Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Kekal Tenaga Dengan Set Shaklee Untuk Puasa

Kekal Tenaga Dengan Set Shaklee Untuk Puasa

16 hari lagi kita nak menjelang Ramadhan. Adakah kita sudah bersedia? Ada orang kata, kalau nak kekal tenaga supaya tak mengantuk masa puasa serta boleh fokus untuk menjalani ibadah kena cuba set shaklee untuk puasa. Orang kata memang menjadi! Betul ke?

Tapi sebelum saya nak kupaskan persolaan di atas saya nak ingatkan kepada anda semua di luar sana khususnya wanita, jangan lupa langsaikan puasa ganti anda sebelum tiba Ramadhan nanti. Dah nak dekat dah ni. Masa ni mulalah kita terfikir segala macam jenis menu untuk sepanjang berpuasa.

set shaklee untuk puasa

Dan dalam masa sama ada yang mengalami cabaran kesihatan sepanjang berpuasa. Antara isu yang sering berlaku adalah isu masalah kesihatan seperti gastrik yang menyebabkan pedih ulu hati yang teruk. Mak saya antara yang sering diserang gastrik ketika berpuasa.

Cerita gastrik mak.

Mak saya memang dulu kalau nak puasa memang selalu kena serang gastrik. Dia akan rasa pedih ulu hati yang teruk. Jadi mak memang tak boleh tak bersahur. Mak wajib bersahur dengan makanan berat seperti nasi berlauk untuk dia tahan sepanjang puasa.

Tapi sejak usia mak semakin meningkat,. Kadang pagi mak tak berapa nak makan berat sangat. Dalam masa yang sama mak ada masalah kencing manis juga. Jadi saya nasihatkan mak untuk cuba protein Shaklee seperti ESP Shaklee yang ada dalam set puasa shaklee.

Dan sejak dari itu gastrik dia mulalah kurang. Takde lah rasa gastrik yang kerap dan teruk. Malah pedih ulu hati yang dia sering alami tu kurang dah. Dan jarang-jarang sekali. Kalau kena pun mungkin dia skip meal yang boleh menyebabkan gastrik dia naik.

Sebenarnya , bila kita bersahur ni banyak manfaat kesihatan yang kita dapat. Sahur ni juga merupakan pengganti sarapan pagi. Ye lah kita sahur awal dari waktu kita sarapan biasa kan. Lepas dari azan subuh kita semua dah mula berpuasa.

Jadi tak bolehlah kita nak bersarapan pagi tu. Untuk mereka yang mempunyai masalah gastrik saya nasihatkan anda jangan sesekali skip sahur. Bila anda akan skip sahurd ia akan naikkan jus gaster yang anda akan suffer menanggung sakit pedih ulu hati di siang hari.

Macam kisah mak saya tadilah, sebab itu dia amalkan set puasa Shaklee untuk sahur.

Nanti anda tak boleh nak fokus beribadah mahupun melakukan rutin harian akibat menanggung sakit pula.

Apa yang best sangat set Shaklee untuk puasa ni?

Masih ingat cerita mak saya yang mengalami masalah gastrik tu? Masa puasa mak cuba amalkan Esp atau Cinch Shake untuk lembutkan dinding perut mak dari pedih.

gastrik puasa

Gastrik ni berlaku disebabkan keradangan atau dikenali sebagai ulser yang berlaku pada dinding perut manusia. Jadi bila ada ulser, itu yang menyebabkan kita rasa pedih ya’amat. Kesannya menyebabkan kita rasa mual. Muntah. Heart burn. Perut rasa senak. Perut kembung. Kalau gastrik yang teruk sampai luka tu menyebabkan muntah darah dan najis berwarna hitam disebabkan pendarahan yang berlaku.

Mak saya takdelah sampai gastrik teruk tu. Dia cuma gastrik ringah sahaja. Jadi, saya syorkan dia mengambil protein Shaklee. Esp mahupun Cinch shake Shaklee ni sangat membantu untuk melembut dinding perut itu tadi dan cuba untuk membantu perbaiki ulser itu tadi.

Jadi bila orang yang gastrik minum protein Shaklee ni, dia akan melegakan perut dia dari mengalami kesakitan yang teruk pada perut tu.

Cara pengambilan Esp dan Cinch dalam set Shaklee untuk puasa?

Cara saya, saya akan gabungkan Esp 2 scoop dan Cinch shake 2 scoop dibuatkan dalam satu hidangan minuman dan boleh juga dicampurkan sekali dengan susu. Bagi anda yang nak usaha untuk menurunkan berat badan pula saya nasihatkan anda menggunakan susu full cream, fresh milk atau lebih baik gunakan almond milk atau oat milk.

Susu yang saya sebut di atas adalah susu rendah gula dan biasanya susu plant base mengandungi zero gula. Jadi sangat sesuai pada mereka yang nak usaha untuk turunkan berat badan dan fit fizikal. Sebenarnya ia juga boleh membantu dalam mengurangkan bacaan kolestrol anda ketika puasa ni.

Esp (Energizing Soy Protein) adalah protein yang membekalkan tenaga kepada kita semua semasa puasa. Cinch pula dia membantu dari segi inch loss, tidak akan menyebabkan otot menggelebeh disebabkan leusine yang terdapat dalam cinch tersebut. Gabungan Esp dan Cinch itu tadi akan membuatkan kita akan berasa kenyang lebih lama. Takde la rasa lapar pula kan. Dan inshaAllah pedih ulu hati akan berkurang.

Kedua-dua protein ini adalah mempunyai glisemik index yang rendah. Sangat sesuai juga pada mereka yang craving makanan atau minuman manis dan mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

Selain daripada itu, kalau perasan isu yang seterusnya kita sering alami masa puasa adalah dehidrasi. Ye lah masa puasa kita tak sempat nak minum air yang cukup disebabkan waktu yang terlalu pendek.

set shaklee untuk puasa

Bila kurang minum air jadi jangan hairanlah apabila kita berpuasa kita akan mudah merasa letih. Mengantuk. Badan suhu akan naik. Susah nak membuang air besar. Warna air kencing akan gelap. Dan kalau perasan kita akan mudah juga mengalami kram otot. Macam mana kita nak fokus beribadah di siang hari? Dan kalau mengantuk kita [un tak boleh fokus untuk menjalani rutin harian kita.

Kekal hidrasi dan tenaga sepanjang puasa.

Performance drink Shaklee adalah air isotonik yang sihat membantu untuk mengurangkan badan kita dari masalah dehidrasi. Kita akan rasa kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi takdelah rasa kering pada kulit, pecah bibir dan rasa haus juga. Best tau perfomance ni rasa dia lemon, bila dihidangkan menu berbuka memang sangat sesuai.

set puasa shaklee

Walaupun lepas berbuka, kita akan semangat berterawih pada malamnya pula. Tak rasa mengantuk dan boleh bertadarus bersama keluarga. InshaAllah.

Jadi kepada anda yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti yang saya kongsikan di atas atau nak jadikan Ramadhan kali ini puasa yang lebih sihat, saya galakkan anda semua cuba 1 set Shaklee ini untuk puasa bersama keluarga anda. Pasti anda akan suka dan paling penting kita bukan sekadar puasa belapar sahaja malah membantu meningkatkan kualiti sepanjang ibadah kita nanti.

Anda juga boleh hadiahkan set puasa shaklee ni kepada ibu ayah anda di kampung untuk kesihatan mereka Ramadhan tahun ini. Salam Ramadhan semua!

sahur

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain, jemput klik dan link di bawah:

Facebook : Siti Aisah Mohd Ibrahim

Instagram: @sitiaisahmdibrahim

Tik Tok : sitiaisahmohdaibrahim

Beacon : https://beacons.ai/sitiaisahmohdibrahim

3 thoughts on “Kekal Tenaga Dengan Set Shaklee Untuk Puasa

  1. Pingback: cod shaklee

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?