanya kita akan menggerakkan banyak otot-otot.

Apabila metokondria berfungsi dengan efektif, ia membantu otot-otot untuk melentur dengan lebih efisien dan kita dapat bersukan dengan lebih lama. Senang cerita tak cepat pancitlah ya.

Sebab itu, CoQ10 juga dapat membantu mengurangkan keletihan dan membantu meningkatkan prestasi.

TAPI PARAS COQ10 DALAM BADAN BOLEH MENURUN…

cheerful senior man playing tennis on street

Suka atau tak suka, tapi ni lah hakikat kehidupan.

Usia kita akan semakin meningkat dari hari ke hari. Dalam masa yang sama fungsi tubuh badan kita akan semakin menurun juga.

Ini termasuklah juga penurunan penghasilan CoQ10 secara semulajadi oleh tubuh badan kita. Jadi, tak menghairankan orang yang semakin berumur akan mengalami kekurangan antioksidan ini.

Selain tu, orang yang mengalami penyakit-penyakit kronik dan pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh membuatkan penghasilan CoQ10 menjadi rendah.

DARI MANAKAH TUBUH KITA BOLEH TOP UP COQ10?

Tahukah anda, makanan seperti daging, ikan dan kekacang juga mempunyai sumber antioksidan CoQ10.

Walaupun begitu, jumlahnya tidaklah cukup untuk meningkatkan kadar COQ10 secara signifikan di dalam tubuh kita.

Maka sebab itu, ada orang-orang tertentu mungkin boleh mendapatkannya dalam bentuk supplemen.

Dan supplemen sebegini boleh didapati dalam bentuk sirap, kapsul tablet atau juga tablet yang boleh dikunyah.

Tetapi untuk orang yang sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat cair darah dan juga tekanan darah, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya.

NAK BELI SUPLEMEN COQ-TROL PLUS SHAKLEE

coq10 shaklee

Jika anda ingin meningkatkan stamina, lebih bertenaga, anda boleh mencuba untuk mengambil Coenzyme Q10 yang dikeluarkan oleh Shaklee. N

Namun Coq juga dipercayai membantu untuk meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki. Nak tahu macam klik link artikel seterusnya tentang Coq 10

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/NakCoQ10

www.wasap.my/60176477837/NakCoQ10

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *