Derita Sakit Lutut, Ini Testimoni Shaklee Emak Saya Berusia 60-an
“Susah mak nak berjalan sekarang ni, lutut ni selalu sakit-sakit.”
Hati-hati. Orkid. Keladi. Lili. Bunga kertas. Calathea.
Dan banyak lagi tanaman hiasan bersusun di luar rumah.
Baris demi baris. Bermacam-macam jenis warna tumbuhan.
Inilah keadaan laman rumah emak Aisah di kampung. Memang dia sukakan tanaman hiasan.
Sekali imbas, laman rumah emak Aisah seperti nurseri.
Memang tak hairanlah kadang-kadang ada orang singgah. Nak melihat-lihat pokok yang ditanam.
Setiap pagi, emak Aisah akan menyiram tanam-tanaman ini. Satu demi satu.
Ada hari tertentu dia letakkan baja tanaman.
Jika ada anak pokok muncul di dalam pasu, dipindahkannya ke pasu yang lain.
Memang itulah rutin paginya dari dulu bila berada di rumah. Suka benar dia dengan pokok-pokok hiasan.
EMAK MENGADU SAKIT LUTUT
Bila emak Aisah makin berusia, dia mengadu lututnya mula sakit-sakit.
Tahun berganti tahun, kesakitan tu semakin kerap. Lebih-lebih lagi dia sedia ada mempunyai masalah berat badan sejak sekian lama.
Apabila lututnya sakit, langkahan emak Aisah pun jadi perlahan-lahan saja. Bila berjalan, dia selalu berhenti berehat sebentar. Pergerakannya terbatas dan tak secergas dulu.
Jadi, apabila dia nak menyiram dan mengurus pokok tanaman hiasannya pun mengambil masa semakin lama.
PENYAKIT OSTEOARTHRITIS, KERADANGAN PADA SENDI
Aisah datang daripada bidang perubatan. Kes macam emak Aisah ni dalam perubatan dipanggil sebagai osteoarthritis. Dalam bahasa Melayunya, keradangan sendi.
Osteoathritis berlaku disebabkan proses kehausan yang berlaku pada tulang rawan.
Hakikatnya, individu macam emak Aisah ini memang tergolong dalam kumpulan yang berisiko mendapat osteoarthritis.
Sebabnya, antara faktor osteoarthritis ini adalah usia meningkat, mempunyai berat badan berlebihan dan juga kaum wanita lebih berisiko berbanding kaum lelaki.
Jadi, Aisah ambil keputusan untuk membantu emak supaya keadaannya tidak menjadi lebih teruk dengan cepat.
Ini supaya proses osteoarthritis dapat dilambatkan atau diperlahankan.
Sebagai anak, Aisah nak tengok dia boleh bergerak tanpa sakit. Boleh solat berdiri. Boleh memasak di dapur.
Atau Aisah dan adik beradik dapat bawa dia pergi berjalan-jalan makan angin dan shopping.
PROSES KURANGKAN BERAT BADAN
Antara tindakan awal yang Aisah lakukan adalah membantu emak dalam mengurangkan berat badannya.
Tentulah, menurunkan berat badan dengan melalui cara aktiviti fizikal adalah sesuatu yang agak susah. Sebabnya emak Aisah sendiri pun susah nak berdiri lama-lama.
Alternatifnya, adalah membantu emak Aisah mengurangkan pengambilan kalori seharian.
Tak dinafikan, ianya bukan mudah.
Lebih-lebih lagi individu berusia seperti emak Aisah mungkin sudah terbiasa dengan tabiat pemakanan sedia ada.
Antara tabiatnya adalah makan 3-4 kali sehari. Serta craving dan suka mengambil minuman-minuman manis, seperti teh, teh tarik atau milo, setiap hari.
MINUMAN BANTU TURUN BERAT BADAN
Aisah belikan emak minuman shake protein dari Shaklee (Cinch Mixed Soy Protein Shake). Dan mak Aisah ambilnya sebagai salah satu minuman harian.
Cinch Mixed Soy Protein ni merupakan sejenis minuman protein yang dapat membantu dalam menurunkan berat badan (“weight loss”).
Sebab di dalamnya mempunyai beberapa bahan-bahan yang berkesan dalam tujuan sedemikian.
1. Ekstrak Guar Gum
Guar gum adalah sejenis makanan serat larut (soluble fiber).
Jadi, ia membantu memperlahankan penghantaran makanan dari perut untuk sampai kepada usus.
Apabila ini berlaku, badan pun mengambil lebih masa untuk menghadam dan menyerap nutrien makanan.
Kesannya, badan akan berasa kenyang lebih lama. Atau dalam kata lain, lambat nak lapar.
Secara tak langsung, guar gum membantu mengawal serta menurunkan selera makan.
2. Leusine
Orang yang selalu rasa nak kerap makan (craving) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.
KURANGKAN RASA SAKIT LUTUT & BANTU KESIHATAN TULANG RAWAN
Aisah juga galakkan emak Aisah untuk mengambil minyak ikan omega 3 (OmegaGuard). Sebabnya minyak ikan sebegini kaya dengan EPA dan DHA.
Kedua-dua asid ini bersifat anti-radang (anti-inflammation) yang membantu untuk mengurangkan kesakitan sendi lutut.
Selain itu, emak Aisah juga ambil collagen.
Bila bercakap tentang minuman collagen ramai yang menganggap ia adalah sejenis pemakanan untuk kecantikan dan juga awet muda.
Sebenarnya, ada minuman collagen tertentu (seperti keluaran Shaklee) boleh membantu kesihatan sendi. Sebabnya collagen membantu memberikan kekuatan kepada tulang rawan emak saya.
PERUBAHAN EMAK AISAH SELEPAS MENGAMBIL SHAKLEE
Hati mana yang tak gembira bila melihat kesakitan emak sendiri dapat diringankan. Begitu jugalah Aisah.
Jika dulu, dia makan 3-4 kali sehari. Kini, dia makan 2 kali sehari saja sebab minuman Cinch Shake memang mengenyangkan. Dia tak lagi makan malam.
Selain itu, Cinch Shake juga memotong rasa atau craving emak Aisah untuk ambil minuman manis.
Maka tak hairanlah, berat dia turun dari 84 kg kepada 74 kg.
Bukan tu saja, paras gula dalam darah pun jadi cantik. Bila buat ‘check up‘ di hospital, doktor tengok pun puas hati.
Bila berat berkurang, ditambah pula dengan pengambilan minyak ikan OmegaGuard (yang bersifat anti-radang) dan juga collagen Shaklee, sakit lutut emak Aisah pun jadi kurang.
Dapatlah emak Aisah bergerak dengan lebih baik. Dia boleh meneruskan rutin harian paginya dengan tanaman-tanaman hiasan.
Dan kami adik beradik suka bawa dia pergi berjalan-jalan makan angin.
MACAM MANA NAK BELI CINCH SHAKE, MINYAK IKAN OMEGA GUARD & COLLAGEN SHAKLEE UNTUK SAKIT LUTUT?
Jika anda atau ibu bapa anda mula mempunyai sakit-sakit lutut, anda boleh mencuba untuk mendapatkan Cinch, minyak ikan OmegaGuard dan collagen Shaklee.
Nak baca lebih cerita testimoni Shaklee boleh klik link seterusnya.
Moga dapat rezeki hadiah istimewa daripada tajaan http://www.anakkuwira.com.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/SakitLutut
www.wasap.my/60176477837/SakitLutut
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
#sakitlutut #codShaklee #pengedarshaklee
One thought on “Derita Sakit Lutut, Ini Testimoni Shaklee Emak Saya Berusia 60-an”