Dari Kerja Hospital Ke Kerja Dari Rumah, Ini Kisah Hijrah Aisah

Dari Kerja Hospital Ke Kerja Dari Rumah, Ini Kisah Hijrah Aisah

Kerja dari rumah atau ‘work from home’.

Aisah pasti ramai yang pertama kali mendengar benda ni semasa pandemik Covid-19 beberapa tahun lepas.

Masing-masing terkurung di rumah, tak dibenarkan keluar. Dan banyak syarikat membuat polisi untuk pekerjanya bekerja dari rumah.

Percaya atau tidak, Aisah dah tahu tentang kerja dari rumah ni bertahun-tahun lamanya sebelum virus Covid-19 muncul.

Nak lebih khusus lagi, sejak tahun 2013 lagi.

Masa tu, bila buka mulut je cerita yang Aisah ni bekerja dari rumah, ramai yang ingatkan Aisah jadi suri rumah.

Mulalah timbul cakap-cakap seperti, “Eh, rugilah belajar tinggi di universiti tapi duduk di rumah.”

Terpaksalah Aisah explain panjang lebar yang Aisah bukan suri rumah. Ya, Aisah duduk di rumah, tapi Aisah ada pekerjaan sendiri, iaitu bisnes.

Dan bisnes tu pula memang ada hubungkait dengan bidang kesihatan juga.

Bila bercerita macam ni, ada yang faham. Dalam masa yang sama, ada juga yang masih blur-blur.

Tapi Aisah ok je, sebab konsep kerja dari rumah ni agak asing lagi masa tu.

Sampai sekarang Aisah masih lagi sama seperti dulu. Dah 10 tahun pun bekerja dari rumah.

Cuma bezanya, ramai dah makin faham bahawa duduk di rumah pun masih boleh bekerja dan meraih pendapatan.

DI SEBALIK HIJRAH DARI KERJA DI HOSPITAL KE KERJA DARI RUMAH

Aisah dah terlibat dalam bidang kesihatan sejak 2003 lagi.

Aisah bekerja sebagai jururawat di beberapa buah hospital di Lembah Klang.

Dan pernah juga merasa pengalaman bekerja di hospital Arab Saudi selama 4 tahun.

Kemudian, Aisah balik ke kampung halaman sendiri dan bekerja sebagai clinical instructor yang ditugaskan di Hospital Labuan.

Pada 2013, Aisah mengambil keputusan berhenti makan gaji.

Sebab?

Kerja di hospital masanya tak menentu. Ada shift. Kadang-kadang bila balik ke rumah, anak-anak dah tidur.

Maka timbullah rasa dalam hati ni macam terlepas momen-momen indah nak tengok anak membesar depan mata.

Sedangkan benda ni takkan berulang.

Jadi, Aisah nekad memang nak lebih masa dengan anak-anak. Nak melayan, bermain, berbual, memasak dan mendidik mereka.

Tapi dalam masa sama Aisah pun nak rasa ada pendapatan sendiri. Dan sebab tu Aisah pun berhijrah masuk ke dunia kerja dari rumah, dengan cara berbisnes.

KERJA DI RUMAH TIDAKLAH SEMATA-MATA TERPERAP DI RUMAH SAHAJA

Masa dulu, ramai yang ingatkan pekerjaan macam Aisah ni terperuk dalam rumah sepanjang hari saja. Dikelilingi dinding, tak berjumpa orang.

Bunyinya macam membosankan. Lebih-lebih lagi untuk wanita yang sememangnya bekerja selama ni.

Hakikat yang sebenarnya adalah tidak.

Tak dinafikan, orang macam Aisah ni memang majoritinya spend masa di rumah.

Walaupun begitu, ada masanya Aisah keluar rumah juga untuk tuntutan kerja bisnes.

Antaranya mungkin ambil atau hantar barang ke pejabat pos. Jumpa prospek atau pelanggan. Meeting dengan business partner.

Tidaklah Aisah 24 jam di rumah setiap hari.

KERJA DARI RUMAH MASIH BOLEH TAMBAHKAN SKILL

“Kalau bekerja dari rumah ni ada peluang ke nak majukan diri?”

Aisah faham bila ada yang bertanyakan soalan macam ni. Lebih-lebih lagi kalau kerja makan gaji ni selalunya ada latihan, workshop dan seminar.

Jadi, bolehlah kita ada peluang untuk menambahkan kemahiran dan pengalaman.

Sebenarnya, bekerja dari rumah pun ada peluang macam ni juga. Bukan saya seorang je yang berkerja dari rumah. Sahabat saya pun sama berkerja dari rumah.

Belajar ilmu kesihatan melalui pemakanan dengan Dr Hafiz Sulaiman

Macam Aisah sendiri selalu je pergi seminar, training dan workshop. Termasuk jugalah event networking bersama orang-orang bisnes.

Memang banyaklah skil dipelajari. Ilmu kesihatan, komunikasi, digital marketing, penulisan dan macam-macam lagi.

Salah satu daripadanya adalah skil bercakap depan audiens.

Yalah, sebab bila bisnes ni ada kalanya kena bercakap di depan ramai orang.

HIKMAH DI SEBALIK BELAJAR SKIL BARU

Bila bercerita pasal skil bercakap ni ada kenangan yang Aisah tak boleh lupa.

Tak dinafikan, awal-awal bisnes dulu memang Aisah kerap kena paksa dengan mentor untuk bercakap depan orang.

Maka, bercakap lah Aisah dengan rasa keterpaksaan. Lama-lama, dari paksa jadi biasa.

Tapi, ambil masa bertahun-tahun jugalah nak biasa tu.  Bukan sebulan dua atau setahun dua boleh transform tahu bercakap.

Belajar sikit demi sikit.

Gugup. Gemuruh. Gagap. Silap cakap. Tersasul. Blank. Peluh-peluh. Semuanya pernah Aisah rasa.

Dari ilmu ni, saya latih pula anak-anak bercakap hadapan audiens di rumah. Sebabnya, macam rugi pula kalau saya sendiri tak turun dan wariskan pada anak-anak.

Lebih-lebih lagi skil macam ni sangat berharga untuk membina keyakinan anak-anak dari kecil. Dan juga mengasah daya kepemimpinan.

Akhirnya, rezeki mereka pula terbuka jadi wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan.

Kesimpulannya, anak-anak pun dapat tempias daripada kemajuan diri yang Aisah dapat daripada buat bisnes di rumah ini.

JOM JOIN AISAH REBUT PELUANG BEKERJA DI RUMAH SEKARANG

Aisah pelawa anda untuk ‘join‘ bisnes Shaklee bersama-sama.

Bukan saja sama-sama dapat menjana pendapatan dan lebih masa bersama keluarga. Tetapi juga berpotensi untuk kelihatan lebih sihat dan muda lebih lama.

Haaa, siapa kata duduk di rumah tak boleh nampak awet muda kan.

Selain tu, Shaklee menawarkan pelbagai insentif. Antaranya pakej percutian mewah ke luar negara, bonus kereta, serta majlis gilang gemilang meraikan pencapaian bisnes anda.

kerja dari rumah
Trip percutian Shaklee ke Itali

Anda boleh baca perkongsian Aisah tentang insentif ni dengan lebih ‘detail‘ dalam artikel sebelum ni, anda boleh kliknya di sini.

Aisah menerima semua orang. Tak kira sama ada anda bekerja, atau ada bisnes lain, atau pun juga suri rumah.

kerja dari rumah

Dan Aisah tak mengira kaum, agama dan negeri. Sebab organisasi Aisah memang majmuk ya.

Ada pelbagai bangsa dan agama. Dari Semenanjung sampai ke Sabah dan Sarawak.

Paling penting, umur anda sudah melepasi 18 tahun. Serta ada motivasi tinggi nak berjaya dalam bisnes Shaklee sehingga menikmati insentif lumayan Shaklee sediakan.

kerja dari rumah

Anda hubungi Aisah sekarang dengan klik link ini;

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakBerjayaBisnesShaklee

Nak call Aisah pun boleh terus. Dail nombor Aisah ini, 0176477837.

Follow saya di media sosial

Instagram @sitiaisahmdibrahim

Youtube https://youtube.com/@SitiAisahMohdIbrahim

Tiktok  sitiaisahmohdaibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *