Apa Keunikan Vivix Shaklee Yang Diperkatakan Orang Tu?
“Antara salah satu produk key dalam Shaklee ni Vivix. Keunikan Vivix Shaklee ni tak ada pada supplemen lain.”
Ini antara perkara yang biasa anda akan dengar daripada pengguna Vivix Shaklee.
Memang benar Vivix ni merupakan salah satu signature product di dalam Shaklee.
Tetapi apa yang membuatkan produk ini unik?
MEMPERBAIKI TERUS DARI SEL
Mungkin ada di kalangan kita terlepas pandang perkara ni.
Sebenarnya, setiap hari sel badan kita terdedahkan dengan pelbagai unsur-unsur yang boleh merosakkan sel-sel badan.
Dan perkara-perkara ni sebenarnya sangat-sangatlah susah untuk kita elakkan.
Antaranya, pencemaran udara. Asap rokok. Sinaran ultraviolet (UV) dalam cahaya matahari. Makanan terproses (processed food). Gula. Stress. Dan banyak lagi.
Perkara macam ni sebenarnya boleh mencetuskan radikal bebas dan merosakkan komponen sel seperti DNA.
Bila sel dah rosak, ia akan mencetuskan keradangan.
Oleh sebab itu, para saintis di Shaklee melakukan pelbagai kajian selama bertahun-tahun.
Tujuannya adalah untuk mencari formula bagaimana boleh membantu meningkatkan kekuatan sel. Jadi, dapatlah memperlahankan proses penuaan.
Hasilnya, mereka menghasilkan Vivix yang bukan saja boleh membantu melindungi sel dari radikal bebas. Malahan juga membaiki DNA di dalam sel tersebut.
VIVIX SHAKLEE DIPERBUAT DARI BUAH RARE
Vivix ni diperbuat daripada ekstrak anggur. Tapi bukan sebarang anggur tau, macam yang kita selalu jumpa dekat kedai-kedai buah tu.
Anggur yang digunakan tu adalah dipanggil sebagai muscadine.
Muscadine dengan anggur yang biasa kita tengok tu ni ada banyak beza.
Tekstur buahnya lebih lembut. Rasanya lebih manis. Dan buah ni juga tak banyak ditanam seperti anggur biasa tu.
Selain tu, anggur muscadine ni juga mempunyai kandungan konsentrasi ellagitannin dan asid elagik lebih tinggi berbanding anggur biasa.
Apa benda tu?
Ellagitannin ni adalah sejenis unsur di dalam anggur yang tubuh akan tukarkan menjadi asid elagik.
Asid elagik ni merupakan sejenis polifenol yang sangat powerful. Dan ia pula merupakan bahan anti-oksidan yang membantu membina kesihatan.
Menurut laman web Healthline, antara kebaikan asid elagik adalah berpotensi menjadi anti-radang dan juga melawan unsur-unsur kanser.
Selain tu, anggur muscadine juga mengandungi resveratrol yang sangat tinggi berbanding anggur lain.
Resveratrol ini biasanya terdapat pada kulit anggur. Dan ia juga bersifat antioksidan.
Dek kerana anggur muscadine ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah berkenaan sukar untuk dijangkiti penyakit dan diserang serangga. Tak seperti buah-buahan lain.
MANFAAT POLIFENOL DARI SEGI TENAGA
Dalam sel badan kita ada sejenis organel yang dipanggil sebagai mitokondria.
Ada kajian menunjukkan, polifenol membantu untuk mempercepatkan penghasilan mitokondria.
Bila mitokondria banyak terhasil, badan kita akan lebih bertenaga dan kurang untuk menjadi penat atau lesu.
MANFAAT POLIFENOL DARI SEGI KECANTIKAN
Radikal bebas seperti sinar UV, asap rokok, makanan terproses dan gula pemanis boleh menjejaskan kulit kita. Bila kesihatan kulit terjejas, kesannya akan mempercepatkan proses penuaan.
Bagi mengatasi masalah ni, polifenol membantu untuk meningkatkan penghasilan collagen oleh badan.
Collagen inilah yang berfungsi untuk mengurangkan garis-garis halus penuaan dan kedutan. Dan membuatkan kulit kelihatan licin, tegang dan awet muda.
MANFAAT RESVERATROL DARI SEGI KESIHATAN KROMOSOM
Dalam badan kita secara puratanya mempunyai 30-40 trillion sel. Setiap sel pula mempunyai 23 pasang kromosom.
Setiap kromosom mempunyai struktur komponen telomere di hujungnya. Dan kadar kepanjangan telomere ini lah penentu kepada status kesihatan seseorang individu.
Asasnya, saiz kepanjangan telomere berada pada tahap maksimum semasa kita lahir.
Apabila kita semakin berusia, telomere ini akan semakin memendek. Bila makin lama makin memendek, ia menentukan tahap kesihatan kita semakin berkurangan.
Jadi, macam mana nak menjaga saiz telomere daripada terus-menerus memendek?
MACAM MANA NAK BELI VIVIX SHAKLEE?
Jika anda mementingkan penampilan, tenaga serta kesihatan terus dari dalam, anda boleh mencuba menggunakan Vivix Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
www.wasap.my/60176477837/NakVivix
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)