Haid Tak Teratur: Punca PCOS & Anemia

Haid Tak Teratur: Punca PCOS & Anemia

Kitaran haid adalah cerminan kesihatan dalaman wanita. Ia bukan sekadar darah yang keluar setiap bulan, tetapi berkait rapat dengan keseimbangan hormon, kesuburan, malah kesihatan keseluruhan tubuh. Namun, ramai wanita menganggap kitaran haid yang tak teratur sebagai satu perkara biasa, mungkin kerana stres, perubahan rutin, atau faktor usia.

Hakikatnya, kitaran haid yang kacau-bilau boleh menjadi petanda awal masalah kesihatan yang lebih serius. Dua punca yang sering dikaitkan dengan isu ini ialah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan anemia. Kedua-duanya memberi kesan besar pada kitaran haid, emosi, dan kualiti hidup wanita jika tidak dirawat dari awal.

APA ITU KITARAN HAID NORMAL?

Secara normal, kitaran haid wanita berlangsung antara 21 hingga 35 hari, dengan tempoh pendarahan sekitar 3 hingga 7 hari. Proses ini dikawal oleh hormon estrogen dan progesteron yang seimbang. Bila hormon terganggu, kitaran haid juga akan terjejas.

Tanda-tanda kitaran haid tak teratur atau tidak normal termasuk:

  • Haid datang lebih awal atau lewat dari jangkaan.
  • Haid terlalu sedikit (spotting) atau terlalu banyak (heavy flow).
  • Pendarahan berpanjangan melebihi 7 hari.
  • Haid tidak datang langsung selama beberapa bulan.

Jika tanda-tanda ini berlaku secara berulang, ia wajar diberi perhatian kerana mungkin berkaitan dengan PCOS atau anemia.

PUNCA KITARAN HAID TAK TERATUR : PCOS

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ialah gangguan hormon yang menjejaskan ovari. Ia menyebabkan pembentukan sista kecil di sekitar ovari, sekali gus mengganggu proses ovulasi.

Kajian menunjukkan hampir 1 daripada 10 wanita mengalami PCOS, tetapi ramai yang tidak menyedarinya.

Antara simptom PCOS termasuk:

  • Haid jarang datang atau tidak datang langsung.
  • Pertumbuhan bulu berlebihan pada muka atau badan.
  • Jerawat teruk dan degil.
  • Rambut gugur pada bahagian kepala.
  • Berat badan naik mendadak, terutamanya pada bahagian perut.

PCOS berlaku kerana paras insulin dan androgen (hormon lelaki) yang lebih tinggi daripada biasa. Keadaan ini mengganggu kitaran hormon wanita, lalu menyebabkan ovulasi tidak berlaku secara konsisten. Bila ovulasi terganggu, haid juga menjadi tidak menentu.

PUNCA KITARAN HAID TAK TERATUR : ANEMIA

Anemia pula ialah keadaan di mana badan kekurangan sel darah merah atau hemoglobin untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Salah satu punca utama anemia dalam kalangan wanita ialah kehilangan darah berlebihan ketika haid.

Simptom anemia yang biasa dialami termasuk:

  • Mudah penat walaupun buat kerja ringan.
  • Wajah pucat, bibir dan kelopak mata nampak pucat.
  • Berdebar-debar atau degupan jantung laju.
  • Pening, rasa mahu pitam.

Menariknya, anemia dan haid berlebihan saling berkait. Haid yang terlalu banyak menyebabkan kehilangan zat besi, lalu membawa kepada anemia. Anemia pula boleh menyebabkan badan lemah dan hormon terganggu, sekali gus menjadikan kitaran haid tidak stabil. Inilah sebabnya wanita yang sering alami haid banyak perlu berjaga-jaga.

RISIKO KESIHATAN JIKA ABAIKAN KITARAN HAID TAK TERATUR

Jika dibiarkan, kedua-dua masalah ini boleh membawa kesan jangka panjang:

  • PCOS meningkatkan risiko kemandulan, diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan masalah jantung.
  • Anemia menyebabkan keletihan kronik, sistem imun lemah, dan kekurangan oksigen yang boleh menjejaskan organ penting.
  • Secara emosi, wanita mudah stres, cepat marah, dan hilang keyakinan diri.

Maka, penting untuk mengenal pasti punca haid tidak teratur sejak awal dan mengambil langkah rawatan yang sesuai.

CARA ATASI DAN PULIHKAN KITARAN HAID TAK TERATUR

a. Gaya Hidup & Pemakanan

  • Kawal berat badan – berat badan berlebihan boleh memburukkan PCOS.
  • Senaman ringan seperti yoga, berjalan pantas, atau berbasikal membantu stabilkan hormon.
  • Pemakanan seimbang – makanan kaya zat besi (bayam, daging merah, kekacang) untuk anemia, dan makanan kaya omega-3 (ikan salmon, chia seed) untuk keseimbangan hormon.

b. Bagaimana Shaklee boleh bantu memperbaiki kitaran haid?

Shaklee terkenal dengan suplemen berasaskan bahan semula jadi, selamat, berkesan dan sudah lebih 60tahun dipercayai. Untuk wanita yang mengalami kitaran haid tak teratur , beberapa produk Shaklee yang sering diamalkan ialah:

1. GLA Complex

  • Diperbuat daripada minyak borage yang kaya dengan Gamma Linolenic Acid (GLA).
  • Membantu menstabilkan hormon wanita.
  • Mengurangkan simptom PMS, senggugut, dan ketidakselesaan semasa haid.
  • Membantu kesihatan sistem reproduktif wanita.

2. Ostenutrix

  • OsteNutrix adalah suplemen kalsium-magnesium-vitamin D.
  • Wanita yang kurang kalsium lebih cenderung mengalami kekejangan otot ketika datang haid.
  • Magnesium dalam OsteNutrix membantu relax otot rahim → mengurangkan rasa kejang dan sakit pinggang.
  • Vitamin D pula menyokong penyerapan kalsium, sekaligus bantu kurangkan keradangan dan sakit.
  • Sesuai untuk wanita yang selalu sakit pinggang, lenguh sendi dan senggugut kuat.

3. B complex

  • Mengandungi 8 jenis vitamin B penting (B1–B12).
  • Vitamin B6 dalam B-Complex sangat penting kerana ia bantu imbangi hormon estrogen & progesteron.
  • Membantu kurangkan mood swing, cepat marah atau emosi tak stabil masa period.
  • B-Complex juga mengurangkan kelesuan & keletihan semasa haid.
  • Sesuai untuk wanita yang mudah stress, cepat letih, dan mengalami PMS teruk.

4. Vita-lize Iron Formula

  • Mengandungi 28 jenis nutrien dan mineral formula untuk meningkatkan nutrisi seharian
  • Bantu stabilkan sel darah merah dan zat besi
  • Sesuai untuk wanita cepat letih, mengantuk, dan anemia

5. Vivix / ResV

  • Mengandungi polifenol tinggi daripada anggur muscadine, lobak ungu dan elderberry.
  • Bertindak sebagai antioksidan kuat untuk baiki DNA sel rosak dan melambatkan penuaan sel.
  • Mengurangkan radikal bebas yang boleh mencetuskan keradangan.
  • Ramai wanita dengan masalah kesuburan akibat endometriosis memilih Vivix kerana ia bantu kesihatan sel rahim dan ovari.

c. Rawatan Perubatan

  • Pemeriksaan darah & hormon penting untuk diagnosis tepat.
  • Doktor mungkin mencadangkan ubat kawalan hormon atau rawatan kesuburan bagi PCOS.
  • Suntikan atau pil zat besi untuk anemia tahap serius.

Gabungan rawatan moden, gaya hidup sihat, dan nutrisi yang betul akan membantu wanita pulih lebih cepat. Haid tak teratur bukan sekadar isu kecil, tetapi boleh menjadi tanda amaran kepada masalah kesihatan serius seperti PCOS dan anemia.

Dengan memahami simptom, punca, dan risiko yang ada, wanita dapat mengambil tindakan awal sebelum ia melarat.

Gaya hidup sihat, pengambilan nutrisi yang mencukupi, serta pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah kunci utama untuk mengekalkan kitaran haid yang normal. Ingatlah, kesihatan wanita bermula dengan kesedaran terhadap tubuh sendiri jangan abaikan mesej yang cuba disampaikan oleh tubuh melalui kitaran haid anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Set Wanita anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/naksetwanita

www.wasap.my/60176477837/naksetwanita

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *