Doa Yang Bagus Untuk Wanita Yang Berbisnes

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Yang Berbisnes

Aisah sudah melibatkan di dalam bisnes sejak 2012 lagi. Apabila berbisnes ni, pastilah ada pelbagai dugaan yang perlu dihadapi.

Ya, tak dinafikan ada ketikanya perjalanan Aisah dalam bisnes lancar. Dan seperti orang lain juga, adakalanya bisnes Aisah ini diuji dengan pelbagai cabaran.

doa

LUMRAH BILA BERBISNES

Bak kata orang, kita hidup di dunia penuh pancaroba. Bukannya hidup di syurga yang semuanya bahagia belaka.

Antara ujian biasa dihadapi adalah kena reject dengan prospek atau pelanggan. Cakap-cakap negatif atau sinis dari orang.

Selain tu, kena tikam belakang atau khianat. Janji yang tak dipenuhi. Fitnah. Tak capai target. Dan banyak lagi.

Sebagai manusia biasa, kalau berdepan perkara sebegini, memang kita akan jadi cepat sedih, kecewa atau down.

Lebih-lebih lagi apabila kita terpaksa berdepan perkara ini seorang diri. Sudahlah hati perempuan ni mudah teremosi kan.

MELETAKKAN PERGANTUNGAN KEPADA MAHA PENCIPTA DAN PEMBERI REZEKI

Maka sebab itulah, sebagai usahawanita (betul ke ada perkataan ini, hehehe), kita haruslah meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Maha Pencipta dan Maha Pemberi Rezeki.

Ini supaya kita dapat mencari dan membina kekuatan diri untuk terus berjuang di dalam bisnes yang diusahakan.

Di dalam artikel kali ini, Aisah akan kongsikan beberapa doa baik yang boleh diamalkan oleh para usahawanita dalam menjalani bisnes. Doa ni mudah dan senang untuk diamalkan setiap hari.

1. DOA UNTUK JADI KUAT

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِن الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

https://www.youtube.com/shorts/muNqIo6xnY8

2. DOA PENDINDING DARIPADA MUDHARAT

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

https://www.youtube.com/watch?v=mDy1aQOlFg4

3. DOA UNTUK MUDAH DIFAHAMI

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

Semoga pembaca blog Aisah mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini. Semoga bisnes kita sama-sama semakin maju dan dipermudahkan segala urusan.

Banyak lagi contoh doa yang bagus untuk wanita kita amalkan.

Siti Aisah Mohd Ibrahim

Pengedar Shaklee Subang Jaya Puchong

Follow Tiktok: Siti Aisah Mohd Ibrahim

Follow Youtube: Siti Aisah

Follow Facebook: Siti Aisah Mohd Ibrahim

One thought on “Doa Yang Bagus Untuk Wanita Yang Berbisnes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *