Petua Hilang Jeragat? Hanya 1 Tabiat Ini Yang Anda Kena Buat

Petua Hilang Jeragat? Hanya 1 Tabiat Ini Yang Anda Kena Buat

Stress. Down. Sedih. Hilang keyakinan diri. Inilah perasaan yang sinonim bila kita perasan kulit ada penampakan tompok-tompok jeragat.

Lebih-lebih lagi bila memikirkan nak hilang jeragat ni lagi susah daripada nak hilangkan jerawat.

APA ITU JERAGAT?

Dalam masyarakat kita ni, bila bercerita pasal jeragat kebanyakan jawapan yang terpacul adalah tompok-tompok gelap di muka.

Sebenarnya, jawapan tu tak salah. Cumanya, tak berapa sempurna.

Ok, memang betul jeragat tompok-tompok kecil berwarna coklat atau perang yang muncul pada kulit anda.

Tapi ia tak semestinya boleh muncul pada kulit muka kita saja ya.

Sebabnya jeragat juga boleh berlaku pada mana-mana kawasan kulit kita yang lain juga.

cara petua hilang jeragat

Nak kenal jeragat ni mudah saja.

Jeragat ni rupa dia lebih gelap berbanding warna kulit asal. Bila jadi macam ni, warna tone kulit kita nampak macam tak sekata.

Saiz jeragat ni pula berbeza. Ada yang tompok kecil-kecil, bersepah di atas kulit.

Dan ada juga yang boleh nampak besar jika tompok-tompok ini bercantum sesama sendiri.

Oh ya, masyarakat selalu merujuk jeragat ni sebagai freckles.

Tetapi istilah yang sebenarnya adalah hyperpigmentation.

Dan jeragat ini pula ada beberapa jenis, iaitu freckles, age spot/sun spot, dan melasma.

Dapat sesuatu?

MACAM MANA JERAGAT BOLEH TERJADI PADA KULIT KITA?

Hurm. ada bermacam-macam faktor yang boleh membuatkan jeragat ni muncul pada kulit kita.

Tapi sebelum tu Aisah nak beri pengenalan asas sedikit tentang kulit kita. Haa, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.

Jadi, bila nak bercinta dengan kulit kita ni, maka kita kenal lah perangai dia ni dulu kan. Barulah kita tahu macam mana nak hilang jeragat.

Warna kulit kita ni sebenarnya ditentukan oleh sebatian yang terhasil dari sel kulit kita yang dikenali sebagai melanin.

Kulit kita ni pula adalah organ paling terbesar untuk badan. Haa, berapa ramai di kalangan anda yang tahu tentang ini?

Setiap hari kulit kita ini sentiasa terdedah dengan pelbagai unsur-unsur luaran dan juga dalaman yang boleh memberi kesan kepadanya.

Kesian kan kulit ni?

Apabila ada sel-sel kulit kita ni tak sihat atau pun rosak, maka ia akan menghasilkan melanin dengan banyak.

Sebab itulah, ada bahagian kulit kita tertentu yang kelihatan lebih gelap dan mencetuskan jeragat.

petua cara hilang jeragat

Di sini, Aisah kongsikan kepada anda beberapa faktor luaran dan dalaman yang boleh menjadi punca kulit kita ini berjeragat;

1. Perubahan hormon dalam tubuh

Jeragat boleh berlaku akibat perubahan hormon. Kebiasaannya semasa mencapai usia akil baligh atau pun ketika kehamilan.

2. Genetik

Jeragat juga berlaku disebabkan oleh gene yang sedia ada di dalam badan kita.

Gene ya, bukan jin. Ada banyak beza tu. Nanti ada pula yang pergi jumpa ustaz ustazah, katanya nak berubat hilangkan jeragat.

3. Matahari

Dalam cahaya matahari mempunyai sinar ultraviolet yang boleh merosakkan kulit dan punca kepada jeragat.

4. Pengambilan ubat tertentu

Ada ubat tertentu yang mungkin boleh membuatkan perubahan hormon dalam badan serta mencetuskan jeragat.

5. Penggunaan alat kosmetik dan krim penjagaan kulit tertentu

Ada alat dan produk kosmetik tertentu yang boleh merosakkan kulit kita sebenarnya.

Selain itu, ada juga produk penjagaan muka yang membuatkan kulit kita lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

PETUA HILANG JERAGAT

Mungkin ada orang kata petua hilang jeragat paling mudah adalah dengan cara… bersolek.

Ehem, itu bukan petua hilang jeragat ya. Itu namanya petua menyembunyikan jeragat. Haa, gitu.

Sebenarnya, jalan paling ampuh untuk menghilangkan jeragat adalah dengan mengambil tindakan mengurangkan kebarangkaliannya untuk muncul.

Sebab jeragat ni memang susah betul nak hilang.

Kalau boleh kita elakkan lah makhluk bernama jeragat ni mengetuk pintu untuk hadir dalam hidup kita.

Salah satu cara yang terbaik adalah dengan mengamalkan tabiat memakai pelindung matahari, atau sunscreen atau sunblock setiap hari.

Sebabnya kebanyakan pigmentasi jeragat yang berlaku adalah disebabkan tindak balas sel kulit kita terhadap sinaran ultraviolet.

cara petua hilang jeragat

MACAM MANA NAK PILIH PELINDUNG MATAHARI (SUNBLOCK)?

Dalam pasaran sekarang ni ada banyak betul produk sunscreen atau sunblock. Ada yang main ambil dan beli je. Asalkan ada tulis sunscreen atau sunblock.

Kalau anda ada mengamalkan tabiat macam ni, marilah kita kembali bermuhasabah diri.

Sebabnya mungkin pelindung matahari yang anda gunakan tu kurang berkesan dalam melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet.

1. Broad spectrum

Apa yang perlu anda lakukan adalah cek dulu label pada produk tu.

Bukan cek label harga sama ada murah atau mahal ya. Tapi pastikan pelindung matahari tu ada tertulis ‘Broad Spectrum.’

Apa maksud Broad Spectrum ni?

Sebelum menjawab soalan ni, Aisah nak kongsikan dalam sinaran ultraviolet ni ada tiga jenis gelombang, UVA, UVB, UVC.

UVA dan UVB boleh sampai ke bumi dan menembusi lapisan kulit. Dua gelombang inilah yang boleh beri kesan jeragat pada kulit.

UVC pula tidak sampai ke bumi kerana dihalang oleh lapisan ozon.

Apabila satu-satu produk pelindung matahari tu ada tulis broad spectrum, maknanya dia boleh melindungi gelombang UVA dan UVB.

cara petua hilang jeragat

2. SPF

Langkah seterusnya pula adalah periksa berapakah SPF yang tertera pada pelindung matahari tu.

Mungkin ada di kalangan anda tertanya-tanya, “Gapo dio SPF ni?”

SPF ni membawa maksud Sun Protection Factor.

Nombor yang muncul di sebelah SPF tu pula adalah nilai sejauh mana sunscreen tu mampu melindungi kulit anda dari bahaya sinaran matahari.

Nombornya ada macam-macam. SPF15, SPF30, SPF50 dan SPF100.

Sebaiknya, anda pilihlah sunscreen yang mempunyai SPF30 dan ke atas.

3. No Pendaftaran

Satu amalan terbaik dalam memilih produk kosmetik seperti sunscreen ini adalah dengan cek nombor pendaftaran.

Ini untuk memastikan produk tersebut berisiko rendah dalam membahayakan kesihatan kita.

Zaman sekarang nak cek ni mudah saja. Lebih-lebih lagi hampir setiap rakyat Malaysia ni dah ada handphone. Kadang-kadang tu sampai lebih dari satu handphone.

Apa yang boleh anda lakukan adalah pergi ke laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di link berikut,

https://www.npra.gov.my/index.php/my/consumers-2/maklumat/carian-produk-berdaftar-bernotifikasi.html

Dekat ruang kategori tu, anda pilih kosmetik. Kemudian anda pilihlah sama ada nak mencari menggunakan nama produk atau syarikat pengeluarnya.

Setelah itu, anda pun taip lah nama produk atau nama syarikat. Tak sampai berapa saat dah boleh tahu result.

Kalau ada result tu, maknanya sunscreen tersebut berdaftar lah.

Tapi kalau tak keluar macam mana?

Mudah je, pilih produk lain. Tak payah nak overthink sangat kenapa lah produk tu tak ada dalam senarai NPRA. Kan.

PILIHAN SUNSCREEN AISAH

Kalau orang tanya apa sunscreen yang Aisah guna, jawapannya adalah YOUTH.

Tu dia, nama dia pun dah nampak muda kan.

Tapi Aisah bukanlah sekadar pakai YOUTH ni kerana nama. Ada banyak sebab lain juga.

Sunscreen YOUTH yang Aisah pakai ni bukan sekadar ada broad spectrum dan SPF50. Malahan yang paling penting sekali, berdaftar dengan NPRA.

Ini bukan sesaja terima claim daftar dari syarikat tau. Memang Aisah sendiri cari di laman web NPRA.

produk hilang jeragat

Selain daripada tu, Aisah pilih sunscreen jenama ini sebab dia bergabung sekali dengan pelembap (moisturizer) dan juga formula anti-penuaan.

Jadinya, dia bukan sekadar berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet lah. Bolehlah dapat pelbagai manfaat kan.

Selain daripada itu, sunscreen YOUTH ni juga agak ringan dan tidaklah kulit kita rasa macam berminyak-minyak selepas memakainya.

Memang puas hati dengan kesannya pada kulit saya.

Aisah tengah shopping produk Youth

One thought on “Petua Hilang Jeragat? Hanya 1 Tabiat Ini Yang Anda Kena Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *