5 Tips Rahsia Wanita Cantik & Awet Muda Secara Dari Dalaman

“Cantik luaran itu memikat, tetapi cantik dalaman itu memukau.”
Setuju kan kalau Aisah katakan, wanita dan keinginan nak cantik ini sesuatu yang sinonim.
Kalau boleh, kita yang wanita ini nak kekal jelita dan awet muda walaupun sudah berusia.
Bila berjalan dengan anak-anak remaja kita suatu hari nanti, selalu orang ingatkan macam kakak dengan adik.
Atau, bila diberitahu usia diri dah lebih 40 tahun, selalu saja ada yang tak percaya atau naik hairan. Sebabnya mereka sangkakan kita ini adalah wanita di awal 30-an.
Kalau dapat situasi-situasi macam ini, memang rasa berbunga-bunga di hati.
CANTIK LUARAN JIKA DIGANDING CANTIK DALAMAN MEMANG BOOM
Tidak hairanlah ramai wanita-wanita yang sangat berdisiplin dan ‘particular‘ tentang rutin penjagaan kulit harian, bersolek serta menggayakan fesyen-fesyen terkini.
Jadinya, di rumah kita bukan saja ada bermacam-macam produk ‘skin care‘ atau juga ‘make-up‘. Malahan juga, bermacam jenis pakaian, perhiasan, beg tangan dan juga kasut.
Namun, semua ini merupakan kecantikan luaran.
Sebagai wanita, penjagaan kecantikan daripada dalaman juga perlu dititikberatkan.
Sebabnya, bila kedua-dua bergabung, bukan saja kita dapat lebih padu dalam memperlahankan proses penuaan. Tetapi juga dapat mengekalkan kesihatan kita.
BAGAIMANA NAK JAGA KECANTIKAN DARI DALAM?
Di sini Aisah kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk mengekalkan awet muda secara dalaman.
Tips awet muda #1: Tidur yang cukup

“Kecantikan perempuan adalah ketika di saat dia bangun pagi.”
Untuk mengekalkan keremajaan dan awet muda, pastikan anda mendapat tidur cukup dan berkualiti setiap hari.
Berapa jam tidur diperlukan? 7-9 jam sehari.
Sebenarnya, tidur bukan sekadar memberi anda rehat secara fizikal dan mental.
Ketika tidur, aliran darah di sekitar kawasan kulit anda akan bertambah.
Selain itu, penghasilan collagen oleh badan juga penting dalam menjaga keanjalan, ketegangan dan seri kulit.
Menurut laman kesihatan terkenal, WebMd, antara manfaat kecantikan daripada tidur yang cukup adalah;
- Mengurangkan garis-garis kedutan dan memperlahankan kulit anda menjadi kendur.
- Kulit muka anda nampak lebih ‘glow‘ kerana badan banyak mengalirkan darah ke kawasan kulit.
- Mata anda lebih cantik. Tiada kewujudan lingkaran hitam sekeliling mata (‘panda eyes‘) dan juga ‘eye bag‘ yang selalu terjadi akibat tidur tidak cukup.
- Mengurangkan situasi rambut rosak dan gugur. Ini disebabkan folikel rambut mendapat lebih banyak nutrien, vitamin dan mineral daripada aliran darah.
- Penampilan anda nampak bertenaga, minda lebih tajam dan membuatkan lebih ceria.
- Membantu membuatkan produk penjagaan kulit anda jadi lebih berkesan dalam menjaga kecantikan dan awet muda.
Tips awet muda #2: Lakukan senaman

Bersenam bukan saja dapat menyihatkan badan. Ia juga boleh membantu anda lebih cantik dan memperlahankan penuaan.
Semasa bersenam, jantung anda akan bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Seperti Aisah sebutkan di perenggan lepas, peningkatan aliran darah ini juga membawa nutrien, vitamin dan mineral ke bahagian kulit.
Ini membuatkan kulit nampak lebih muda, kelihatan ‘glowing‘ dan juga sihat.
Selain itu, bersenam juga membantu badan merembeskan hormon endorphins.
Hormon ini membantu untuk mengurangkan ‘stress‘ dan juga memperbaiki ‘mood‘ anda menjadi lebih baik.
Secara tak langsung, ini dapat mengurangkan paras hormon ‘cortisol‘ dalam badan.
Kehadiran paras hormon ‘cortisol‘ tinggi secara kerap dan berterusan boleh memberi kesan negatif kepada kulit anda. Antaranya, keradangan, jerawat, serta ‘breakout‘.
Oh ya, jika anda selalu mengalami masalah sukar untuk mendapatkan tidur cukup dan berkualiti, bersenam juga boleh menjadi solusinya.
Tips awet muda #3: Kurangkan gula pemanis tambahan

“Kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman.”
Badan kita sememangnya perlukan gula. Sebab gula membekalkan sumber tenaga.
Secara semulajadi, gula boleh didapati daripada makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi.
Gula juga boleh didapati daripada buah-buahan (fruktosa) dan juga susu (laktosa).
Walau bagaimanapun, gula pemanis yang ditambah dalam makanan atau minuman sebenarnya tak digalakkan pun.
Selain tidak menyihatkan, gula pemanis seperti gula putih juga boleh memberi kesan kepada kulit.
Gula putih boleh mempengaruhi penghasilan insulin di dalam badan anda.
Ini membuatkan kulit menghasilkan minyak berlebihan (‘sebum‘) yang boleh mencetuskan jerawat.
Selain itu, pengambilan gula berlebihan juga membuatkan kandungan dalam darah meningkat.
Apabila gula dalam darah ini bergabung dengan kandungan protein atau lemak, ia mencetuskan ‘advanced glycation end products‘ (AGEs).
AGEs yang rendah tidak perlu dibimbangkan.
Tetapi jika AGEs terlalu tinggi (akibat gula dalam darah darah yang tinggi), kesannya boleh merosakkan penghasilan ‘collagen‘ oleh badan.
Apabila penghasilan ‘collagen‘ ini terganggu, kulit pun hilang keanjalan, mudah untuk kusam berjerawat serta mempercepatkan proses penuaan.
Memang Aisah tak nafikan agak sukar untuk kita potong pengambil gula pemanis ini secara total.
Lebih-lebih lagi gula pemanis ini banyak ditambah dalam makanan seperti sos, kicap, bijirin, lauk pauk, dan kuih muih.
Tetapi langkah awal yang anda boleh ambil adalah dengan cara tidak mengambil air manis. Cukup dengan mengambil air kosong sahaja.
Aisah sendiri memang amalkan berhenti pengambilan air manis.
Tips awet muda #4: Kurangkan pengambilan makanan terproses (‘processed food‘)

‘Processed food‘ seperti makanan segera atau ‘frozen food‘ sememangnya sangat popular masa kini.
Antaranya, kentang goreng, ‘nugget‘, ‘wedges‘, sosej, daging burger, pepperoni, makanan dalam tin dan sebagainya.
Ia menjadi pilihan sebab cepat dan mudah disediakan. Lebih-lebih lagi ramai yang selalu dalam kesibukan.
Makanan sebegini kebiasaanya tinggi garam atau sodium, lemak tepu (‘saturated fat‘) dan bahan tambahan seperti ‘sulphites‘.
Kesemua ini boleh membuatkan kulit menjadi terhidrasi dan melemahkan fungsi ‘collagen‘.
Tips awet muda #5: Ambil diet pemakanan yang memperlahankan penuaan
Pernah tak anda terfikir kenapa kulit anak-anak kecil selalunya lembut. Rambutnya bersinar-sinar. Kukunya pula cantik.
Satu faktor utamanya adalah kadar ‘collagen‘ di dalam tubuh mereka sangat tinggi.
Namun begitu, tahap penghasilan ‘collagen‘ oleh badan akan menurun apabila usia semakin meningkat.
Proses penurunan ini boleh bermula seawal usia pertengahan 20-an.
Walaupun penurunan ini adalah secara beransur-ansur, tetapi ada faktor-faktor yang membolehkan ia jatuh dengan lebih cepat.
Maka tak hairanlah, garis halus penuaan boleh dikesan walaupun belum berusia 40 tahun.
- Tabiat merokok atau sering terdedah dengan asap rokok.
Nikotin membuatkan keradangan pada dinding salur darah. Akibatnya, salur darah menjadi sempit. Ini menghalang nutrien, vitamin dan mineral untuk sampai kepada kulit dengan secukupnya.
- Selalu terdedah dengan cahaya matahari dengan banyak.
Sinaran ultraviolet dalam cahaya matahari bukan saja menganggu penghasilan ‘collagen‘, malah membuatkan ia jadi rosak.
- Tabiat pengambilan makanan tinggi gula dan juga makanan terproses.
Seperti Aisah terangkan tadi, kerap mengambil makanan tinggi gula dan lemak tepu boleh mengganggu fungsi ‘collagen‘ di dalam badan kita.
Oleh itu, anda boleh mengambil makanan yang boleh memperlahankan proses penuaan.
Macam Aisah amalkan dua zat pemakanan ini, untuk mengekalkan keremajaan kulit secara dari dalam.
1. Collagen Peptides
‘Collagen peptides‘ diperbuat daripada pelbagai sumber. ‘Marine’ (seperti ikan), ‘poultry’ (seperti ayam) dan juga ‘bovine‘ (seperti lembu).
Walaupun begitu, setiap satu daripadanya memberi fungsi yang berbeza-beza.
Macam Aisah pilih ‘collagen peptides‘ yang diperbuat daripada ‘marine‘. Sebab sumber ini fungsinya lebih membantu dalam keremajaan kulit.
Antara manfaatnya adalah dapat mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit, serta membantu kesihatan sendi seperti tulang rawan.

2. Resveratrol
Mungkin ada di kalangan anda baru pertama kali mendengar resveratrol. Tak apa, Aisah boleh terangkan dengan serba ringkas sedikit.
Resveratrol adalah sejenis ekstrak daripada tumbuhan seperti anggur dan juga beri. Dan ia adalah tinggi antioksidan.
Antioksidan berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita.
Radikal bebas ini berpotensi merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan.
Radikal-radikal bebas ini sering didapati daripada pencemaran seperti asap rokok, kandungan makanan terproses dan tinggi gula, serta sinaran ultraviolet.
Selain itu, kandungan tinggi antioksidan dalam resveratrol juga membantu menggalakkan kulit memperbaiki sel-selnya.
Maka sebab itulah, resveratrol merupakan salah satu unsur pemakanan yang dikira anti penuaan.
COLLAGEN PEPTIDES & RESVERATROL APAKAH AISAH AMBIL?
‘Collagen peptides‘ yang Aisah ambil adalah minuman Collagen Plus Powder. Manakala resveratrol pula adalah Vivix.
Kedua-duanya merupakan keluaran syarikat Shaklee.
Aisah memilih ‘collagen peptides‘ keluaran Shaklee sebab ia turut mengandungi vitamin C.
Kehadiran kandungan vitamin C dalam sesuatu produk ‘collagen peptides‘ adalah sangat penting.
Maka, ‘collagen peptides‘ jenis ini dapatlah memberi kesan yang lebih efektif dalam mencantikkan kulit kita, berbanding dengan yang tanpa vitamin C.
Selain daripada itu, Collagen Shaklee juga mendapat pensijilan halal. Ini penting ya untuk pengguna beragama Islam.

Untuk resveratrol pula, Aisah memilih Vivix Shaklee sebab ia diperbuat daripada anggur muscadine.
Jadi, rasa dan baunya juga adalah sedap seperti buah anggur. Dan ia boleh diambil dengan begitu saja. Mudah sangat.
MACAM MANA NAK BELI COLLAGEN SHAKLEE & VIVIX SHAKLEE?

Jika anda mementingkan penampilan, anda boleh mencuba sama ada Collagen Shaklee atau Vivix Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakAwetMuda
www.wasap.my/60176477837/NakAwetMuda
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)




2 thoughts on “5 Tips Rahsia Wanita Cantik & Awet Muda Secara Dari Dalaman”