Selain Senaman, Ini Cara Turunkan Kolesterol Yang Boleh Dicuba
Jika tak jaga paras kolesterol, anda berisiko untuk dapat sakit jantung atau strok. Haa, pasti anda pernah dengar ayat sebegini kan. Memang menyeramkan. Tapi usah risau. Asalkan anda tahu cara turunkan kolesterol.
Secara tak langsung tahap kesihatan anda juga bertambah. Dan risiko kesihatan boleh dikawal.
GOLONGAN BERISIKO KOLESTEROL TINGGI
Sebelum Aisah kupas lebih lanjut macam mana cara turunkan kolesterol, ada baiknya Aisah cerita sikit siapakah yang berisiko untuk dapat kolestrol tinggi.
Hakikatnya, sesiapa pun tak terkecuali daripada mendapat paras kolesterol yang tinggi, jika tidak ada usaha untuk menjaga kesihatan selama ni.
Antaranya, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Jarang lakukan aktiviti fizikal.
Walaubagaimana pun, ada golongan tertentu yang lebih tinggi risikonya.
- individu yang mempunyai sejarah keturunan mempunyai kolesterol tinggi,
- individu yang mengalami masalah kegemukan atau obesiti,
- individu yang mempunyai tabiat merokok serta menghisap vape atau rokok elektronik,
- individu yang semakin berusia
MITOS POPULAR DALAM MASYARAKAT TENTANG KOLESTEROL
Ramai di kalangan masyarakat yang percaya kolesterol tinggi ini mempunyai gejala khusus. Antaranya seperti tumbuh kutil-kutil pada kulit, bintik-bintik sekitar mata dan sebagainya.
Tapi anda nak tahu tak, sebenarnya kepercayaan ini tidak benar sama sekali.
Hakikatnya, kolesterol tinggi ni tidak akan mempunyai sebarang simptom luaran langsung. Ya, tak ada tanda-tanda kolesterol tinggi sebenarnya.
Jangan terkejut jika seseorang yang tiada tanda sebegitu pun mungkin mempunyai paras kolesterol tinggi dalam badan.
Yang menyedihkan, tahu-tahu saja dah diserang penyakit jantung atau strok. Maka tak hairanlah kolesterol juga digelar sebagai pembunuh senyap.
Sebenarnya, ada satu cara saja untuk kita mengetahui paras kolesterol dalam badan. Iaitu melalui saringan atau ujian darah.
Ini kerana hanya ujian darah boleh tahu apa darjah dan tingkat paras kolesterol kita secara konklusif. Sama ada normal, borderline atau tinggi.
Haa, nampak tak betapa ujian darah ni boleh menunjukkan dekat mana paras kolesterol kita secara spesifik. Tak adalah main agak-agak saja.
Ujian ni boleh dibuat di mana-mana fasiliti pusat perubatan atau juga makmal kesihatan.
Jadi, Aisah galakkan untuk kita semua lakukan ujian saringan ini secara berkala.
BACAAN KOLESTEROL NORMAL
Apabila anda melakukan ujian darah ini, result yang dikeluarkan akan memberikan informasi tentang berikut:
- Jumlah kolesterol secara keseluruhan
- Jumlah kolesterol LDL
- Jumlah kolesterol HDL
- Triglycerides (sejenis lemak dalam darah)
Untuk pengetahuan anda, kolesterol dalam salur darah kita ni terbahagi kepada dua.
Pertama, kolesterol baik yang dikenali sebagai high density lipoprotein (HDL).
HDL ni boleh melindungi anda daripada penyakit jantung. Oleh sebab itu, lebih tinggi jumlahnya, lebih baik kesannya terhadap kesihatan anda.
Kolesterol yang kedua adalah kolesterol jahat iaitu low density lipoprotein (LDL).
Kesannya, salur darah utama ke jantung atau otak akan menyempit dan tersumbat. Ini seterusnya boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok berlaku
CARA TURUNKAN KOLESTEROL
Ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan dalam menurunkan serta mengawal paras kolesterol di dalam badan.
Antara yang paling popular adalah dengan mengamalkan tabiat melakukan aktiviti fizikal.
Dan apabila bercakap tentang aktiviti fizikal ni, ramai yang menterjemahnya sebagai senaman lah. Antaranya berjogging, berbasikal atau pergi ke gymnasium.
Dalam masa yang sama, aktiviti fizikal ni juga boleh juga dikira sebagai berjalan laju (brisk walk), selalu menggunakan tangga, berkebun, dan lain-lain lagi.
Senang cerita, aktiviti yang menggunakan kudrat serta mengeluarkan peluh.
Tetapi ada tak cara lain selain dari aktiviti fizikal sebagai cara turunkan kolesterol? Pastilah ada. Di sini Aisah kongsikan beberapa di antaranya.
Cara Turunkan Kolesterol #1: Intermittent Fasting (IF)
Mungkin ada di kalangan anda tertanya-tanya apa itu IF? Ok, Aisah terangkannya secara ringkas serba sedikit.
Kebiasaannya, mereka yang buat IF ni akan berpuasa selama 16 jam. Tapi pada peringkat permulaan, orang selalunya akan buat sekitar 12-14 jam dahulu.
Berbeza dengan puasa orang Islam, puasa IF ni kebiasaannya dilakukan dari senja atau lewat petang hinggalah ke tengah hari keesokannya.
Dan sepanjang berpuasa ni kita masih dibolehkan minum air tiada kalori, seperti air kosong atau kopi 0 atau teh o tanpa gula.
Oleh sebab itu, IF ni mampu membantu menurunkan berat badan dan seterusnya secara tak langsung, berpotensi sebagai salah satu cara turunkan jumlah kolestrol, kolesterol jahat (LDL) dan juga triglycerides.
Cara Turunkan Kolesterol #2: Perbetulkan Tabiat Pemakanan
Ada pelbagai makanan di sekitar kita yang sebenarnya boleh mencetuskan keradangan (inflammation) dan meningkatkan paras kolestrol dalam darah kita.
Nak tahu apa dia?
Makanan dan minuman manis. Makanan terproses (processed food) seperti nugget, sosej, burger, kentang goreng, makanan segera, makanan dalam tin, dan lain-lain lagi.
Sebaiknya, perbanyakkan makanan berbentuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam hidangan seharian.
Dan ada di antara sayur-sayuran dan buah-buahan ni tergolong dalam kategori serat larut (soluble fiber). Lobak, brokoli, barli, epal, pisang, jambu, pear, oren, avokado, dan ubi manis.
Makanan dalam kategori sebegini boleh membantu anda dalam kurangkan kolestrol.
Selain itu, anda juga perlu perbanyakkan minum air kosong seharian berbanding mengambil air manis setiap kali sesi makan.
Akhir sekali, jika anda merokok atau menghisap vape, usahakan tabiat ini dibuang jauh-jauh.
Cara Turunkan Kolesterol #3: Minyak Ikan, Phytosterol, Resveratrol
Pertamanya adalah suplemen minyak ikan sebab dia mempunyai dua komponen omega 3, iaitu EPA dan DHA.
Minyak ikan ini bersifat anti-radang (anti-inflammation), maka sebab tu ia berpotensi untuk bantu menurunkan kolesterol.
Kedua adalah suplemen berbentuk phytosterol, atau juga dikenali sebagai plant sterol. Ia adalah sejenis molekul yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
Phytosterol ni bertindak seperti sifat kolesterol di dalam badan. Dia akan menyaingi kolesterol daripada diserap oleh sistem penghadaman kita.
Apabila badan kita menyerap phytosterol berbanding kolestrol, dia akan menyingkirkan kolestrol sebagai bahan buangan. Dan ini boleh membantu dalam menurunkan paras kolesterol.
Ketiga, pengambilan makanan tinggi resveratrol. Sebab ada kajian 2016 dijalankan menunjukkan purata jumlah kolesterol menurun dan paras kolesterol baik (HDL) jadi meningkat.
Selain dari itu, resveratrol juga bersifat tinggi antioksidan. Jadi, ia membantu mengurangkan oksidasi kolesterol jahat (LDL) di dalam tubuh.
Kalau nak tahu, oksidasi LDL ni lah penyumbang kepada banyak plak melekat pada dinding arteri atau salur darah.
MENCARI MINYAK IKAN OMEGA-3, PHYTOSTEROL & RESVERATROL
Di Shaklee, ada beberapa suplemen yang mengandungi omega-3, phytosterol dan resveratrol.
Omega Guard, Minyak Ikan Shaklee
Didatangkan dalam bentuk gel kapsul. Jadi, memang sangat kuranglah bau ikannya.
Omega Guard tinggi kandungan omega 3, DHA dan EPA. Pengambilan 3 biji kapsul OmegaGuard setiap hari membekalkan;
- 1080 omega 3 fatty acids
- 540 mg EPA
- 360 mg DHA
(Nota: Minyak ikan OmegaGuard mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap makanan laut)
Phytocol-ST, Suplemen Phytosterol Shaklee
Diperbuat daripada sterol dan tumbuh-tumbuhan. Tidak mengandungi sebarang kekacang, dan produk tenusu.
Vivix, Cecair Minuman Tinggi Resveratrol Shaklee
Vivix merupakan sejenis cecair minuman tinggi kandungan resveratrol yang dieskstrak daripada buah anggur muscadine, buah elderberry dan lobak ungu.
Cadangan pengambilan adalah sesudu sehari. Boleh diambil begitu sahaja, atau dicampurkan ke dalam minuman, seperti air kosong atau jus.
MACAM MANA NAK BELI SHAKLEE?
Jika anda berminat untuk mendapatkan Shaklee, anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/nakshaklee
www.wasap.my/60176477837/nakshaklee
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).