Berhenti Asyik Recycle Azam, Ini Cara Nak Capai Azam Tahun Baru
Tiap kali tahun baru tiba pasti akan disambut dengan azam tahun baru.
Harapan rasa tinggi menggunung. Jiwa semangat berkobar-kobar.
Hati berikrar dan bertekad nak menjadi versi diri yang lebih baik di tahun baru.
Bak kata orang putih, “new year, new me”.
Apabila kalendar menyelak ke tanggal 1 hari bulan Januari, kita agak komited nak jayakan azam tu.
Tapi bila dah masuk minggu kedua, mulalah pudar sikit demi sikit. Dan akhirnya, belum sempat masuk bulan Mac, mungkin dah ke laut.
Apabila Disember datang, barulah teringat kembali yang azam tadi tak tercapai.
Jadi, bagaimanakah nak buat agar azam kita itu lebih tercapai pada kali ini?
SEBAB KENAPA AZAM TAHUN BARU SUSAH NAK DILAKSANAKAN?
Sebelum menjawab soalan tu, ada baiknya kita membedah sedikit faktor-faktor dan sebab-sebab yang menyebabkan ramai susah nak capai azam tahun baru.
Sebab paling utama adalah ianya kurang umphhh. Perumpamaan dia macam makanan tak cukup rencah.
Banyak azam yang dibuat tu terlalu umum dan general. Tak berapa jelas dan samar-samar.
Sebagai contoh,
“Untuk tahun baru ini, saya nak turunkan berat badan.”
“Tahun 2025 ni keras, saya target nak buat side income.”
Ayat-ayat sebegini pastinya biasa kita dengar kan. Tapi ada permasalahan besar di sebaliknya.
Untuk kes pertama, persoalan yang timbul adalah seperti berikut;
Agak-agak berapa banyak kilo yang nak diturunkan?
Bila target nak mula kurus dan bila pula bakal capai berat tersebut?
Untuk kes kedua
“Apa side income yang nak dibuat?”
“Berapa target range side income yang dimahukan?”
Ini adalah beberapa contoh persoalan.
MACAM MANA NAK BUAT AZAM TAHUN BARU YANG LEBIH BAIK?
Sebenarnya, ada banyak teknik atau cara yang boleh anda lakukan untuk membuat sesuatu azam.
Tapi untuk penulisan blog Aisah kali ini akan menfokuskan kepada satu teknik yang dipanggil SMART. Sebab ini yang paling popular.
SMART ni sebenarnya merupakan singkatan awalan kepada perkataan berikut:
S-Specific
M-Measurable
A-Achievable
R-Relevant
T-Time-bound
Untuk mencipta suatu azam yang cukup perencah, dia perlulah mempunyai kelima-lima elemen ini. Aisah akan kupas satu persatu untuk anda lebih nampak gambarannya.
Specific
Sesuatu azam itu mestilah khusus. Dalam kata lain, ianya mestilah jelas dan berfokus.
Measurable
Sesuatu azam itu mestilah boleh diukur kemajuannya oleh anda. Ini penting supaya anda boleh sentiasa keep track dengan apa yang sedang capai. Jadi, selalunya azam itu ada mengandungi nombor.
Achievable
Sesuatu azam itu mestilah tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan kemampuan yang anda ada. Jika tidak nanti umpama angan-angan mat jenin, nak gapai bulan dan bintang.
Relevant
Azam itu mestilah berkaitan dengan keutamaan hidup anda.
Time-bound
Azam itu mestilah mempunyai garis masa atau jangka masa untuk mencapainya.
BAGAIMANA NAK BUAT AZAM TAHUN BARU IKUT FORMULA SMART?
Dengan menggunakan SMART, azam tahun baru anda tidak lagi nampak cliché dan sangat general, tetapi ia akan lebih jelas. Dan ini boleh membantu untuk push anda lebih kuat untuk mencapainya.
Sebagai simulasi, kita gunakan dua contoh azam yang Aisah tulis di atas tadi.
Jika turun berat merupakan matlamat tahun baru anda, mungkin mempunyai matlamat sebegini adalah lebih baik.
“Untuk tahun baru ni, saya mahu turun berat badan supaya kolesterol terkawal, daripada 95 kg kepada 70 kg dalam masa 6 bulan. BMI mesti dalam range 19-24.”
Dan untuk azam nak tambah pendapatan, ini pula ada versi contoh yang lebih baik.
“Tahun 2025 ni keras, saya target nak buat side income dalam RM500-RM700 setiap bulan, supaya boleh tampung belanja anak yang dah nak mula masuk sekolah.”
Contoh yang terbaru ini lebih jelas. Kalau anda beritahu orang sekeliling, mereka pun boleh bayangkan keadaan rupa anda apabila capai matlamat tu.
Tak ada nak berteka teki atau agak-agak. Ianya sangat jelas.
Bila anda ada matlamat dan objektif sebegini rupa, senanglah anda nak monitor sejauh mana kemajuan anda;
- Berapa banyak sudah saya capai setakat ini?
- Berapa jauh lagi pencapaian saya sekarang dengan matlamat dan objektif?
- Berapa banyak lagi masa yang saya ada untuk capai matlamat dan objektif tersebut?
Secara tak langsung, anda semakin bersemangat dan bermotivasi nak capai apa yang anda sasarkan.
Nak lagi bersemangat, lepas tulis azam tu, anda letakkannya pada tempat yang selalu anda nampak setiap hari. Sebagai contoh di atas skrin telefon bimbit anda.
Jadi, mulai hari ini, gunakan tips SMART ni dalam merangka azam tahun baru. Kuranglah risiko anda nak “recycle” azam tahun-tahun dulu.
JOM JOIN TEAM AISAH UNTUK BUAT BISNES ONLINE
Sekiranya anda sedang berkira-kira nak menambah pendapatan keluarga, Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama.
Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.
Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta ada motivasi tinggi nak berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga menikmati insentif lumayan Shaklee sediakan.
Usah risau, latihan untuk anda buat bisnes juga diberikan. Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;
www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee
www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee
Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.
Aisah sedia membantu anda.