Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Rasa Pedih Perut Nak Mati, Ketahui 5 Punca Gastrik

Rasa Pedih Perut Nak Mati, Ketahui 5 Punca Gastrik

Perut terasa seperti dicucuk-cucuk beribu duri. Pedihnya bukan sebarangan. Segala kerja terus terhenti.

Dalam masa yang sama, perut terasa kembung dan bergas atau berangin. Tekak terasa macam mual-mual hendak muntah.

Dan untuk segelintir orang, badannya tiba-tiba berpeluh. Dan ada juga yang macam tak cukup nafas apabila diserang gastrik.

Apakah sebenarnya punca seseorang itu terkena gastrik?

APAKAH ITU GASTRIK?

tanda gastrik punca gastrik

Sebelum itu, Aisyah terangkan serba sedikit tentang gastrik ni. Ini supaya anda boleh faham latar belakang penyakit ni.

Sebenarnya dalam dunia perubatan, gastrik ni bukanlah penyakit. Haaa. Sebenarnya ianya adalah perut. Organ badan kita.

Sebaliknya, penyakit sedemikian dikenali sebagai gastritis.

“Tapi kenapa bila jumpa doktor dia tetap cakap gastrik, bukan gastritis?” Mungkin ada yang tertanya perkara ni kan.

Sebabnya perkataan gastrik tu dah digunakan secara meluas dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat Malaysia.

Jadi, pegawai perubatan, sama ada doktor, jururawat atau ahli farmasi akan gunakan perkataan gastrik bila berbicara dengan anda. Ini bagi memudahkan kefahaman komunikasi.

Harap anda jelas ya setakat ini.

Secara umumnya, gastrik terjadi apabila lapisan lembut permukaan (mukosa) dalam perut anda mengalami keradangan atau inflamasi (inflammation).

Lapisan ini berfungsi untuk melindungi dinding perut anda ya. Bila lapisan ini mengalami keradangan, cecair perut yang mempunyai keasidan tinggi akan mengenai dinding perut.

Dan itulah yang membuatkan anda berasa perut sudah meragam.

TANDA-TANDA GASTRIK

Menurut laman web kesihatan terkenal, Hello Doktor, antara tanda-tanda seseorang itu terkena gastrik atau gastritis adalah seperti berikut;

  • Rasa sakit perut seperti mencucuk atau rasa terbakar
  • Perut terasa kembung, atau berangin
  • Rasa mual-mual atau loya
  • Pening dan muntah
  • Hilang selera makan
  • Pedih hulu hati
  • Najis menjadi warna hitam atau gelap.

Maka tak hairanlah, sakit gastrik ni boleh buat seseorang itu rasa merana dan serba tak kena jadinya.

APAKAH FAKTOR SAKIT GASTRIK?

Gastrik boleh terjadi atas beberapa faktor. Anda boleh ikutinya sehingga habis di bawah ini.

Punca Gastrik #1: Faktor Usia

tanda gastrik punca gastrik

Mereka yang berusia lebih berisiko untuk sering diserang gastrik berbanding mereka yang lebih muda. Ini disebabkan lapisan permukaan perut anda yang semakin menipis seiring dengan pertambahan umur.

Punca Gastrik #2: Tabiat Merokok

Rokok mempunyai pelbagai bahan kimia tidak sihat yang boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut anda sekali gus melemahkan sistem imunisasi perut.

Selain daripada itu, bahan kimia dalam rokok juga boleh mencetuskan keradangan atau inflamasi terhadap sel-sel badan anda. Maka sebaiknya, anda jauhilah tabiat merokok dan juga terhidu asap rokok.

Punca Gastrik #3: Pengambilan Alkohol Berlebihan

Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan juga boleh mendatangkan masalah gastrik.

Ini kerana minuman beralkohol ini dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut anda, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid.

Punca Gastrik #4: Stres dan Tekanan Perasaan

punca gastrik

Jika anda stres melampau atau mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan, ini boleh menyumbang kepada gastrik.

Sebabnya, keadaan tekanan seperti itu membuatkan badan mengalihkan aliran darah dari sistem penghadaman anda ke bahagian organ penting yang lain.

Kesannya, ia menurunkan sistem pertahanan perut dan mendedahkannya kepada asid perut.

Punca Gastrik #5: Jangkitan Bakteria

Anda juga boleh terkena penyakit gastrik akibat jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori). Ianya tersebar melalui pengambilan makanan yang tercemar dengan bakteria tersebut.

MINUMAN UNTUK BANTU REDAKAN GASTRIK

esp shaklee tanda gastrik punca gastrik

Antara minuman yang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik adalah ESP Shaklee.

ESP Shaklee mempunyai kandungan protein daripada tumbuhan yang tinggi. Ianya dapat membantu sistem pencernaan anda bekerja dengan lebih baik.

Dalam masa yang sama, ESP Shaklee juga boleh menggantikan susu. Dan ianya bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak lapisan mukosa perut yang terjadi akibat keradangan.

Penyediaannya mudah sahaja. Hanya bancuh dengan air kosong dan boleh terus minum. Cepat sangat.

TESTIMONI ESP SHAKLEE BANTU CARA HILANGKAN GASTRIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK ESP SHAKLEE BAGI BANTU SELESAIKAN MASALAH GASTRIK ANDA?

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee

https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?