7 Benda Ni Buat Anda Cepat Kedut & Penuaan Sebelum Waktunya
Satu perkara yang merisaukan ramai wanita adalah apabila kesan penuaan yang mula terbentuk pada kulit.
Dan ianya lebih merisaukan jika penuaan tersebut berlaku lebih awal dari yang dijangka.
“Eh, kenapa macam ada garisan kedutan halus di muka. Alamak, takkan cepat sangat aku jadi tua.” Jerit kita di dalam hati.
Sedangkan ada wanita yang lebih tua dari kita masih lagi kelihatan awet muda dan jelita. Seolah-olah dia lambat betul dimamah usia.
Dan lebih merungsingkan bila ada orang tercinta seperti pasangan atau anak pula perasan dan menegur,
“Kenapa muka mama macam dah mula nampak ada kedut sikit lah.”
PENUAAN TIDAK DAPAT DIELAKKAN TETAPI BOLEH DILEWATKAN
Secara naturalnya, proses penuaan adalah sesuatu perkara tidak boleh dielakkan bagi setiap diri kita.
Menurut kajian, proses penuaan boleh berlaku seawal usia 25 tahun. Salah satunya adalah disebabkan oleh penurunan penghasilan collagen oleh tubuh badan kita.
Penghasilan collagen adalah sangat penting dalam memelihara struktur kulit kita. Antaranya kulit menjadi lembut, anjal dan tegang.
Proses penuaan ini pula berlaku pada kadar yang berbeza bagi setiap individu.
Ada yang mempunyai rutin harian tertentu yang membuatkan proses ini berlaku pada kadar yang sangat perlahan. Maka tidak hairanlah, ada wanita berusia 40 tahun pun tetapi kulitnya seperti usia 20-an.
Di satu pihak yang lain pula, ada wanita yang belum pun menjengah usia 40 tahun, tetapi sudah mula ada garis penuaan.
FAKTOR PENUAAN BERLAKU SEBELUM WAKTUNYA
Ada pelbagai faktor yang membuatkan proses penuaan berlaku secara cepat. Dan seseorang wanita boleh kelihatan tua sebelum waktunya.
Faktor cepat penuaan #1: Rokok
Menurut laman web kesihatan terkenal, WebMd, rokok adalah satu faktor yang pasti boleh membuatkan seseorang wanita boleh kelihatan lebih tua.
Ini bukan sekadar pandangan kosong. Ada sepasang kembar seiras kelihatan lebih tua, apabila salah seorangnya mempunyai tabiat merokok.
Nikotin dalam rokok membuatkan keradangan pada dinding salur darah.
Maka tak hairanlah, kulit perokok akan kelihatan kusam dan pucat.
Selain itu, bahan radikal dalam asap rokok juga membuatkan kandungan vitamin C di dalam badan berkurangan.
Dan ini boleh terjadi kepada perokok, serta bukan perokok yang selalu terdedah kepada asap rokok.
Vitamin C adalah salah satu nutrien penting dalam penghasilan collagen oleh badan. Jika vitamin C kurang, maka kuranglah penghasilan collagen.
Kesannya, penuaan pun boleh berlaku sebelum waktunya.
Faktor cepat penuaan #2: Sinaran matahari
Cahaya matahari baik untuk tubuh badan kerana membekalkan vitamin D yang baik untuk kesihatan.
Oleh sebab tu, WHO menyarankan kita untuk berada di bawah sinaran matahari (tanpa menggunakan sunscreen) selama 5-15 minit, 2-3 kali seminggu.
Walau bagaimanapun, jika kita berlebihan berada di bawah cahaya matahari, ia boleh memberi kesan kepada penuaan.
Apabila elastin rosak, maka kulit kita akan menjadi kendur dan hilang keanjalan. Kulit juga akan lambat untuk sembuh jika luka dan lebam.
Kesan kerosakan dari matahari ini mungkin tidaklah kelihatan jelas semasa kita muda. Tetapi lama kelamaan ia boleh muncul apabila kita semakin berusia.
Faktor cepat penuaan #3: Apnea tidur
Ini adalah menurut satu hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik di fakulti perubatan University of Missouri.
OSA terjadi apabila tidur terganggu akibat salur pernafasan yang terganggu. Individu sebegini akan jadi kerap berhenti bernafas semasa tidur, sekitar 10 saat atau lebih.
Ini menyebabkan individu tersebut mempunyai kadar oksigen yang rendah dalam tubuh. Dan ini membuatkan dia kelihatan tua sebelum waktunya.
Oksigen yang cukup semasa tidur adalah penting untuk membawa darah, serta nutrien dan mineral ke seluruh badan bagi tujuan pemulihan sel-sel.
Antara simptom-simptom individu mengalami apnea tidur adalah;
- Berdengkur kuat
- Berhenti bernafas semasa tidur
- Kerap letih dan mengantuk pada waktu siang
- Bangun dengan sesak nafas
- Sakit dada semasa tidur
Faktor cepat penuaan #4: Stress dan tekanan
Kehidupan harian zaman sekarang memang sinonim dengan stres dan tekanan.
Jika stres dan tekanan ini bersifat biasa, ianya tiada masalah. Tetapi jika bersifat kronik, boleh memberi kesan kepada tubuh badan.
Antara contoh kes kronik adalah seperti kemurungan teruk (major depression), kecelaruan mental (mental disorder) dan juga post traumatic disorder (PTSD).
Kehadiran ROS tinggi merosakkan pelbagai sel-sel tisu di dalam badan kita. Dan ini mempercepatkan penuaan.
Faktor cepat penuaan #5: Alkohol
Kandungan alkohol di dalam minuman keras boleh membawa kepada penyusutan vitamin A dalam badan.
Kesemua faktor ini ada kaitan langsung dengan kesihatan kulit.
Vitamin A adalah mikronutrien penting yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan sel-sel baharu dalam badan, dan penghasilan collagen.
Selain itu, alkohol juga membuatkan badan lebih cepat untuk kehilangan air atau dehidrasi.
Apabila badan kekurangan air kulit menjadi mudah kering dan tidak mampu untuk mempertahankan selnya daripada proses penuaan.
Faktor cepat penuaan #6: Makanan terproses
Processed food seperti makanan segera atau frozen food sememangnya sangat popular masa kini.
Antaranya, kentang goreng, nugget, wedges, sosej, daging burger, pepperoni, makanan dalam tin dan sebagainya.
Ia menjadi pilihan sebab cepat dan mudah disediakan. Lebih-lebih lagi ramai yang selalu dalam kesibukan.
Makanan sebegini kebiasaannya tinggi garam atau sodium, lemak tepu (saturated fat) dan bahan tambahan seperti ‘sulphites‘.
Kesemua ini boleh membuatkan kulit menjadi terhidrasi dan melemahkan fungsi collagen.
Faktor cepat penuaan #7: Gula
Badan kita sememangnya perlukan gula. Sebab gula membekalkan sumber tenaga.
Secara semulajadi, gula boleh didapati daripada makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi.
Gula juga boleh didapati daripada buah-buahan (fruktosa) dan juga susu (laktosa).
Walau bagaimanapun, gula pemanis yang ditambah dalam makanan atau minuman sebenarnya tak digalakkan pun.
Selain tidak menyihatkan, gula pemanis seperti gula putih juga boleh memberi kesan kepada kulit.
Gula ini boleh mempengaruhi penghasilan insulin di dalam badan anda.
Ini membuatkan kulit menghasilkan minyak berlebihan (sebum) yang boleh mencetuskan jerawat.
Selain itu, pengambilan gula berlebihan juga membuatkan kandungan gula dalam darah meningkat.
Apabila gula dalam darah ini bergabung dengan kandungan protein atau lemak, ia mencetuskan advanced glycation end products (AGEs).
AGEs yang rendah tidak perlu dibimbangkan. Tetapi jika AGEs terlalu tinggi (akibat gula dalam darah darah yang tinggi), kesannya boleh merosakkan penghasilan ‘collagen‘ oleh badan.
MAKANAN MEMPERLAHANKAN PENUAAN (SLOW AGING)
Tidak dinafikan, ada faktor-faktor yang disenaraikan di atas agak sukar dielakkan.
Lebih-lebih lagi kita duduk di Malaysia, sentiasa ada cahaya matahari dan juga syurga makanan.
Dan kalau duduk di bandar pula, selalu terdedah dengan pencemaran seperti asap rokok dan juga tekanan harian.
Oleh itu, tidak hairanlah ada ramai wanita yang melakukan rutin-rutin harian tertentu dalam usaha memperlahankan proses penuaan.
Ini bertujuan untuk diri kelihatan awet muda, dan rasa lebih berkeyakinan tinggi dengan penampilan.
Antara rutin-rutin yang diamalkan adalah penjagaan kulit secara luaran melalui penggunaan produk tertentu.
Selain itu, mereka juga mengamalkan pengambilan mineral dan nutrien tertentu yang terbukti dapat mengekalkan keremajaan walaupun semakin berusia.
Macam Aisah amalkan dua zat pemakanan ini, untuk memperlahankan proses penuaan. Lebih-lebih lagi Aisah sudah pun berusia lebih 40 tahun.
1. Collagen Peptides
Collagen peptides diperbuat daripada pelbagai sumber. Marine (seperti ikan), poultry (seperti ayam) dan juga bovine (seperti lembu).
Walaupun begitu, setiap satu daripadanya memberi fungsi yang berbeza-beza.
Macam Aisah pilih collagen peptides yang diperbuat daripada marine. Sebab sumber ini fungsinya lebih membantu dalam mengekalkan keremajaan kulit.
Antara manfaatnya adalah dapat mengembalikan keanjalan, kelembutan dan ketegangan kulit.
Selain itu, collagen peptides dapat memberi kecantikan kepada kuku dan juga rambut kita.
2. Resveratrol
Mungkin ada di kalangan anda baru pertama kali mendengar resveratrol.
Tak apa, Aisah boleh terangkan dengan serba ringkas sedikit.
Resveratrol adalah sejenis ekstrak daripada tumbuhan seperti anggur dan juga beri. Dan ia adalah tinggi antioksidan.
Radikal-radikal bebas ini sering didapati daripada pencemaran seperti asap rokok, kandungan makanan terproses dan tinggi gula, serta sinaran ultraviolet.
Selain itu, kandungan tinggi antioksidan dalam resveratrol juga membantu menggalakkan kulit memperbaiki sel-selnya.
Maka sebab itulah, resveratrol merupakan salah satu unsur pemakanan yang dikira anti penuaan. Wajib ambil jika nak kelihatan awet muda.
COLLAGEN PEPTIDES & RESVERATROL APAKAH AISAH AMBIL?
Collagen peptides yang Aisah ambil adalah minuman Collagen Plus Powder. Manakala resveratrol pula adalah Vivix.
Kedua-duanya merupakan keluaran syarikat Shaklee.
Aisah memilih collagen peptides keluaran Shaklee sebab ia turut mengandungi vitamin C.
Kehadiran kandungan vitamin C dalam sesuatu produk collagen peptides adalah sangat penting.
Maka, collagen peptides jenis ini dapatlah memberi kesan yang lebih efektif dalam mencantikkan kulit kita, berbanding dengan yang tanpa vitamin C.
Selain daripada itu, Collagen Shaklee juga mendapat pensijilan halal. Ini penting ya untuk pengguna beragama Islam.
Untuk resveratrol pula, Aisah memilih Vivix Shaklee sebab ia diperbuat daripada anggur muscadine.
Jadi, rasa dan baunya juga adalah sedap seperti buah anggur. Dan ia boleh diambil dengan begitu saja. Mudah sangat.
MACAM MANA NAK BELI COLLAGEN SHAKLEE & VIVIX SHAKLEE?
Jika anda mementingkan penampilan, anda boleh mencuba sama ada Collagen Shaklee atau Vivix Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakAwetMuda
www.wasap.my/60176477837/NakAwetMuda
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
One thought on “7 Benda Ni Buat Anda Cepat Kedut & Penuaan Sebelum Waktunya”