10 Tanda Keracunan Makanan Ramai Abaikan (Bahaya!)
Keracunan makanan bukan sekadar sakit perut biasa. Dalam banyak kes, simptom awal sering dipandang remeh sehingga keadaan menjadi lebih serius. Jika anda pernah rasa tidak selesa selepas makan, ini mungkin tanda tubuh sedang memberi amaran.
Malah, ia boleh berlaku pada setiap peringkat umur tanpa mengira usia. Namun begitu, adakah kesan keracunan makanan ini boleh membahayakan kesihatan anda dan boleh mendatangkan komplikasi yang serius?

10 TANDA KERACUNAN MAKANAN YANG PERLU ANDA AMBIL SERIUS
1. Loya dan Muntah
Badan cuba menyingkirkan toksin daripada makanan tercemar secepat mungkin.
2. Cirit-birit Berterusan
Ini cara badan membuang bakteria berbahaya seperti Salmonella.
3. Sakit Perut atau Kekejangan
Perut memulas menandakan sistem pencernaan terganggu.
4. Demam
Suhu badan meningkat kerana tubuh melawan jangkitan.
5. Badan Lemah & Lesu
Kehilangan air dan nutrien buat badan cepat penat.
6. Hilang Selera Makan
Tubuh perlukan rehat untuk pulih, bukan bekerja mencerna makanan berat.
7. Sakit Kepala
Biasanya berpunca daripada dehidrasi.
8. Najis Berdarah
⚠️ Tanda serius – perlu rawatan segera.
9. Dehidrasi
Mulut kering, pening, dan kurang buang air kecil.
10. Simptom Lebih 48 Jam
Jika berpanjangan, anda perlu jumpa doktor.
APA PERLU BUAT JIKA KERACUNAN MAKANAN?
- Minum air secukupnya (elak dehidrasi)
- Rehat secukupnya
- Elakkan makanan berminyak & pedas
- Ambil makanan ringan seperti bubur
BILA SAYA HARUS BERJUMPA DOKTOR ?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami perkara berikut:
- Kerap muntah sehingga badan kurang menampung air;
- Muntah berdarah atau najis berdarah
- Cirit-birit lebih daripada 3 hari
- Sakit atau kekejangan perut yang teruk
- Suhu oral lebih daripada 38.6 C
- Rasa haus berlebihan, mulut kering, sedikit atau tidak kencing, sangat lemah, pening kepala
- Penglihatan kabur, lemah otot dan kesemutan pada tangan.
PUNCA
Apakah punca keracunan makanan?
Anda boleh mengalami kesan keracunan makanan jika termakan makanan atau minuman yang tercemar.
Sewaktu penghasilan dan pemprosesan makanan, makanan boleh tercemar pada mana-mana tahap seperti sewaktu pertumbuhan, penapaian, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran atau penyediaan.
Peralihan organisma berbahaya daripada satu permukaan ke permukaan yang lain adalah punca utama.
Jika anda makan makanan yang tidak dimasak seperti salad atau selainnya, organisma berbahaya yang tidak dihancurkan sebelumnya boleh menyebabkan keracunan makanan.
Banyak bakteria, virus atau agen parasit bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan. Virus adalah punca utama, diikuti dengan bakteria.
Toksik juga menjadi punca. Toksik dihasilkan oleh bakteria pada makanan atau dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan atau organisma lain yang ditelan.
Bahan kimia tertentu juga mempunyai toksik yang menyebabkan kesan keracunan makanan.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kesan keracunan makanan?
Terdapat banyak faktor risiko keracunan makanan, seperti:
- Usia. Semakin tua, semakin lemah tindak balas sistem imuniti kepada organisma berjangkit
- Wanita mengandung. Kehamilan boleh membawa perubahan kepada metabolisma dan aliran darah, yang menambahkan risiko keracunan makanan. Reaksi badan mungkin lebih teruk sewaktu kehamilan.
- Bayi dan kanak-kanak. Sistem imuniti mereka masih belum lengkap berkembang.
- Pesakit penyakit kronik, seperti diabetes, penyakit hati atau AIDS.
DIAGNOSIS DAN RAWATAN
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kesan keracunan makanan didiagnosis?
Diagnosis keracunan makanan bergantung kepada sejarah kesihatan, termasuklah berapa lama anda telah sakit, apa tanda keracunan makanan yang dihadapi dan apa yang telah anda makan.
Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda penyahhidratan.
Doktor juga mungkin akan melakukan ujian lain seperti ujian darah, kultur najis atau pemeriksaan mengesan parasit, untuk menentukan apa yang menyebabkan penyakit tersebut dan untuk mengesahkan diagnosis.
Sampel najis anda akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti organisma berjangkit tersebut. Dalam kes tertentu, punca keracunan makanan tidak dapat dikenalpasti. Perlu Jumpa Doktor?
CARA ELAK KERACUNAN MAKANAN
- Pastikan makanan dimasak sempurna
- Jangan makan makanan basi
- Basuh tangan sebelum makan
- Simpan makanan pada suhu yang betul
SOKONG PEMULIHAN DENGAN NUTRISI YANG BETUL
Selain rawatan asas, badan anda juga perlukan nutrisi tambahan untuk pulih lebih cepat. Di sinilah suplemen boleh membantu.
Antara yang sering digunakan
🌿 Shaklee ESP Protein Powder
- Membantu bekalkan protein untuk pemulihan badan
- Mudah dihadam (sesuai selepas sakit)
- Memberi tenaga tanpa membebankan perut
💧 Shaklee Performance Drink
- Menggantikan elektrolit yang hilang
- Membantu elakkan dehidrasi
- Sesuai ketika cirit-birit atau muntah
🛡️ Shaklee Vitalea Multivitamin
- Menyokong sistem imun
- Membantu tubuh melawan jangkitan
- Lengkap dengan vitamin & mineral penting
Keracunan makanan boleh jadi serius jika diabaikan. Kenali tanda awal dan bertindak segera. Selain itu, pastikan tubuh anda mendapat nutrisi mencukupi untuk pulih dengan lebih cepat.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/setkesihatanshaklee
www.wasap.my/60176477837/setkesihatanshaklee
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).










