Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Kenali Tanda-Tanda Gastrik & Bezanya Dengan Sakit Perut Biasa

Kenali Tanda-Tanda Gastrik & Bezanya Dengan Sakit Perut Biasa

Bayangkan senario ini. Kita mungkin sedang melakukan sesuatu aktiviti harian, contohnya bekerja. Tiba-tiba kita rasa perut sakit yang teramat.

Terasa macam ada benda tajam sedang mencucuk-cucuk perut kita. Padahal sebelum tu elok saja. Perkara pertama yang terlintas pastinya apakah makanan terakhir yang kita ambil.

Kemudian, baru kita fikir. Gastrik kah atau sakit perut akibat keracunan makanan?

Dalam artikel kali ni, Aisah akan terangkan tanda-tanda gastrik supaya anda mempunyai sedikit gambaran asas untuk membezakan di antara kedua-dua penyakit ini.

GASTRIK VS KERACUNAN MAKANAN

Sebelum kita pergi jauh, Aisah nak ajak anda untuk memahami serba sedikit latar belakang tentang kedua-dua penyakit ini.

Walaupun kita selalu sebut sakit gastrik, tetapi dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai gastritis. Sebabnya gastrik di dalam perubatan membawa maksud sebagai perut.

Tetapi kalau anda jumpa pegawai perubatan, terma gastrik tetap digunakan sebab ianya dah jadi kebiasaan di kalangan masyarakat.

Ini untuk memudahkan kefahaman masyarakat. Tak lah masyarakat terkeliru pula nanti kan.

tanda gastrik

Secara umumnya, gastrik terjadi apabila lapisan lembut permukaan (mukosa) dalam perut anda mengalami keradangan atau inflamasi (inflammation).

Lapisan ni berfungsi untuk melindungi dinding perut anda tau. Bila lapisan ni mengalami keradangan, cecair perut yang mempunyai keasidan tinggi akan mengenai dinding perut.

Dan itulah yang membuatkan anda berasa perut sudah meragam.

Keracunan makanan pula dikenali sebagai gastroenteritis di dalam bidang perubatan. Penyakit ni terjadi disebabkan oleh keradangan yang berlaku pada perut dan juga usus anda akibat jangkitan.

Haaa, ada beza sikit kan.

Jangkitan ini disebabkan mikroorganisma seperti bakteria dan virus yang tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar.

Ini boleh membawa anda kepada sakit perut, mual-mual atau loya dan pening kepala. Dan anda juga boleh mengalami cirit birit dan muntah-muntah.

Cirit birit dan muntah-muntah ni boleh membuatkan anda kehilangan banyak cecair bendalir dalam badan.

Seterusnya, ia merisikokan anda untuk menjadi terdehidrasi (dehydration), di mana anda berasa kering pada mulut, bibir dan juga haus.

GOLONGAN BERISIKO UNTUK GASTRIK

Semakin anda meningkat usia, anda berisiko untuk mengalami gastrik. Ini disebabkan lapisan permukaan perut anda yang semakin menipis seiring dengan pertambahan umur.

Walau bagaimanapun, ini tak bermakna orang-orang muda tak akan mengalami gastrik ya.

Antara penyebab seseorang itu menghadapi masalah gastrik adalah gaya hidup mereka sendiri. Salah satu daripadanya adalah rokok dan vape.

Bagi perokok atau juga bukan perokok tetapi sering terdedah dengan asap, anda berisiko untuk mengalami gastrik.

Ini kerana asap rokok mempunyai banyak kandungan kimia yang berbahaya. Dan apabila ia masuk ke dalam tubuh kita, ia berpotensi untuk mencetuskan pelbagai keradangan, termasuklah pada lapisan perut anda.

Selain itu, berjaga-jaga jikalau anda merupakan golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol.

Pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan masalah gastrik. Sebabnya, alkohol ni mampu mendatangkan kerengsaan dan mengikis lapisan perut, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada asid. 

Di samping itu juga, menurut laman web Kesihatan, Hello Doktor, faktor-faktor berikut boleh membawa kepada masalah gastrik;

  • Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) melalui makanan yang tercemar.
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu jenis NSAIDS secara kerap seperti ibuprofen, aspirin.
  • Tidak makan mengikut waktu yang sepatutnya.
  • Pengambilan makanan tertentu secara kerap, seperti makanan pedas, dan berasid tinggi.

TANDA-TANDA GASTRIK

Setiap individu mungkin mengalami tanda gastrik yang berbeza.

Berikut merupakan antara tanda-tanda anda mungkin mengalami gastrik dan bukannya sakit perut biasa seperti keracunan makanan;

Tanda-Tanda Gastrik #1: Sakit Perut

Salah satu tanda gastritis yang paling biasa ialah sakit perut yang seperti mencucuk-cucuk.

Kesakitan ini mungkin menjadi lebih kuat apabila perut anda kosong atau selepas mengambil makanan dan minuman tertentu yang boleh mencetuskan kerengsaan.

Tanda-Tanda Gastrik #2: Perut kembung atau bergas

Perut kembung terjadi apabila perut mengeluarkan asid penghadaman secara berlebihan kerana kerosakan saraf pada bahagian dalaman dinding perut.

Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Ia akhirnya mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung. 

Oleh sebab itu, anda akan berasa seperti mahu bersendawa atau juga kentut.

Tanda-Tanda Gastrik #3: Mual, Loya Atau Muntah-Muntah

Gastrik juga boleh menyebabkan anda seperti rasa mual dan loya. Dan ini juga boleh membuatkan anda muntah.

Ini berlaku disebabkan keradangan pada lapisan perut yang boleh mengganggu proses pencernaan normal, lalu menyebabkan ketidakselesaan dan keinginan untuk muntah.

Tanda-Tanda Gastrik #4: Sakit Pedih Ulu Hati

Gastrik boleh menyebabkan anda mengalami pedih ulu hati atau refluks asid. Ini disebabkan oleh keradangan yang boleh menyebabkan asid perut mengalir kembali ke esofagus.

Tanda-Tanda Gastrik #5: Hilang Selera Makan

tanda gastrik

Satu lagi tanda gastrik yang anda boleh perhatikan ialah hilang selera makan atau rasa cepat kenyang selepas mula makan.

Ini berlaku kerana lapisan perut yang meradang mungkin mengalami kesukaran memproses makanan dan mengembang untuk menampung kuantiti yang lebih besar.

Tanda-Tanda Gastrik #6: Najis Jadi Hitam atau Warna Gelap

Dalam kes gastritis yang lebih teruk, keradangan boleh menyebabkan pendarahan pada lapisan perut.

Ini boleh mengakibatkan najis anda menjadi berwarna hitam atau gelap, yang merupakan tanda darah tercerna dalam saluran gastrousus.

MINUMAN UNTUK BANTU REDAKAN GASTRIK

esp shaklee tanda gastrik

Antara minuman yang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik adalah ESP Shaklee.

ESP Shaklee mempunyai kandungan protein daripada tumbuhan yang tinggi. Ianya dapat membantu sistem pencernaan anda bekerja dengan lebih baik.

Dalam masa yang sama, ESP Shaklee juga boleh menggantikan susu. Dan ianya bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak lapisan mukosa perut yang terjadi akibat keradangan.

Penyediaannya mudah sahaja. Hanya bancuh dengan air kosong dan boleh terus minum. Cepat sangat.

TESTIMONI ESP SHAKLEE BANTU CARA HILANGKAN GASTRIK

MACAM MANA NAK BELI PRODUK ESP SHAKLEE?

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/NakESPShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakESPShaklee

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?