7 Makanan Untuk Elak Anda Kulit Kering Semasa Musim Panas Ini
“Kakak, adik. Cuaca panas panas ni kamu kena banyak minum air.”
Itulah pesan mak-mak yang biasa kita dengar masa dulu-dulu, kan.
Kemudian, nasihat tu pula diulang-ulang bila tiap kali waktu musim panas tiba di negara kita ni.
Nasihat ni sebenarnya nampak macam simple je. Adakalanya kita rasa mak-mak tu macam membebel.
Tapi sebenarnya, nasihat tu ada asasnya dari segi saintifik, walaupun mak-mak kita dulu mungkin bukanlah ahli saintis pun.
Sebabnya, cuaca panas ni boleh membuatkan badan kita senang sangat nak terhidrasi. Atau dalam bahasa marhaennya, air hilang daripada tubuh badan.
PERPELUHAN SEMASA CUACA PANAS LEMBAPKAN KULIT KERING
Antara sebab air mudah hilang dari badan kita semasa hari panas adalah perpeluhan.
Yalah, kita ni kan duduk di negara khatulistiwa. Panas dan lembap.
Bila cuaca panas, semakin mudah lah kita nak banyak berpeluh-peluh.
Mungkin ada di kalangan kita rasa tak selesa bila berpeluh-peluh ni. Tapi sebenarnya berpeluh ni bawa kebaikan pada kita ketika hari panas.
Nak tau apa dia? Haaa…
Pertama, perpeluhan boleh regulate atau selaraskan suhu badan kita pada tahap normal.
Kedua, perpeluhan ni adalah ejen paling efektif untuk melembapkan kulit semasa badan kita di bawah kepanasan. Taklah jadi kulit kering.
PENTINGNYA ELAKKAN KULIT KERING
Bila kita banyak berpeluh, maka kita kenalah gantikan air yang hilang dari badan tu.
Kalau tidak, timbullah bermacam-macam kesan negatif. Bukan boleh buat main-main tau kalau kekurangan air ni.
Sebabnya, ia boleh meningkatkan risiko untuk mengalami strok haba. Selain itu, kulit juga boleh menjadi kering.
Untuk pengetahuan anda, kulit menyimpan sehingga 64% air. Dan antara fungsinya adalah untuk membawa nutrien dan oksigen kepada kulit.
Nutrien dan oksigen ini lah elemen penting untuk kesihatan kulit yang baik. Bila air cukup, maka kulit kita mudah untuk mengekalkan keanjalan dan kelembapannya.
Jika anda merasakan mudah sangat jadi kulit kering semasa cuaca panas ni, mungkin anda perlu adjust sikit diet seharian.
7 MAKANAN ELAK KULIT KERING SEWAKTU MUSIM PANAS
Seperti pesanan dan nasihat mak-mak kita dulu, kita kena pastikan ambil air dengan cukup.
Persoalannya nak buat macam mana? Adakah kena teguk air kosong saja ketika cuaca panas ni? Atau ada air lain yang boleh diambil?
Ok. Minum air kosong adalah satu permulaan dan juga amalan yang baik.
Dalam masa yang sama, minimumkan pengambilan minuman berkafein macam kopi dan teh. Serta minuman tinggi gula macam air tin atau air gas tu.
Sebabnya minuman macam ni bersifat dieuretik (dieuretics).
Apa tu dieuretik?
Dieuretik adalah makanan/minuman yang meningkatkan proses diuresis (pengeluaran air kencing) oleh buah pinggang.
Haaa, bila makin banyak air kencing keluar, makin mudahlah kita nak terhidrasi. Dan kulit anda pun senang kering.
Berikut adalah makana yang boleh anda amalkan sepanjang musim panas ini.
1. Tembikai
Buah tembikai merupakan salah satu buah yang sangat tinggi kandungan airnya, iaitu sebanyak 91.45%.
Tak hairanlah buah tembikai seringkali dianggap ‘buah sejuk’ dalam masyarakat kita.
Selain air, buah tembikai juga mengandungi pelbagai mineral. Antaranya, vitamin C dan vitamin A seperti beta-kerotena.
Vitamin ni sangat bagus untuk kesihatan kulit.
Selain tu, anda boleh buat jus tembikai juga. Kalau nak sejuk, boleh campur ais. Tapi kalau boleh, elakkan tambah gula.
2. Oren
Buah oren juga mempunyai kandungan air yang banyak, iaitu sekitar 86.75%. Kurang sikitlah daripada tembikai.
Dan buah oren ni juga memang terkenal dalam masyarakat kita sebagai tinggi vitamin C yang bagus untuk kulit.
Sebaiknya buah oren dimakan begitu saja berbanding dibuat jus.
Sebabnya, bila kita buat jus, ada serat-serat buah oren akan kita tapis. Sedangkan serat ini sangat bagus untuk kesihatan.
3. Air Kelapa
Air kelapa sangat bagus untuk mengembalikan hidrasi badan.
Menurut laman web kesihatan terkenal, Mayo Clinic, selain daripada rendah gula dan kalori, air kelapa juga mengandungi ‘electrolytes‘.
Maka tak hairanlah, ada bukti menunjukkan manfaat air kelapa ini seperti minuman sukan.
Sebab itu, air kelapa jadi pilihan masyarakat semasa sakit ringan seperti demam. Sebab ia bukan saja boleh menghidrasikan badan, malahan juga memberi tenaga.
4. Sayur
Bila cakap pasal sayur, mesti ramai di kalangan kita terbayangkan daun dan batangnya. Di mana kandungan airnya?
Ya betul, ada sayur tertentu yang tinggi air kandungannya. Antaranya, salad seperti iceberg lettuce, tomato, bayam, lobak merah, dan brokoli.
Kesemua ni ada kandungan vitamin A bersifat beta-carotene atau juga vitamin C.
5. Sup
Semasa cuaca panas ni, boleh pelbagaikan makanan dengan mengambil sup. Lagi pun sup ni kan tinggi air.
Selain tu, anda boleh jadikan sup ni sebagai pembuka selera sebelum hidangan.
Bila kita minum sup, maka kita pun secara tak langsung akan kurang cenderung untuk makan berlebihan. Sebab perut mudah rasa sebu.
6. Jeruk
Jeruk ni memang ada penggemarnya tersendiri.
Tapi dalam kita menggemarinya mungkin kita sendiri tak perasan bahawa jeruk ni juga satu makanan yang tinggi kandungan air.
Jadi, pengambilan jeruk juga boleh dijadikan salah satu diet yang membantu menambahkan air dalam badan, di samping minum air kosong.
7. Minuman protein soya
Satu lagi cara mudah nak tingkatkan pengambilan cecair sambil menyihatkan kulit adalah dengan protein soya.
Selain memberikan hidrasi, minuman ini juga tinggi dengan kandungan asid amino yang bagus untuk mencantikkan kulit.
MINUMAN SOY PROTEIN ESP SHAKLEE
Di musim panas, kekurangan air bukan saja boleh mnyebabkan kulit kering bersisik dan mengelupas. Ia juga boleh menyebabkan kita rasa lemah dan tak bermaya.
Kita pun berasa kurang keyakinan diri. Dan juga kita mungkin kurang fokus terhadap tugasan seharian.
Aisah nak perkenalkan kepada anda satu minuman soy protein keluaran Shaklee yang bernama ESP.
Haa, ESP ni singkatan kepada Energized Soy Protein lah.
Seperti namanya tu, ESP ni boleh memberi tenaga. Kandungan asid aminonya juga membantu kulit anda cantik, sihat, dan nampak glowing.
Nak sediakannya mudah saja. Tak sampai 5 minit pun. Anda hanya bancuhnya dengan air suam. Dan terus minum.
Kalau anda nak bancuh dengan susu pun tak ada masalah. Asalkan bukan susu pekat atau cair lah ya. Tinggi gula tu.
Atau anda juga boleh blend kannya dengan buah-buahan kegemaran anda.
Oh ya, ESP Shaklee ni mempunyai perasa vanila.
MACAM MANA NAK BELI ESP SHAKLEE?
Jika anda ingin mebeli minuman ESP Shaklee, boleh hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus.
www.wasap.my/60176477837/NakESP
www.wasap.my/60176477837/NakESP
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).