Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Derita Sakit Lutut,Cuba Pain Relief Shaklee Untuk Masalah Sendi

Derita Sakit Lutut,Cuba Pain Relief Shaklee Untuk Masalah Sendi
Derita Sakit Lutut, Ini Testimoni Shaklee Emak Saya Berusia 60-an

“Susah mak nak berjalan sekarang ni, lutut ni selalu sakit-sakit.”

Hati-hati. Orkid. Keladi. Lili. Bunga kertas. Calathea.

Dan banyak lagi tanaman hiasan bersusun di luar rumah.

Baris demi baris. Bermacam-macam jenis warna tumbuhan.

Inilah keadaan laman rumah emak Aisah di kampung. Memang dia sukakan tanaman hiasan.

Sekali imbas, laman rumah emak Aisah seperti nurseri.

Memang tak hairanlah kadang-kadang ada orang singgah. Nak melihat-lihat pokok yang ditanam.

Setiap pagi, emak Aisah akan menyiram tanam-tanaman ini. Satu demi satu.

Ada hari tertentu dia letakkan baja tanaman.

Jika ada anak pokok muncul di dalam pasu, dipindahkannya ke pasu yang lain.

Memang itulah rutin paginya dari dulu bila berada di rumah. Suka benar dia dengan pokok-pokok hiasan.

Tiap kali balik kampung, mesti Aisah ambil anak pokok dari laman rumah emak untuk dibawa balik, hehehe.

EMAK MENGADU SAKIT LUTUT

Bila emak Aisah makin berusia, dia mengadu lututnya mula sakit-sakit.

Tahun berganti tahun, kesakitan tu semakin kerap. Lebih-lebih lagi dia sedia ada mempunyai masalah berat badan sejak sekian lama.

Apabila lututnya sakit, langkahan emak Aisah pun jadi perlahan-lahan saja. Bila berjalan, dia selalu berhenti berehat sebentar. Pergerakannya terbatas dan tak secergas dulu.

Jadi, apabila dia nak menyiram dan mengurus pokok tanaman hiasannya pun mengambil masa semakin lama.

PENYAKIT OSTEOARTHRITIS, KERADANGAN PADA SENDI

Aisah datang daripada bidang perubatan. Kes macam emak Aisah ni dalam perubatan dipanggil sebagai osteoarthritis. Dalam bahasa Melayunya, keradangan sendi.

Osteoathritis berlaku disebabkan proses kehausan yang berlaku pada tulang rawan.

Hakikatnya, individu macam emak Aisah ini memang tergolong dalam kumpulan yang berisiko mendapat osteoarthritis.

Sebabnya, antara faktor osteoarthritis ini adalah usia meningkat, mempunyai berat badan berlebihan dan juga kaum wanita lebih berisiko berbanding kaum lelaki.

Jadi, Aisah ambil keputusan untuk membantu emak supaya keadaannya tidak menjadi lebih teruk dengan cepat.

Aisah dengan emak

Ini supaya proses osteoarthritis dapat dilambatkan atau diperlahankan.

Sebagai anak, Aisah nak tengok dia boleh bergerak tanpa sakit. Boleh solat berdiri. Boleh memasak di dapur.

Atau Aisah dan adik beradik dapat bawa dia pergi berjalan-jalan makan angin dan shopping.

PROSES KURANGKAN BERAT BADAN

Antara tindakan awal yang Aisah lakukan adalah membantu emak dalam mengurangkan berat badannya.

Tentulah, menurunkan berat badan dengan melalui cara aktiviti fizikal adalah sesuatu yang agak susah. Sebabnya emak Aisah sendiri pun susah nak berdiri lama-lama.

Alternatifnya, adalah membantu emak Aisah mengurangkan pengambilan kalori seharian.

Tak dinafikan, ianya bukan mudah.

Lebih-lebih lagi individu berusia seperti emak Aisah mungkin sudah terbiasa dengan tabiat pemakanan sedia ada.

Antara tabiatnya adalah makan 3-4 kali sehari. Serta craving dan suka mengambil minuman-minuman manis, seperti teh, teh tarik atau milo, setiap hari.

CUBA TAMBAHAN SUPPLEMENT SEPERTI PAIN RELIEF SHAKLEE UNTUK SAKIT SENDINYA

Selain daripada Omega Guard dan Collagen Shaklee yang sedia ada, sejak Pain Relief Shaklee masuk di pasaran bulan lepas maka mak terus menambah Pain Relief sebagai tambahan vitamin untuk masalah lututnya.

Setakat ini memang rasa lebih lega bila ada tambahan Pain Relief ni juga kerana ia sangat membantu melegakan keselesaan masalah sakit sendi pada lutut beliau.

FUNGSI PAIN RELIEF UNTUK MASALAH SAKIT SENDI

1. MELEGAKAN

Kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dengan

merencatkan laluan penyebab penyakit.

2. MELINDUNGI

Tulang rawan dari kemusnahan dengan mengurangkan keradangan.

3. MEMULIHKAN

Tisu-tisu sendi dengan meningkatkan peredaran darah ke bahagian sendi untuk menyokong proses pemulihan.

Sebab itu bila mak amalkan dia menambah lagi kelegaan pergerakan pada sendinya.

Keistimewaan Pain Relief Caplet Shaklee

Mesti ramai yang tertanya-tanya samada selamat ke tak produk ni kan? Tak sama ke dengan Pain Killer di pasaran?

Disini ada 4 ciri keistimewaan produk Pain Relief Caplet Shaklee yang perlu tahu

1. Setiap hidangan mengandungi 1,082 mg ekstrak Boswellia dan 150mg ekstrak Safflower. Ia dicipta supaya selamat diambil dan lembut pada perut. Orang gastrik pun boleh ambil. Malah ianya tidak mengandungi aspirin.

2. Produk ini telah terbukti dalam kajian saintifik yang ianya mampu menghalang kesakitan secara semulajadi.

3. Formula produk telah dipatentkan oleh Shaklee (U.S Patent No. 7,195,790)

4. Produk ini terbukti berkesan dalam mengurankan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan otot. Malah kesannya sangat cepat mengikut testimoni pengguna.

Kebaikan Pain Relief Caplet Shaklee ⬇️

🔹Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan pergerakan keterlaluan

🔹Menyokong pergerakan dan fleksibiliti sendi

🔹Melegakan kesakitan otot

Biasanya ubat tahan sakit akan bagi kesan sampingan, loya, gastrik & rasa tak selesa pada perut.

Pain Relief Caplet tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan lembut pada perut serta tidak mengandungi aspirin. Sebab itu kenapa mak Aisah prefer untuk memilih Pain Relief Caplet ni.

TESTIMONI PAIN RELIEF CAPLET SHAKLEE

MACAM MANA NAK BELI CINCH SHAKE, MINYAK IKAN OMEGA GUARD & COLLAGEN SHAKLEE UNTUK SAKIT LUTUT?

Jika anda atau ibu bapa anda mula mempunyai sakit-sakit lutut, anda boleh mencuba untuk mendapatkan Cinch, minyak ikan OmegaGuard dan collagen Shaklee.

Nak baca lebih cerita testimoni Shaklee boleh klik link seterusnya.

Moga dapat rezeki hadiah istimewa daripada tajaan http://www.anakkuwira.com.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/SakitLutut

www.wasap.my/0176477837/SakitLutut

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

#sakitlutut #codShaklee #pengedarshaklee

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?