Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Susah Tidur Malam Bahayakan Kesihatan, Ini Cara Atasinya

Susah Tidur Malam Bahayakan Kesihatan, Ini Cara Atasinya

Tidur malam ni merupakan satu nikmat sebenarnya. Tapi kalau susah tidur malam boleh jadi satu penderitaan.

Ada di kalangan kita mungkin sudah berbaring di atas katil berpuluh minit, tetapi tetap tak dapat melelapkan mata.

Dan apabila sudah tertidur, mudah pula terbangun atau terjaga di tengah malam. Haa, bila dah terbangun tu, nak tidur balik jadi susah.

Kesannya, ada yang rasa tidur tak cukup. Tidur tak puas.

Badan jadi letih dan lesu. Otak susah nak fokus pada tugasan kerja atau pembelajaran.

Dan jika memandu kenderaan, terdedah diri dan penumpang pula pada risiko untuk kemalangan. Bahaya sungguh tu.

TREND SUSAH TIDUR MALAM

susah tidur malam

Jika anda mengalami susah tidur malam sejak tahun-tahun kebelakangan ni, Aisah boleh kongsikan bahawa anda tidak keseorangan.

Menurut laporan Asian Journal of Medicine and Health Sciences, 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami pelbagai bentuk insomnia dan juga satu atau lebih masalah tidur.

Ramai kan.

Salah satu faktor susah tidur malam adalah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Walaupun pandemik ni bolehlah kita kira sudah berlalu, tapi ia masih memberi kesan sampingan kepada kita semua.

Covid-19 memberi kesan sampingan jangka pendek dan juga panjang dengan 40 peratus daripada individu melaporkan kesukaran tidur ketika pandemik dan 31 peratus pula menderita akibat gangguan tidur selepas Covid-19.

Perpustakaan Maklumat Ubat & Bioteknologi Kebangsaan, Harian Metro

TIDUR BUKAN SEKADAR UNTUK REHAT

Asasnya seorang dewasa yang berusia dari 18 tahun ke 60 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam tidur sehari.

Jika anda kurang daripada ini, maksudnya anda mungkin dalam golongan yang tidak cukup tidur.

Ramai orang menganggap tidur adalah sekadar rehat. Tapi ianya lebih daripada itu. Antaranya dari segi manfaat kualiti kesihatan.

Sama ada dari segi mental dan fizikal, mahupun luaran dan juga dalaman.

SUSAH TIDUR MALAM BOLEH JEJAS PEMIKIRAN

Kekurangan tidur yang berkualiti boleh menganggu daya kognitif atau pemikiran kita.

Dalam bahasa mudahnya, bila kita tak cukup tidur, sistem badan kita jadi penat. Maka kita tak mampu nak buat keputusan rasional.

Sedangkan mungkin situasi tersebut mungkin memerlukan kita memberi kata putus penyelesaian terbaik.

Tak hairanlah orang yang tak cukup tidur ini boleh menganggu prestasi di tempat kerja. Kita jadi lebih mudah untuk melakukan kesilapan.

Dan kalau untuk sesiapa yang bekerja di sektor kritikal, kesilapan tersebut mungkin boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerugian kepada organisasi.

Selain tu, tak cukup tidur juga boleh membuatkan kita mudah untuk bad mood, stress atau lesu.

Ini juga boleh menganggu cara kita berinteraksi dengan orang sekeliling. Mungkin kita jadi mudah marah dan tersinggung.

Atau kita susah nak fokus atau tangkap mesej yang disampaikan orang lain kepada kita.

SUSAH TIDUR MALAM MUDAH JATUH SAKIT

Tidur merupakan suatu proses pemulihan bagi pelbagai sistem di dalam badan.

Antaranya, sistem pertahanan badan.

Penyelidik dari University of Tobingen, Jerman, mendapati tidur membantu sel pertahanan dalam badan, iaitu T cells, untuk berfungsi lebih baik.

Asasnya, apabila virus memasuki badan, sel T mengaktifkan integrins bagi membunuh mana-mana sel yang dijangkiti penyakit.

Individu yang mengalami kekurangan tidur mempunyai kadar pengaktifan sel T yang rendah berbanding dengan golongan yang tidur cukup.

Tidak hairanlah, kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah dijangkiti sakit seperti batuk, demam dan selesema.

SUSAH TIDUR MALAM CEPATKAN PROSES PENUAAN

Tidur yang cukup dan berkualiti juga penting untuk kesihatan kulit.

Ketika tidur, aliran darah di sekitar kawasan kulit anda akan bertambah.

Jadi, kulit akan membina kembali penghasilan collagen dan memperbaiki sel-sel kulit rosak akibat pencemaran dan juga sinaran UV matahari.

Sebab itu tak hairanlah orang yang susah tidur malam ini akan mengalami kesan jelas pada penampilan mereka. Antaranya tompok hitam di keliling mata, kulit kurang bermaya dan banyak lagi.

LANGKAH UNTUK ANDA MUDAH TIDUR MALAM

tips cara mudah tidur malam lebih lena

Ada beberapa cara yang boleh anda cuba untuk lakukan bagi memudahkan anda dapat tidur yang cukup.

Pertama, cuba lakukan senaman di siang hari. Tak perlu pening-pening nak buat senaman apa. Berjalan kaki dengan pantas selama 10-15 minit pun sudah memadai.

Dengan bersenam, ia membantu meningkatkan kualiti tidur. Kita lebih mudah tidur, dan kurang terjaga di tengah malam.

Kedua, hadkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kafein macam kopi, teh, cola, minuman tenaga atau coklat sebelum tidur.

Ketiga, elakkan tengok gajet seperti handphone atau tablet sebelum tidur. Sebab cahaya dari gajet boleh mengganggu hormon melatonin yang mengawalselia jadual tidur anda.

Lagipun, apabila kita scroll media sosial di gajet ni, adakalanya membuatkan emosi kita terganggu dan membuatkan kita susah nak tidur.

Keempat, anda boleh ambil vitamin atau suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium.

Menurut laporan daripada laman Medical News Today, ada kajian menyatakan pengambilan supplemen ini membantu kita untuk dapatkan tidur berkualiti.

Ini termasuklah membantu kita mendapatkan deep sleep dan kurang terjaga di tengah malam.

SUPPLEMEN ATAU VITAMIN UNTUK TIDUR LEBIH LENA

vitamin susah tidur malam

Salah satu supplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium adalah Ostenutrix dari Shaklee.

Ramai yang mengambil supplemen Ostenutrix Shaklee ni berpendapat dapat membantu mereka lebih mudah untuk tidur dengan lena atau nyenyak.

ostenutrix susah tidur malam

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Ostenutrix Shaklee anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/naktidurlena

www.wasap.my/60176477837/naktidurlena

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

One thought on “Susah Tidur Malam Bahayakan Kesihatan, Ini Cara Atasinya

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?