“Prediabetes Senyap: Cara Stabilkan Gula Darah Dari Awal”
Tahukah anda bahawa di Malaysia, hampir 1 daripada 5 orang dewasa berada dalam keadaan prediabetes tanpa mereka sedari? Ramai rasa diri sihat sebab belum kena kencing manis, tetapi hakikatnya bacaan gula darah mereka sudah mula naik melepasi paras normal. Jika dibiarkan, prediabetes boleh bertukar menjadi diabetes jenis 2 dalam tempoh beberapa tahun sahaja.
Kebanyakan orang hanya akan ambil tindakan selepas doktor sahkan mereka ada diabetes. Waktu itu, rawatan lebih sukar kerana gula darah sudah terlalu tinggi. Sedangkan jika kita mula stabilkan gula darah sejak fasa prediabetes, peluang untuk kembali normal sangat besar.
Jadi, mari kita faham apa itu prediabetes, tanda-tanda awal, dan cara mudah untuk kawal serta stabilkan bacaan gula darah sebelum terlambat.

APA ITU PREDIABETES?
Prediabetes ialah keadaan di mana paras gula darah lebih tinggi daripada normal tetapi belum cukup tinggi untuk dikategorikan sebagai diabetes.
Bacaan gula darah puasa:
- Normal: kurang daripada 5.6 mmol/L
- Prediabetes: 5.6 – 6.9 mmol/L
- Diabetes: 7.0 mmol/L ke atas
Bacaan HbA1c (3 bulan terakhir):
- Normal: < 5.7%
- Prediabetes: 5.7 – 6.4%
- Diabetes: 6.5% ke atas
Ramai yang tidak sedar mereka sudah berada dalam kategori prediabetes kerana pada fasa ini, simptom biasanya tidak ketara.

Baru-baru ini sempena Karnival Rugby Broncho, Hospital Ara Damansara turut dijemput membuka booth kesihatan dengan pemeriksaan gula darah percuma. Kebetulan saya berada di sana, jadi apa lagi Aisah terus ambil peluang.
Alhamdulillah, bacaan gula darah Aisah seawal jam 9 pagi menunjukkan 4.4 mmol/L, walaupun ia diambil selepas sarapan. Syukur sangat, kerana pada usia menjengah 40 an ini, saya masih diberikan kesihatan yang baik.
Namun begitu, Aisah tetap perlu lebih berhati-hati memandangkan Aisah mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis.
Sebab itulah Aisah percaya, pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun sangat penting. Ia bukan sekadar untuk mengetahui bacaan semasa, tetapi juga sebagai langkah pencegahan awal sebelum terlambat.
TANDA-TANDA AWAL PREDIABETES
Walaupun tiada gejala jelas, ada beberapa tanda yang boleh menjadi “lampu kuning” untuk kita berjaga-jaga:
- Cepat lapar walaupun baru makan
- Sering mengantuk selepas makan
- Berat badan meningkat, terutamanya di bahagian perut
- Sering dahaga dan kerap buang air kecil
- Kulit gelap di leher atau ketiak (acanthosis nigricans)
- Ada sejarah keluarga dengan diabetes
Jika anda ada 2 atau lebih tanda di atas, lebih baik buat pemeriksaan gula darah segera.
KENAPA PENTING STABILKAN GULA DALAM DARAH DARI AWAL?
Apabila gula darah tidak stabil, ia boleh menyebabkan kerosakan dalaman walaupun kita belum didiagnos diabetes. Antaranya:
- Risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung
- Tekanan darah naik tanpa sedar
- Berat badan susah turun walaupun jaga makan
- Mudah letih dan hilang fokus
Kabar baiknya, jika kita mula stabilkan gula darah sejak fasa prediabetes, kita masih boleh reverse keadaan ini dan kembali normal.
CARA STABILKAN GULA DALAM DARAH SECARA SEMULA JADI
Cara 1: Jaga pemakanan.
Utamakan makanan rendah indeks glisemik (GI) seperti oat, beras perang, ubi keledek, sayur hijau dan kekacang.
Kurangkan karbohidrat ringkas seperti nasi putih berlebihan, roti putih, kuih manis, air bergula dan makanan segera.
Amalkan suku-suku separuh: suku karbohidrat sihat, suku protein, separuh sayur & buah.
Cara ke- 2: Kekalkan berat badan sihat.
Kajian menunjukkan, penurunan berat badan sebanyak 5–7% sahaja sudah cukup untuk menurunkan risiko diabetes sebanyak hampir 60%.. Boleh baca artikel Aisah —> Dari 64 kg ini cara turunkan berat badan best.
Cara ke-3. Rajin bergerak.
Senaman membantu otot menggunakan gula sebagai tenaga.
- Sasarkan 30 minit sehari berjalan pantas, berbasikal atau berenang.
- Elakkan duduk terlalu lama, bangun dan bergerak setiap 1 jam.
Cara ke-4. Tidur Cukup & lurangkan stress.
Kurang tidur dan stress boleh naikkan hormon kortisol yang menyebabkan gula darah melonjak. Amalkan tidur 6–8 jam setiap malam dan luangkan masa untuk relaks.
Cara ke-5. Ikhtiar dengan nutrisi tambahan
Selain gaya hidup sihat, ramai juga memilih suplemen semula jadi untuk bantu stabilkan gula darah. Antara nutrisi yang disokong kajian:
- Omega Guard (omega-3) – bantu kurangkan keradangan & kawal gula.
- B-Complex – penting untuk metabolisme gula & kurangkan stress.
- Vivix – kaya resveratrol & polifenol untuk tingkatkan sensitiviti insulin.
- OsteNutrix – kalsium, magnesium & vitamin D yang bantu metabolisme glukosa.
Gabungan nutrisi ini bukan pengganti ubat, tetapi ikhtiar semula jadi untuk sokong kesihatan sel & kawal gula darah dengan lebih stabil.
Prediabetes bukanlah hukuman, sebaliknya ia adalah peringatan awal untuk kita ubah gaya hidup sebelum terlambat. Jangan tunggu sampai doktor sahkan ada diabetes baru nak mula jaga makan.
Ingat, perubahan kecil hari ini mampu beri kesan besar pada masa depan. Mulakan dengan jaga pemakanan, aktif bergerak, kawal stress, dan sokong dengan nutrisi yang betul.
Kalau anda serius mahu elakkan diabetes, mula periksa bacaan gula anda sekarang. Lagi cepat anda bertindak, lagi besar peluang untuk kembali sihat dan stabil.
Pesanan akhir: Jangan biarkan gula darah mengawal hidup anda. Sebaliknya, ambil tindakan sekarang untuk kawal gula darah anda sebelum ia melarat menjadi diabetes.
Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Set Senggugut Shaklee anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/nakstabilgula
www.wasap.my/60176477837/naksetstabilgula
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).










