7 Tips Bisnes Online Yang Mudah Untuk Newbie Ikut

7 Tips Bisnes Online Yang Mudah Untuk Newbie Ikut

Sekarang ni ramai orang yang terjun dalam bidang bisnes online.

Lebih-lebih lagi kini ada bermacam jenis barangan atau servis yang boleh dijadikan sebagai bahan niaga dalam dunia digital.

Bukan tu saja, kita juga ada bermacam-macam jenis platform untuk berniaga. Media sosial, e-commerce, blog dan lain-lain lagi.

Untuk artikel kali ini, Aisah akan kongsikan beberapa tips untuk para newbie yang bercadang mahu serius nak maju dalam bisnes online.

1. NOMBOR TELEFON KHUSUS UNTUK BISNES ONLINE KITA

tips bisnes online nombor telefon khusus untuk bisnes

Apabila berbisnes online ni pastinya kita akan berkongsi nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pelanggan atau klien.

Sebaik-baiknya untuk urusan bisnes, anda boleh dapatkan nombor telefon yang berasingan daripada nombor sedia ada.

Jadi, tidaklah bercampur nombor telefon untuk urusan peribadi dan juga untuk tujuan bisnes.

2. SAVE NOMBOR PELANGGAN BISNES ONLINE KITA

Bila dah ada prospek atau pelanggan hubungi kita, wajib ke atas diri kita untuk save nombor mereka.

Dosa besar tau kalau tak save nombor pelanggan ni.

Dan bila nak save tu, tolonglah elakkan save di memori telefon ya.

Nak tahu kenapa?

Anytime telefon kita boleh rosak, hilang atau pun dicuri.

Kalau jadi macam ni, menangis tak berlagu nak cari nombor contact prospek dan pelanggan tu.

Sebaiknya, anda save lah nombor mereka di cloud. Sebagai contoh, di Google Contact.

3. SAVE NAMA PELANGGAN DENGAN BETUL

tips bisnes online cara save nombor telefon

Dekat Malaysia ni memang normal ramai yang mempunyai nama sama. Ini termasuklah nama panggilan.

Katakanlah, ada 3 orang yang bernama Siti membeli daripada kita.

Bila nak save nombor mereka tu, elakkan lah save nama sebagai Siti 1, Siti 2, atau Siti 3.

Bukan apa. Takut-takut nanti kita sendiri terconfuse bila nak berurusan dengan mereka di masa hadapan.

Untuk jalan selamat, anda mungkin boleh save nama pelanggan mengikut formula ini. Nama, lokasi, produk dibeli.

Contohnya seperti berikut;

Customer Siti Seremban Vitamin C & Multivitamin

Customer Siti Bintulu Syampu & Conditioner

Prospek Siti Gombak Cleanser Moisturizer

Nampak tak perbezaannya.

Cara ni lebih tersusun dan mudahkan kita sendiri untuk ingat identiti pelanggan dan prospek.

4. AKAUN BANK KHUSUS UNTUK BISNES ONLINE KITA

Aisah percaya setiap daripada kita memang dah sedia ada akaun bank.

Akaun bank tu mungkin sememangnya digunakan untuk duit gaji masuk.

Kalau yang masih belajar, mungkin akaun bank tu untuk tujuan duit belanja dari mak ayah, elaun atau pinjaman pelajaran masuk.

Bila nak buat bisnes online ni, sebaiknya anda readykan satu akaun bank yang lain daripada akaun tersebut.

Sebab kita nak asingkan duit masuk dari sumber lain dengan sumber bisnes.

Tujuannya duit bisnes kita taklah bercampur-campur dengan duit peribadi.

Mudahlah kalau kita nak monitor dan roll duit tersebut untuk bisnes.

5. GAMBAR PROFIL YANG SESUAI

Mungkin ada di kalangan anda menggunakan platform seperti whatsapp, telegram, Facebook, Instagram atau Tiktok sebagai medium dalam berbisnes online.

Dan kesemua platform ni memang ada menyediakan gambar profile untuk kita letak.

Sebolehnya letak lah gambar yang sesuai. Contoh paling mudah, gambar profile yang menampakkan muka atau wajah anda.

Ini lebih membuatkan orang rasa lebih selamat untuk berurusan dengan anda.

Oh ya, bila letak gambar anda tu biarlah sesuai dengan bisnes yang anda jalankan.

Kalau anda jual skincare untuk penjagaan kulit, elakkan lah letak muka macam orang baru lepas nampak hantu. Pucat tak cukup darah.

Macam tak kena pula dengan produk yang anda nak jual.

6. PILIH NAMA SESUAI UNTUK MEDIA SOSIAL ANDA

Pemilihan nama profil untuk media sosial anda juga penting.

Anda boleh guna nama sebenar. Atau nama panggilan.

Tapi jika anda guna nama panggilan pastikan ia tidak mendatangkan kekeliruan kepada pelanggan.

Sebagai contoh anda jual vitamin yang boleh memberi tenaga, elakkan lah letak nama profil Aku Insan Lemah.

“Eh tapi betullah kita semua ni insan yang lemah kan?”

Memang betul. Nama tu tak salah. Cumanya tak bertepatan dengan imej produk bisnes kita yang nak bantu orang bertenaga.

Selain tu, letak lah nama yang memudahkan pelanggan untuk berkomunikasi kita.

Bukan apa, kadang-kadang ada yang panjang sangat. Mentang-mentanglah ada anak tiga, habis diletak semua nama anaknya dalam profil.

Mommy Nuha, Bouchra dan Ghazi. Erkk.

7. JAGA PRIVASI PELANGGAN ATAU KLIEN

tips bisnes online jaga privasi

Bila dapat sales ni memang seronok dia lain macam kan. Hormon adrenaline melonjak-lonjak.

Terus rasa kita nak update status media sosial.

Kita pun upload gambar bungkusan yang mahu dipos ke pelanggan. Atau juga screenshot mesej bersama pelanggan.

Tak salah nak buat benda ni. Tapi sebelum nak upload tu, perhatikan gambar tu betul-betul.

Kalau ada informasi sensitif seperti IC, alamat, no telefon dan email pelanggan, sebaiknya anda kaburkan terlebih dulu.

Ini untuk menghormati privasi mereka.

AISAH DAN BISNES ONLINE

Aisah sudah berbisnes melalui Shaklee sejak dari tahun 2012 lagi. Jika awal dulu, bisnes online Aisah hanya tertumpu pada Facebook dan blog.

Kemudian Aisah menggunakan platform whatsapp, seperti broadcast dan juga whatsapp stories.

Jadi, kebanyakan cara marketing dan promosi adalah melalui penulisan, dan diselit-selitkan dengan gambar.

Tapi sekarang Aisah pun melangkah dengan buat video dan live untuk bisnes. Untuk medium promosi bisnes macam ni, Aisah gunakan Facebook reels, Instagram, Youtube dan juga Tiktok.

https://www.tiktok.com/@sitiaisahmohdibrahim/video/7238457573739973890?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7170592517635933698

JOM JOIN TEAM AISAH UNTUK BUAT BISNES ONLINE

Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama.

Bukan saja sama-sama dapat menjana pendapatan dan lebih masa bersama keluarga. Tetapi juga berpotensi untuk kelihatan lebih sihat dan muda lebih lama.

Selain tu, Shaklee menawarkan pelbagai insentif. Antaranya pakej percutian mewah ke luar negara, bonus kereta, serta majlis gilang gemilang meraikan pencapaian bisnes anda.

kerja dari rumah
Trip percutian Shaklee ke Itali

Anda boleh baca perkongsian Aisah tentang insentif ni dengan lebih ‘detail‘ dalam artikel sebelum ni, anda boleh kliknya di sini.

Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.

kerja dari rumah

Dan Aisah tak mengira kaum, agama dan negeri. Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya.

Antara salah seorang leader Aisah di Labuan juga ada kongsikan tips bagaimana beliau mulakan bisnes secara online.

Ada pelbagai bangsa dan agama. Dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak.

Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta ada motivasi tinggi nak berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga menikmati insentif lumayan Shaklee sediakan.

Usah risau, latihan untuk anda buat bisnes secara online juga diberikan. Asalkan anda sedia untuk belajar dan praktikkan yang telah diajar.

kerja dari rumah

Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.

Aisah sedia membantu anda mencapai impian.

2 thoughts on “7 Tips Bisnes Online Yang Mudah Untuk Newbie Ikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *