Rambut Gugur Teruk? Cara Atasinya Dengan Nutrisi Yang Betul
Bangun tidur, tiba-tiba nampak banyak rambut tertinggal atas bantal. Lepas mandi, penapis bilik air pula penuh dengan helaian rambut. Bila sikat rambut… makin banyak pula yang gugur.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan masalah nampaknya makin teruk dan merisaukan. Lagi-lagi bila umur masih muda, tentu buat hati rasa tak tenang.
Tapi… normal ke sebenarnya rambut gugur ni?
RAMBUT GUGUR : NORMAL ATAU TIDAK?
Ya, rambut gugur setiap hari adalah normal. Secara purata, kita kehilangan 50–100 helai rambut sehari.
Tak perlu risau sebab rambut baru juga akan tumbuh bagi menggantikan rambut yang gugur. Jadi, jumlah rambut di kepala kekal stabil.
Masalah sebenar bermula bila:
- rambut yang gugur lebih banyak daripada rambut yang tumbuh, atau
- rambut baru tumbuh terlalu lambat
Keadaan ini menyebabkan rambut semakin nipis, dan jika berlarutan, boleh muncul tompok botak.

PUNCA RAMBUT GUGUR TERUK YANG ANDA PERLU PERIKSA
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan rambut gugur secara berlebihan. Berikut antara yang paling biasa berlaku:
1. Rawatan Kemoterapi
Pesakit kanser yang menjalani kemoterapi memang lazim mengalami keguguran rambut bukan hanya di kepala, tetapi seluruh badan. Ini merupakan kesan sampingan rawatan yang sementara.
2. Mendandan Rambut Secara Berlebihan

Stail rambut seperti cornrows, tight braids, pigtails atau ikatan kuat yang dibuat dengan kerap boleh menyebabkan tekanan pada akar rambut.
Akhirnya, rambut menjadi lemah dan mudah tertarik keluar.
3. Faktor Keturunan
Jika ibu, ayah atau ahli keluarga terdekat menghidap masalah rambut gugur atau botak, risiko anda mengalami perkara sama juga lebih tinggi.
4. Stres atau Tekanan
Ya, stres sememangnya boleh menyebabkan rambut gugur.
Tekanan fizikal atau emosi yang tinggi boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mempengaruhi kitaran pertumbuhan rambut.
5. Perubahan Hormon

Ramai wanita mengalami keguguran rambut ketika:
- mengandung
- selepas bersalin
- memasuki fasa menopause
- mengalami masalah tiroid atau PCOS
Perubahan hormon ini boleh memperlahankan pertumbuhan rambut dan meningkatkan jumlah rambut yang gugur.
Dan, perkara yang sama juga boleh berlaku kepada mereka yang melahirkan anak, memasuki fasa menopause serta juga yang mengalami masalah tiroid dan PCOS.
6. Diet Pemakanan Yang Tidak Seimbang
Diet pemakanan harian anda juga boleh menyumbang kepada permasalahan rambut gugur.
Protein yang cukup adalah penting untuk menyokong pertumbuhan rambut. Sebabnya, folikel rambut kita dihasilkan daripada protein.
Selain itu, mereka yang kurang mengambil mikronutrien seperti vitamin D, biotin, zat besi dan zink di dalam diet seharian juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
PEMAKANAN UNTUK RAMBUT GUGUR
Jika anda mengalami permasalahan keguguran rambut, ianya boleh dibantu menerusi sokongan pemakanan yang lebih baik. Ini bagi membantu menggalakkan pertumbuhan sihat rambut yang baru.
Minuman Protein

Salah satu minuman protein tinggi yang anda boleh ambil adalah Energizing Soy Protein (ESP) yang diperbuat daripada protein tumbuhan.
Ia mengandungi asid amino yang penting dalam pertumbuhan rambut anda.
Multivitamin

Di samping ESP yang Aisah sebutkan tadi, anda juga boleh mengambil multivitamin Vita-Lize.
Di dalam multivitamin Vita-Lize ini mengandungi beberapa mineral bagus untuk pertumbuhan rambut anda seperti biotin, vitamin D, zink dan juga zat besi.
Selain itu juga, multivitamin Vita-Lize mengandungi asid folik dan vitamin C yang juga baik dalam menyumbang kepada kesihatan rambut anda.
Boleh klik artikel seterusnya —> Rahsia ElaK Rambut Gugur untuk pelajari nutrisi semulajadi tambahan bantu mengukuhkan akar rambut lebih sihat.
NAK BANTUAN DAPATKAN PROTEIN & MULTIVITAMIN?
Jika anda perlukan bantuan untuk masalah keguguran rambut, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/RambutGugur
www.wasap.my/60176477837/RambutGugur
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).










