Wanita PCOS, Tapi Berjaya Hamil?

Wanita PCOS, Tapi Berjaya Hamil?

Biasanya bila wanita yang dah kahwin, bila dapat tahu mengalami masalah PCOS terus bersedih. Sebab dalam fikiran wanita PCOS ni biasanya mereka akan agak sukar untuk berjaya hamil.

Apa Itu PCOS?

PCOS berlaku apabila keadaan kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih terperangkap di dalamnya dan tidak boleh menetas pada waktu subur.

Keadaan ini membuatkan ovari membengkak dan menyebabkan berlaku masalah kesuburan dan gangguan kitaran haid.

Ramai dalam kalangan penghidap PCOS mengalami masalah tidak datang haid untuk jangka waktu panjang. Ada pula yang mengalami perdarahan haid yang sangat banyak atau berpanjangan

Tanda-Tanda wanita PCOS

Gejala Sindrom Ovari Polikistik (PCOS) mungkin termasuk yang berikut: 

  • Haid tidak teratur
  • jerawat
  • Pertumbuhan bulu pada muka dan badan yang berlebihan (hirsutisme)
  • Berat badan naik
  • Tompok kulit yang menebal, baldu dan gelap (acanthosis nigricans)
  • sukar tidur malam
  • Ketidaksuburan

Simptom lain termasuk:

  • Kemurungan dan kebimbangan 
  • Gangguan makan seperti bulimia dan makan berlebihan 
  • Disfungsi seksual

Walaupun wanita dengan masalah PCOS sukar untuk hamil, namun ada rawatan dan kaedah yang mampu meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menimang cahaya mata.

Tips Cepat Hamil Untuk Wanita PCOS.

Tips #1 cepat hamil – kawal berat badan untuk tingkatkan kesuburan

Wanita PCOS Berjaya Hamil

Kawalan berat badan tidak menjamin kehamilan, namun ia merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan peluang atau tips cepat hamil anda.

Mereka yang mengalami masalah PCOS kebiasaannya bergelut dengan berat badan sendiri.

Ini berikutan proses patologi penyakit itu sendiri menyebabkan badan tidak memproses tindak balas insulin secara normal.

Kesannya, mereka yang mengalami PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti.

Obesiti boleh menyebabkan mereka yang didiagnosis dengan PCOS untuk tidak mengalami proses ovulasi.

Ovulasi adalah proses fisiologi yang melibatkan pengeluaran sel telur (ovum) ke saluran reproduktif untuk disenyawakan dengan sperma.

Tanpa ovum, persenyawaan tidak akan berlaku maka wanita terbabit akan mengalami kesukaran untuk hamil.

Menurut kajian yang dijalankan di sebuah Fakulti Perubatan di Washington, Amerika Syarikat (USA) penurunan berat badan dalam lingkungan 5% hingga 10% boleh menyebabkan kitaran haid bagi pesakit PCOS untuk menjadi teratur semula.

Jika digabungkan dengan penggunaan ubat kesuburan yang dibekalkan oleh doktor, peluang untuk seseorang itu hamil tinggi.

Walau bagaimanapun, bukan semua pesakit PCOS perlu menjalani penurunan berat badan sebelum mereka boleh cuba untuk hamil.

Perkara ini akan ditentukan berdasarkan kepada keadaan klinikal pesakit.

Pun begitu, memang sukar untuk wanita yang mengalami PCOS untuk menurunkan berat badan memandangkan hormon mereka tidak berfungsi dengan normal.

Tips #2 Pemakanan seimbang antara tips cepat hamil untuk pesakit PCOS

Wanita PCOS Berjaya Hamil

Oleh sebab pesakit PCOS mudah untuk mendapat masalah obesiti, amalan pengambilan makanan seimbang perlu ditekankan.

Malahan, rawatan kesuburan akan lebih berkesan sekiranya seseorang individu itu berada dalam keadaan sihat.

Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan di Universiti Missouri-Kansas menunjukkan kaitan positif di antara pemakanan seimbang dan senaman berkala terhadap kitaran haid pesakit PCOS.

Namun, tubuh badan sihat penting bagi menjamin kehamilan yang sihat.

Tips #3 Rawatan farmakologi untuk bantu pesakit PCOS hamil

Wanita PCOS Berjaya Hamil

Pelbagai jenis ubat boleh dipreskripsikan kepada pesakit PCOS untuk meningkatkan tahap kualiti kesihatan mereka secara menyeluruh.

Antaranya adalah ubat diabetes, metformin. 

Oleh sebab pesakit PCOS mudah mendapat masalah kerintangan insulin, pengambilan metformin boleh membantu mengawal paras gula di dalam darah.

Mereka yang mengambilnya boleh menikmati pelbagai jenis kebaikan fisiologi seperti penurunan berat badan, kitaran haid yang lebih teratur, meningkatkan keberkesanan ubat kesuburan dan menurunkan risiko keguguran.

Ubat kesuburan seperti clomid pula lazim diberikan kepada mereka yang mengalami PCOS.

Mencari Ikhtiar: Peranan Resveratrol dalam Menguruskan Wanita PCOS

Dalam usaha mencari penyelesaian dan ikhtiar untuk menguruskan PCOS, pelbagai pendekatan telah diterokai. Antaranya, satu sebatian polifenol semulajadi yang dikenali sebagai Resveratrol telah menarik perhatian saintis dan pengamal perubatan.

Resveratrol adalah antioksidan kuat yang banyak ditemui dalam kulit anggur merah, beri, dan kacang tanah merah.

Bagaimana Resveratrol boleh membantu wanita dengan PCOS? Kajian awal dan penyelidikan yang sedang berlangsung menunjukkan potensi resveratrol dalam beberapa aspek penting:

  1. Membetulkan Keseimbangan Hormon: Resveratrol dipercayai mempunyai keupayaan untuk memodulasi sistem endokrin, membantu menyeimbangkan hormon-hormon yang terlibat dalam kitaran haid dan ovulasi. Ini adalah langkah kritikal dalam memulihkan fungsi ovari yang normal.
  2. Menurunkan Hormon Androgen (Testosteron): Salah satu penemuan paling menarik adalah kesannya terhadap paras androgen. Kajian penting yang dibentangkan oleh Endocrine Society pada tahun 2016 mendedahkan bahawa resveratrol didapati dapat menurunkan paras hormon androgen pada wanita dengan PCOS. Ini adalah berita baik, kerana penurunan androgen boleh mengurangkan gejala seperti hirsutisme dan jerawat, dan yang lebih penting, ia boleh membantu memulihkan ovulasi yang sihat.
  3. Menyokong Kesihatan Ovari: Dengan menyeimbangkan hormon dan mengurangkan kesan negatif androgen, resveratrol boleh membantu mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk ovari berfungsi dengan baik. Ini berpotensi untuk meningkatkan peluang ovulasi yang teratur dan dengan itu, meningkatkan kesuburan.
  4. Meningkatkan Sensitiviti Insulin: Sesetengah kajian juga mencadangkan bahawa resveratrol mungkin mempunyai peranan dalam meningkatkan sensitiviti insulin, yang sering terjejas pada wanita dengan PCOS. Ini penting kerana resistansi insulin boleh memburukkan lagi ketidakseimbangan hormon dan gejala PCOS.

Vivix Shaklee Membantu Wanita PCOS Berjaya Hamil

VIVIX SHAKLEE DIPERBUAT DARI BUAH RARE

Vivix ni diperbuat daripada ekstrak anggur. Tapi bukan sebarang anggur tau, macam yang kita selalu jumpa dekat kedai-kedai buah tu.

Anggur yang digunakan tu adalah dipanggil sebagai muscadine.

Muscadine dengan anggur yang biasa kita tengok tu ni ada banyak beza.

Tekstur buahnya lebih lembut. Rasanya lebih manis. Dan buah ni juga tak banyak ditanam seperti anggur biasa tu.

Selain tu, anggur muscadine ni juga mempunyai kandungan konsentrasi ellagitannin dan asid elagik lebih tinggi berbanding anggur biasa.

Apa benda tu?

Ellagitannin ni adalah sejenis unsur di dalam anggur yang tubuh akan tukarkan menjadi asid elagik.

Asid elagik ni merupakan sejenis polifenol yang sangat powerful. Dan ia pula merupakan bahan anti-oksidan yang membantu membina kesihatan.

Menurut laman web Healthline, antara kebaikan asid elagik adalah berpotensi menjadi anti-radang dan juga melawan unsur-unsur kanser.

Selain tu, anggur muscadine juga mengandungi resveratrol yang sangat tinggi berbanding anggur lain.

Resveratrol ini biasanya terdapat pada kulit anggur. Dan ia juga bersifat antioksidan.

Dek kerana anggur muscadine ini mengandungi antioksidan yang tinggi, buah berkenaan sukar untuk dijangkiti penyakit dan diserang serangga. Tak seperti buah-buahan lain.

Sebab itu tak hairanlah ramai wanita PCOS sudah cuba Vivix Shaklee dan akhirnya bukan hanya membantu PCOS sahaja malah mereka wanita hebat berjaya hamil setelah amalkan Vivix Shaklee.

Testimoni Wanita PCOS Berjaya Hamil:

MACAM MANA NAK BELI VIVIX SHAKLEE?

vivix shaklee
Aisah sendiri pengguna Vivix Shaklee untuk membantu dalam pengekalan berat badan dan juga memperlahankan penuaan kulit.

Jika anda mementingkan penampilan, tenaga serta kesihatan terus dari dalam, anda boleh mencuba menggunakan Vivix Shaklee.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/NakVivix

www.wasap.my/60176477837/NakVivix

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ daripada pembelian produk Vivix Shaklee.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Vivix Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Puchong – COD Shaklee Puchong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *