Kenapa Sahur Penting?

Kenapa Sahur Penting?

Pejam celik sungguh cepat masa berlalu, tinggal beberapa hari je lagi kita bakal melangkah bulan Ramadhan. Sudah pasti pelbagai persiapan yang bakal untuk kita sediakan. Tetapi yang sering menjadi persoalan ramai, kenapa ya sahur ni penting agaknya?

Kita semua tahu amalan berpuasa itu telah terbukti memberikan kebaikan dari sudut kesihatan kepada tubuh badan kita. Pada saya, sahur adalah antara eleman yang sangat penting sepanjang kita berpuasa.

Kenapa Nabi S.A.W. sangat menyarankan masa sahur?

Ini ada dinyatakan juga dengan jelas oleh beberapa hadis Nabi Muhammad S.A.W seperti diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”

Dan perbuatan sahur itu sendiri disunatkan untuk dilewatkan sehingga hampir waktu subuh seperti yang diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit R.A, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah S.A.W kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka Baginda S.A.W bersabda: 50 ayat.”

Sebab itu sejak zaman Rasullullah S.A.W lagi kita tahu kenapa sahur itu sangat penting dan sebaiknya janganlah kita meninggalkan amalan bersahur. Cantiknya Islam ini, amalan sahur sebenarnya ia amat memberi manfaat dari sudut sains dan kesihatan. Sahur ini sebenarnya berfungsi sebagai menggantikan sarapan kerana ia memberikan anda tenaga untuk bertahan di siang hari.

Manfaat dapat apabila kita bersahur?

Ada kajian terkini, menyatakan kanak-kanak jika mereka tidak mengambil sarapan mereka tidak dapat memberikan tumpuan dalam  pelajaran. Kegagalan untuk bersahur akan menyebabkan kadar gula darah menjadi rendah.

sahur

Keadaan ini boleh membawa kepada pening kepala dan mual. Dalam keadaan yang lebih teruk, mungkin boleh menyebabkan pitam. Sebab itu, saya akan pastikan anak-anak saya wajib untuk bersahur walaupun mereka hanya minum protein sihat setiap sahur mereka.

Bukan hanya pada kanak-kanak sahaja. Kita sebagai seorang dewasa pun, kalau tak bersahur mesti akan rasa benda yang sama . Takkanlah kita nak duduk berehat sepanjang hari selama berpuasa.

Kalau boleh masa bulan Ramadan harus menjadi satu bulan yang sangat produktif. Tanpa tenaga dari makan sahur, hari-hari anda akan banyak dihabiskan dengan hanya berehat di rumah.

Oleh sebab itu, individu berpuasa yang mengamalkan sahur secara tidak langsung berada dalam keadaan lebih baik kerana tidak meninggalkan pengambilan makanan di awal hari sebelum memulakan rutin harian.

Kita mengamalkan sahur bukanlah atas faktor kesihatan semata-mata, namun kerana kita menyayangi sunnah Nabi Muhammad S.A.W dan ingin mencapai puasa yang terbaik. Selamat bersahur, dan jangan tinggal sahur walaupun hanya sebiji kurma dan segelas air.

sahur

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

Beacon : https://beacons.ai/sitiaisahmohdibrahim

One thought on “Kenapa Sahur Penting?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *