Anak Di Asrama Kerap Penat Tak Ada Tenaga, Boleh Cuba Buat Ini

Anak Di Asrama Kerap Penat Tak Ada Tenaga, Boleh Cuba Buat Ini

“Mak, abang selalu penat sangat bila duduk asrama ni.”

“Ibu, sejak adik dekat asrama ni selalu rasa badan tak bermaya je.”

Ini adalah contoh beberapa keluhan yang mungkin ibu-ibu sering dapat daripada anak-anak bersekolah di asrama.

Mungkin ada ibu-ibu juga menerima komen daripada cikgu-cikgu yang anak selalu terlelap di dalam kelas atau juga semasa program dan aktiviti dijalankan.

Apabila mereka pulang ke rumah saja, asyik nak tidur lama-lama di dalam bilik.

Dan selalunya, belum sampai rumah pun mereka dah terlelap. Baru naik kereta 5 minit, anak-anak ni dah berdengkur di kerusi belakang.

Kita yang di depan ni baru nak buka mulut dengan mereka, terus rasa macam bercakap seorang diri.

Haish. Inilah ragam anak bersekolah di asrama kan.

Macam mana Aisah tahu? Sebab Aisah sendiri pun ada anak yang belajar di sekolah berasrama.

budak anak asrama letih penat lesu vitamin

KENAPA ANAK KITA SELALU MENGADU PENAT DI ASRAMA?

Tak dinafikan, anak-anak kita yang bergelut dengan rasa penat, letih, lesu sehingga membawa kepada terlalu mengantuk ini boleh memberi kesan sampingan.

Antaranya, mereka menjadi kurang fokus terhadap waktu pembelajaran. Tertidur semasa di dalam kelas. Dan pastinya sentiasa kena tegur dengan cikgu-cikgu dan juga rakan-rakan.

Selain itu, situasi ini juga boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh mereka. Dan ini membuatkan mereka mudah untuk jatuh sakit, seperti demam, selesema, dan sebagainya.

Berikut antara sebab yang biasanya membuatkan anak-anak sekolah berasrama rasa penat dan lesu.

Faktor Penat #1: Kurang Tidur

Jumlah jam tidur yang disyorkan oleh pakar kesihatan bagi mereka yang berumur 13-18 tahun adalah sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Namun, untuk mendapat 8 jam tidur di asrama, terutamanya pada hari persekolahan adalah agak susah. Maka, tak hairanlah ada di kalangan anda mungkin merengek letih-letih.

Ini kerana kebiasaanya waktu mereka masuk tidur (atau dalam bahasa asramanya, light off) agak lewat iaitu sekitar 10.30-11.30 malam, bergantung kepada peraturan tiap sekolah.

Dan selepas light-off pun belum tentu mereka akan melelapkan mata. Ada yang masih aktif berborak (suatu perkara kebiasaan bila dah duduk ramai-ramai). Ataupun menyiapkan tugasan yang tertangguh dan belajar.

Selain itu, mereka juga perlu untuk bangun awal, sekitar 4.30 -5.30 pagi juga (bergantung kepada tiap sekolah) untuk bersiap memulakan jadual harian.

Dan ada juga yang memilih untuk bangun lebih awal untuk elakkan situasi berebut bilik air dan menunggu lama-lama giliran.

Faktor Penat #2: Gangguan Emosi

budak anak asrama letih penat lesu vitamin

Kehidupan di asrama bukanlah mudah, terutamanya di dalam menguruskan emosi. Ini membuatkan sesetengah anak anda mengalami emotionally drained sehingga mereka cepat letih dan tak ada tenaga..

Ada anak-anak yang mengambil masa yang singkat untuk menyesuaikan keadaan diri di asrama.

Tetapi ada juga yang memakan masa berbulan-bulan. Dan jangan hairan, ada juga yang dah habis setahun di asrama pun masih bergelut.

Sebabnya mereka dibebani dengan perasaan ‘homesick‘, atau juga kegelisahan akibat berjauhan dengan keluarga.

Perkara-perkara sebegini yang boleh memberi tekanan kepada anak-anak. Jika ia menjadi berlebihan dan berpanjangan, ia membuatkan peningkatan kortisol dan adrenalin.

Keadaan ini mengurangkan tenaga dalam diri anak-anak dan menyebabkan mereka mudah letih sepanjang hari.

Tambahan pula, selalunya mereka yang ada masalah sebegini juga mengalami gangguan tidur. Asyik berjaga di tengah malam atau sukar untuk melelapkan mata.

Ini menambahkan lagi kepenatan anak-anak yang mengalaminya.

Faktor Penat #3: Sibuk Dengan Aktiviti Harian

Bagi sesetengah asrama, jadual mereka agak padat.

Jika di sekolah berasaskan tahfiz, mereka ada sesi hafalan sebelum masuk waktu Subuh lagi. Dan ada juga sekolah yang menyediakan aktiviti kerohanian sebelum Subuh kepada pelajarnya.

Selepas waktu persekolahan biasa, mereka ada prep, kelas tambahan, masuk ke studio seni (kebiasaan bagi sekolah seni) atau aktiviti kokurikulum.

Ada sekolah yang mewajibkan pelajarnya beriadah, membuat aktiviti fizikal atau juga latihan-latihan persediaan mewakili sekolah ke pertandingan.

Di malamnya pula bersambung sesi prep atau kelas tambahan.

Jadi, mana-mana anak-anak yang masih belum terbiasa dengan jadual sebegini, mereka akan rasa cepat penat.

Dan, bukan itu saja. Ada juga sekolah berasrama ni terlalu besar kawasannya.

Pelajar-pelajar perlu berjalan kaki jauh dari blok asrama ke blok sekolah, atau juga nak ke padang dan gelanggang sukan.

Jika anak kurang stamina, itu yang ada merungut mereka cepat penat, letih dan lesu.

SUPPLEMENT ATAU MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ANAK DI ASRAMA

Untuk anak Aisah yang berada di asrama, Aisah memang sentiasa bekalkannya dengan beberapa suplemen atau makanan tambahan.

Ini untuk membantu menambahkan tenaganya untuk melalui kehidupan seharian di asrama.

Antara suplemen dan makanan tambahan untuk anak di asrama yang Aisah berikan adalah seperti berikut dan sebab di sebaliknya,

1. Vitamin B Complex

budak anak asrama letih penat lesu vitamin

Pertama, Aisah minta anak ambil vitamin B Complex Shaklee. Selalunya, dia ambil pada waktu pagi sebelum ke sekolah.

Salah satu fungsi vitamin B adalah menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga untuk kegunaan tisu sel-sel badan.

Selain tu, vitamin B juga membantu untuk pembentukan sel-sel darah merah baru. Sel darah merah ni sangat penting tau dalam sistem badan kita. Ini kerana sel ini yang membawa oksigen ke tisu sel di seluruh badan kita.

Kemudian tisu-tisu kita ini akan menukarkan oksigen tu kepada tenaga.

Sekiranya, anak anda tak boleh telan B Complex, mereka boleh ambil multivitamin Vita-Lea Shaklee sebagai alternatif. Sebab dalam tu pun ada vitamin B juga.

2. Minyak Ikan OmegaGuard

budak anak asrama letih penat lesu vitamin

Minyak ikan pun antara suplemen yang Aisah minta anak makan setiap hari di asrama.

Kebiasaannya, ramai orang mengsinonimkan minyak ikan ini bagus untuk minda atau memori. Kiranya, nak bagi anak jadi lebih cekap dalam pelajaran.

Ya, itu memang betul. Dalam masa sama, minyak ikan juga bagus untuk anak-anak yang mungkin mudah terganggu emosinya.

Sebab, ianya membantu untuk mengurangkan keradangan akibat tekanan dan juga paras kortisol yang terhasil daripada stres.

3. Minuman ESP

minuman esp bantu beri tenaga anak penat letih lesu di asrama

ESP ni adalah singkatan kepada Energized Soy Protein.

Jadi, seperti namanya, minuman ini untuk membantu untuk menambahkan tenaga kepada anak saya.

Pagi-pagi saya minta dia bancuh dengan air suam sahaja sebagai salah satu menu sarapannya (di samping dia makan menu sarapan dewan makan).

Kalau terlepas waktu pagi, dia boleh ambil semasa waktu tengah hari atau makan petang.

Dan satu lagi kebaikan ESP ni adalah membantu untuk anak saya elakkan gastrik. Sebab salah satu punca gastrik ni berlaku adalah disebabkan stres atau bahasa orang yang selalu guna sekarang, jiwa kacau.

Selain itu juga, dia membantu untuk kulit muka anak saya jadi lebih sihat, terutamanya bila alam remaja ni. Yalah, masa ini berlakunya perubahan hormon yang jadikan ramai anak remaja kita jadi berjerawat.

NAK BANTUAN SUPAYA ANAK KURANG PENAT?

Jika anda perlukan bantuan untuk mengatasi masalah kerap letih lesu sehingga mengganggu urusan seharian anda, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakAsrama

www.wasap.my/60176477837/VitaminAnakAsrama

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

One thought on “Anak Di Asrama Kerap Penat Tak Ada Tenaga, Boleh Cuba Buat Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *