Susah Tidur Cukup Waktu Malam, Risiko Jemput Strok Datang

Susah Tidur Cukup Waktu Malam, Risiko Jemput Strok Datang

Jika anda susah tidur sejak kebelakangan ni, anda nampaknya tak keseorangan.

Menurut laporan Asian Journal of Medicine and Health Sciences, 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami pelbagai bentuk insomnia dan juga satu atau lebih masalah tidur.

Ramai kan.

Salah satu faktor fenomena susah tidur malam menjadi meningkat adalah disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Walaupun pandemik ni bolehlah kita kira sudah berlalu, tapi benda ni masih beri kesan sampingan kepada kita semua.

Covid-19 memberi kesan sampingan jangka pendek dan juga panjang dengan 40 peratus daripada individu melaporkan kesukaran tidur ketika pandemik dan 31 peratus pula menderita akibat gangguan tidur selepas Covid-19.

Perpustakaan Maklumat Ubat & Bioteknologi Kebangsaan, Harian Metro

KEPENTINGAN TIDUR CUKUP UNTUK KESIHATAN

woman sleeping

Sebenarnya, tidur yang cukup ni merupakan satu nikmat. Terutamanya dari sudut kesihatan.

Maka sebab itu orang dewasa yang berusia dari 18 tahun ke 60 tahun disarankan sekurang-kurangnya 7 jam tidur sehari.

Mungkin ada yang menganggap remeh tentang kepentingan tidur yang cukup ni. Dan menganggapnya sekadar rehat selepas seharian bekerja sahaja.

Tetapi ianya lebih dari itu.

Tidur merupakan suatu proses pemulihan bagi pelbagai sistem di dalam badan.

Antaranya, sistem pertahanan badan.

Penyelidik dari University of Tobingen, Jerman, mendapati tidur membantu sel pertahanan dalam badan, iaitu T cells, untuk berfungsi lebih baik.

Asasnya, apabila virus memasuki badan, sel T mengaktifkan integrins bagi membunuh mana-mana sel yang dijangkiti penyakit.

Individu yang tidur cukup mempunyai kadar pengaktifan sel T yang tinggi berbanding dengan golongan yang tak cukup tidur.

Maka sebab tu, orang cukup tidur kurang mudah untuk dijangkiti penyakit seperti selesema atau demam.

RISIKO STROK JIKA SUSAH TIDUR

photo of a woman sitting on the bed while covered by a white blanket
Photo by cottonbro studio on Pexels.com

Strok atau serangan angin ahmar.

Anda mungkin pernah dengar penyakit sebegini seringkali dikaitkan dengan golongan mempunyai berat berlebihan atau obesiti. Atau juga mereka suka pada tabiat merokok.

Ada kajian mendapati individu yang tidur kurang daripada lima jam setiap malam, berdepan tiga kali ganda berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur selama tujuh jam.

Risiko ini terjadi apabila melihat kepada pattern fasa tidur bagi orang dewasa.

Asasnya, tidur kita terbahagi kepada dua fasa utama. Rapid Eye Movement (REM) dan Non Rapid Eye Movement (NREM). Secara puratanya, 80 peratus tidur orang dewasa adalah berada dalam fasa NREM.

Semasa dalam fasa NREM, sistem kardiovaskular dikawal oleh sistem saraf autonomi. Ini mengurangkan tekanan darah, kadar denyutan jantung dan ketegangan kardiovaskular

Apabila seseorang kurang tidur atau mendapat tidur yang kurang berkualiti, maka fasa NREM akan menjadi semakin kurang.

Kesannya, kadar pemulihan kardiovascular akan menurun. Dalam masa sama, tekanan kardiovascular juga meningkat.

LANGKAH UNTUK ANDA MUDAH TIDUR MALAM

tips cara mudah untuk orang susah tidur malam

Ada beberapa cara yang boleh anda cuba untuk lakukan bagi memudahkan anda dapat tidur yang cukup.

Pertama, cuba lakukan senaman di siang hari. Tak perlu pening-pening nak buat senaman apa. Berjalan kaki dengan pantas selama 10-15 minit pun sudah memadai.

Dengan bersenam, ia membantu meningkatkan kualiti tidur. Kita lebih mudah tidur, dan kurang terjaga di tengah malam.

Kedua, hadkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi kafein macam kopi, teh, cola, minuman tenaga atau coklat sebelum tidur.

Ketiga, anda boleh ambil vitamin atau suplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium.

Menurut laporan daripada laman Medical News Today, ada kajian menyatakan pengambilan supplemen ini membantu kita untuk dapatkan tidur berkualiti.

Ini termasuklah membantu kita mendapatkan deep sleep dan kurang terjaga di tengah malam.

SUPPLEMEN ATAU VITAMIN UNTUK ORANG SUSAH TIDUR

vitamin susah tidur malam

Salah satu supplemen yang mengandungi kalsium dan magnesium adalah Ostenutrix dari Shaklee.

Ramai yang mengambil supplemen Ostenutrix Shaklee ni berpendapat dapat membantu mereka lebih mudah untuk tidur dengan lena atau nyenyak.

ostenutrix susah tidur malam

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Ostenutrix Shaklee anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/naktidurlena

www.wasap.my/60176477837/naktidurlena

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *