Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Selalu Gagal Nak Kurus Bila Azam Tahun Baru? Ini Set Kurus Untuk Anda

Setiap kali tahun baru menjelma, ramai di kalangan kita yang bercita-cita untuk turun berat badan atau kurus. Tapi hasilnya mungkin tak seperti anda harapkan.

Betul tak?

Pelbagai jenis diet itu dan ini yang anda sudah cuba, tapi tidak berjaya.

Mungkin juga anda dah pernah turun berat, tapi susah nak ‘maintain‘. Kemudian, berat naik lebih tinggi pula berbanding sebelumnya.

Atau anda pernah cuba melanggan keahlian gymnasium. Tapi tak sampai 2 bulan, berhenti. Sebab kekangan masa.

Nak buat macam mana?

AZAM NAK KURUS DAN TURUN BERAT BADAN

Memetik kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan pada tahun 2022, kes terlebih berat badan serta obesiti di Malaysia sudah mencapai tahap membimbangkan.

Kebanyakannya adalah disebabkan oleh gaya hidup kita zaman sekarang inilah.

Selalu stress. Tidur pun tak cukup. Jarang ada masa nak bersenam.

Dan…. yang paling utama sekali, makan pun susah nak disiplin. Lebih-lebih lagi Malaysia ni syurga makanan. Sampai tengah malam pun kita masih boleh cari kedai makan.

Haish, memang mencabar nak kurus, kan. Saya faham perkara ni, sebab saya pun pernah lalui perkara sama.

PENGALAMAN AISAH MENURUNKAN BERAT BADAN MELALUI SET KURUS SHAKLEE

Semasa kita semua terkurung lama di rumah akibat pandemik Covid-19, berat Aisah naik hampir 65 kg.

Semuanya gara-gara nak cuba pelbagai resipi yang viral ketika zaman PKP.

Oleh kerana tabiat pemakanan yang tak menyihatkan, bukan saja berat badan Aisah naik. Kulit muka jadi kusam. Senang mengantuk dan susah nak fokus.

Rupa Aisah dahulu ketika berat 65kg

Jadi, Aisah ambil keputusan untuk perbetulkan balik tabiat pemakanan. Sebab Aisah tak mahu nanti melarat jadi masalah kesihatan pula.

Lebih-lebih lagi, Aisah pernah bekerja dalam bidang kesihatan sebagai jururawat di ICU satu ketika dulu.

Macam-macam penyakit tengok. Dan ada antara penyakit ni dahulunya hanya datang pada usia emas, tapi kini mereka umur 30-an pun dah ramai menghidapinya.

Menakutkan. Lebih lagi mengenangkan pada usia sebegini, selalunya anak-anak pula masih kecil lagi.

Jadi, salah satu yang Aisah lakukan adalah mengambil set kurus Shaklee. Ini bagi membantu dalam penurunan berat dan seterusnya membantu juga mengekalkan berat baharu dengan lebih mudah.

Selain itu, Set Kurus Shaklee juga mengandungi mikronutrien yang membantu mengelakkan situasi ‘nutrient deficiency‘.

Hasilnya, Aisah turun ke 57 kg dan mudah nak ‘maintain‘ berat tersebut sampailah kini. Tanpa kulit menggelebeh atau mengganggu sistem penghadaman dan imun badan.

Itu yang ada ingatkan Aisah wanita berumur lingkungan 30-an. Sedangkan Aisah dah berumur lebih 40 tahun. Alhamdulillah.

Berat saya kini 57 kg, memang senang nak maintain kurus ni sebenarnya dengan Hello New You

HELLO NEW YOU, SET KURUS SHAKLEE

Shaklee menjalankan kempen program Hello New You dalam membantu pengurusan berat badan.

Antara produk yang membantu mencapai objektif demikian adalah;

Cinch Mixed Soy Protein Shaklee

Minuman cinch shaklee shake tips cepat kurus set kurus shaklee

Cinch Mixed Soy Protein merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).

Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.

  • Ekstrak Guar Gum

Juga dikenali sebagai guaran, dan diesktrak dari tumbuhan kekacang guar.

Guar gum merupakan salah satu jenis makanan tergolong dalam kategori serat larut (‘soluble fiber‘).

Makanan jenis ini membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.

Apabila ini berlaku, badan anda akan mengambil lebih masa untuk menghadam dan menyerap nutrien makanan.

Kesannya, anda akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.

Secara tak langsung, guar gum membantu mengawal serta menurunkan selera makan anda.

  • Leusine

Membantu dalam pengawalan insulin dan glukosa dalam badan.

Orang yang selalu rasa nak kerap makan (‘craving‘) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.

Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan.

Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan anda nak makan.

Selain itu, leusine juga membantu badan anda daripada kehilangan jisim otot (‘muscle mass’).

Mengekalkan ‘muscle mass’ adalah penting dalam menurunkan berat badan.

Sebabnya, ototlah yang membantu badan anda untuk membakar lebih banyak kalori setiap hari.

Selain itu, minuman ini juga mengandungi mikronutrien seperti vitamin A, B, C, D, E, kalsium, magnesium dan zink.

Oh ya. Minuman Cinch Mixed Soy Protein Shaklee ini didatangkan dalam 3 perisa.

Vanilla. Cokelat. Cafe Latte.

Jadi, anda boleh pilih mana-mana satu yang menepati selera kegemaran anda.

OmegaGuard Shaklee

set kurus shaklee

OmegaGuard Shaklee merupakan minyak ikan berbentuk softgel (gel lembut) yang mengandungi tinggi Omega 3.

Ada kajian menyatakan Omega-3 mampu menaikkan kadar metabolik badan.

Apabila tinggi kadar metabolisme badan, maka semakin banyak kadar lemak dibakar. Dan ini membantu dalam penurunan berat badan, ‘inch loss’ (kehilangan inci) dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan.

Lecithin Shaklee

Lecithin shaklee tips cepat kurus set kurus shaklee

Lecithin dikenali sebagai emulsifier (emulsi) semulajadi, dan merupakan ejen pemecah lemak kepada molekul-molekul kecil untuk penghadaman,

Memandangkan lecithin berupaya untuk memecahkan lemak, ia juga membantu menghalang sel-sel lemak untuk menempel di bahagian dinding arteri darah dan juga jantung.

Jadi, secara tidak langsung, lecithin juga berupaya membantu menurunkan paras kolestrol.

Herb-Lax Shaklee

Herb-lax shaklee set kurus shaklee

Tabiat pemakanan mungkin boleh membuatkan kita mengalami masalah penghadaman.

Ini boleh terjadi jika kita kurang untuk minum air yang cukup serta kekurangan pengambilan menu mempunyai serat. Terutamanya serat jenis larut (‘soluble fiber’).

Jika kita tidak membuang air besar dalam tempoh yang lama, ia boleh menjadi toksin di dalam badan.

Salah satu bahan utama di dalam Herb-Lax Shaklee adalah daun senna atau juga dikenali sebagai daun gelenggang. Daun senna berfungsi sebagai pelawas.

Anda boleh mengambil 1-2 kali sebulan sebagai fungsi detoks bagi melegakan penghadaman. Dan memudahkan untuk anda membuang air besar.

Jadi, ia bagus untuk anda rasa puas semasa membuang.

Alfalfa Complex Shaklee

alfalfa shaklee tips cepat kurus detox set kurus shaklee

Alfalfa Shaklee diperbuat daripada bahan utamanya iaitu esktrak secara semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan alfalfa.

Tumbuhan alfalfa ini memang terkenal mempunyai pelbagai jenis mineral dan nutrien termasuklah serat (‘fiber’) yang membantu dalam penghadaman anda.

Ada di kalangan orang yang bergelut dengan berat badan berlebihan ini mempunyai masalah sistem penghadaman.

Antara kandungan mikronutrien alfalfa adalah vitamin K, vitamin C, zat besi dan magnesium.

Optional: Collagen Shaklee

Di pasaran, ada pelbagai jenis collagen yang diperbuat daripada sumber-sumber;

  • marine‘ seperti ikan,
  • poultry‘ seperti ayam,
  • atau ‘bovine‘ seperti lembu dan khinzir.

Dan setiap daripadanya tergolong dalam keluarga atau jenis collagen yang berbeza. Dan ini juga memberi fungsi dan manfaat yang berbeza.

Macam Collagen Shaklee diperbuat daripada ikan, maka ia tergolong di dalam kategori collagen type I.

Antara manfaat collagen type I adalah dapat mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit, serta membantu kesihatan sendi seperti tulang rawan.

Jadi, kalau kulit menggelebeh selepas kurus atau masih sakit-sakit lutut akibat berat badan lampau, anda boleh mengambil collagen ini.

Collagen Shaklee juga mengandungi mikronutrien vitamin C.

MACAM MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Jika anda nak turun berat badan atau kurus dengan cara yang lebih sihat, anda boleh cuba produk di atas.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/NakImejBaru.

www.wasap.my/0176477837/NakImejBaru.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus vitamin Shaklee daripada rumah keluarga saya yang juga merupakan pengedar Shaklee Labuan.

COD Shaklee Hulu Langat

ANTARA TESTIMONI SERVIS SAYA SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“The best Shaklee dealer, I’m dealing with her for almost 5 years plus. Very thoughtful seller, always be good listener before product recommendations.” – Pn Kalai, Puchong

vitamin anak COD Shaklee pengedar shaklee subang jaya pengedar shaklee puchong pengedar shaklee klang pengedar shaklee petaling jaya pengedar shaklee putrajaya pengedar shaklee bukit jalil pengedar shaklee sungai buloh

“Top & trusted seller. Fast delivery and products, are always available. TQ kak.” – Ms Gowri, Sungai Buloh

vitamin anak Pengedar Shaklee Labuan COD Labuan

Saya sudah mencuba beberapa supliment tetapi produk Shaklee mmg sesuai dgn saya. Selain menambah zat yg kurang dlm badan ia jgk membantu merawat jika ada luka dalaman badan kita bergantung kepada kategori yg kita pilih. Kalau tak pasti apa yg kita perlukan, ejen Shaklee boleh bantu syorkan apa kategori supliment yg sesuai utk kita. Mmg terbaik👍👍👍👍👍- Encik Dino, Labuan

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?