Perut Rasa Berat & Toksin Berlebihan Pada Tubuh?

Perut Rasa Berat & Toksin Berlebihan Pada Tubuh?

Pernah rasa perut berat, kembung, susah membuang atau badan cepat letih walaupun tidur cukup? Itu antara tanda paling biasa menunjukkan sistem pencernaan perlahan dan toksin berlebihan.

Bila toksin berkumpul terlalu lama, usus jadi sempit, pembuangan tak lancar dan metabolisma turun mendadak.

Berita baiknya, anda boleh reset semula sistem pencernaan secara semula jadi dan dalam artikel ini saya sertakan cara semula jadi untuk membantu proses detoks dengan lebih efektif.

1. KENAPA PERUT RASA BERAT & BADAN PENUH TOKSIN ?

Toksin terkumpul akibat:

  • Pemakanan berminyak, tinggi gula
  • Kurang air
  • Sembelit kronik
  • Stress
  • Kurang serat
  • Usus lambat bekerja (slow bowel movement)

TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM TUBUH

1. Tanda toksin berlebihan – sentiasa keletihan

Keletihan boleh menjadi tanda bahawa tubuh  bekerja terlalu keras untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang diambil.

Keletihan itu juga boleh menjadi tindak balas kepada gangguan hormon yang mengganggu sistem pertahanan tubuh badan atau imun anda.

2. Kesukaran menurunkan berat badan

Adalah tidak mudah untuk anda menurukan berat badan. Tetapi jika bersenam setiap hari, mengurangkan kalori dan masih bertambah berat, anda boleh melihat masalah pada hormon.

Fungsi hormon semula jadi seseorang sangat dipengaruhi oleh toksin dalam makanan dan produk penjagaan diri.

Anda memerlukan diet detoks atau nyah-toksin lengkap dan rutin penjagaan diri untuk melawannya.

3. Tanda toksin berlebihan – Sembelit

Usus menghilangkan banyak toksin setiap hari. Apabila mengalami sembelit, itu bermakna kita menyimpan banyak toksin lalu menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh.

Selain sakit perut, sembelit boleh menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Ia juga boleh dikaitkan dengan toksin terutamanya jika anda makan banyak makanan yang diproses dengan bahan kimia, racun perosak dan pengawet.

Pilih corak pemakanan anda sepanjang hari

Makan waktu makan utama sahaja (sarapan, tengah hari, malam)

Makan snek di antara waktu makan

Makan bila lapar

Sering terlupa makanMula semula

4. Sakit otot

Toksin berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada otot dan sendi anda. 

Sekiranya anda tidak melakukan aktiviti fizikal untuk menyingkirkan toksin melalui peluh,ia akan sentiasa bertambah serta mendominasi otot dan sendi sehingga mengakibatkan keadaan kesihatan kritikal yang lain.

Maka, pastikan anda sentiasa bersenam atau lakukan aktiviti fizikal secara berkala bagi memastikan toksin tidak mendatangkan kemudaratan dan masalah terhadap kegagalan fungsi otot dan sendi.

5. Nafas berbau

Walaupun dengan penjagaan kebersihan mulut yang betul, nafas berbau boleh menjadi simptom yang lebih teruk. Ia sebenarnya menjejaskan keadaan dalaman usus anda.

Nafas berbau boleh dikaitkan dengan masalah pencernaan, tetapi ia juga bermaksud hati anda sedang menyingkirkan toksin yang berlebihan dalam tubuh. 

6. Masalah kulit

Jerawat, ruam, dan masalah kulit yang lain mungkin petanda toksin yang berlebihan.

Jerawat boleh dikaitkan dengan toksin dalam diet atau produk penjagaan kulit.

Mata bengkak dan ekzema atau psoriasis juga boleh menjadi tanda bahawa anda mencapai kapasiti toksin yang berlebihan dalam tubuh.

2. BAGAIMANA TOKSIN BERLEBIHAN BOLEH GANGGU SISTEM PENCERNAAN?

Toksin yang terkumpul dalam usus:

  • Melambatkan pergerakan usus
  • Mengurangkan bakteria baik
  • Mengurangkan penyerapan nutrisi
  • Menyebabkan pencernaan tidak lancar
  • Menjadikan najis keras & susah keluar

Sebab itu detoks bukan trend ia keperluan asas untuk kesihatan usus.

3. STRATEGI RESET SISTEM PENCERNAAN SECARA SEMULA JADI

1. Minum cukup air
30ml × berat badan.
Air membantu lembutkan najis & buang toksin.

2. Tingkatkan serat
Oat, chia, bayam, betik, epal.
Serat bertindak seperti “sapu” lembut dalam usus.

3. Ambil probiotik + prebiotik
Untuk seimbangkan bakteria baik.

4. Gerak 10–15 minit selepas makan
Baik untuk rangsang peristalsis.

5. Tidur berkualiti & kawal stress

6. Kurangkan gula & makanan proses untuk 3 hari

7. Pagi dengan air lemon atau air suam

Semua ini membantu, tetapi…
jika usus sudah lama perlahan atau ada sembelit – anda perlukan sokongan nutrisi tambahan.

Di sinilah Herb-Lax & DTX Complex sangat membantu.

4. SOKONGAN NUTRISI TAMBAHAN UNTUK DETOKSIFIKASI

Apabila sistem pencernaan memerlukan bantuan lebih, terutamanya jika terdapat sembelit berpanjangan atau usus perlahan, produk seperti Herb-Lax dan DTX Complex berfungsi untuk membersihkan dan menyokong fungsi organ utama.

1. Herb-Lax (Pembersihan Usus)

Herb-Lax adalah formula yang bertindak sebagai pencuci usus (laxative) yang lembut dan semula jadi untuk melegakan sembelit.

  • Fungsi Utama:
    • Pembersihan Najis Lama: Membantu melonggarkan dan membersihkan najis yang tersekat atau yang telah lama terkumpul di dinding usus besar.
    • Perangsang Peristalsis: Mengandungi herba seperti Daun Senna yang merangsang pergerakan otot usus (peristalsis) untuk menolak sisa buangan keluar.
    • Mengurangkan Kembung: Dengan menyingkirkan sisa buangan, ia dapat membantu mengurangkan rasa kembung atau tidak selesa akibat penahanan najis.

2. DTX Complex (Sokongan Hati)

DTX Complex adalah suplemen yang direka untuk menyokong kesihatan hati (liver), iaitu organ detoksifikasi utama badan

  • Herb-Lax menyelesaikan masalah di peringkat ‘saluran paip’ (usus) dengan menyingkirkan sisa buangan fizikal.
  • DTX Complex menyelesaikan masalah di peringkat ‘kilang rawatan air’ (hati) dengan membantu badan memproses dan membuang toksin.

Gabungan kedua-duanya sangat popular dalam program detoksifikasi kerana ia membersihkan usus (saluran keluar) dan menyokong hati (organ pemprosesan) secara serentak.

Reset sistem pencernaan bukan sekadar minum air lemon. Ia melibatkan gaya hidup yang seimbang, makanan yang betul serta sokongan nutrisi yang membantu usus & hati bekerja dengan lebih lancar.

Herb-Lax bantu usus buang sisa lama.
DTX Complex bantu hati buang toksin “di belakang tabir”.

Bila kedua-dua organ ini sihat, pencernaan jadi lancar, badan rasa ringan dan tenaga meningkat semula.

Jika anda mementingkan kesihatan terus dari terseksa mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda boleh buat reset sistem pencernaan dengan kaedah yang saya terangkan di atas berserta detoksifikasi bersama set detoks Shaklee.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/setdetoks

www.wasap.my/60176477837/setdetoks

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *