Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Susu Untuk Gastrik, Boleh Legakan Kesakitan Pada Perut?

Susu Untuk Gastrik, Boleh Legakan Kesakitan Pada Perut?

Susu untuk gastrik. Saya percaya ada di kalangan pembaca yang apabila mengalami kesakitan gastrik, anda mungkin akan memilih untuk mengambil susu.

Atau mungkin anda risau terkena gastrik seperti sebelumnya. Dalam masa yang sama, anda tak sempat nak bersarapan. Jadi, anda merasakan meminum segelas susu mungkin boleh membantu.

Namun sejauh mana kah kebenarannya?

Ok, untuk artikel blog kali ni, saya akan kupaskannya berdasarkan pengetahuan saya di dalam bidang kejururawatan sebelum ni.

KENAPA GASTRIK BOLEH BERLAKU?

sakit gastrik puasa susu untuk gastrik

Di kalangan rakyat Malaysia, biasanya ramai menganggap gastrik ini berlaku sebab tak makan. Walau bagaimanapun, penyakit gastrik ini terjadi lebih daripada sekadar itu.

Secara umumnya, gastrik terjadi apabila lapisan lembut permukaan (mukosa) dalam perut anda mengalami keradangan atau inflamasi (inflammation).

Lapisan ni berfungsi untuk melindungi dinding perut anda tau. Bila lapisan ni mengalami keradangan, cecair perut yang mempunyai keasidan tinggi akan mengenai dinding perut.

Dan itulah yang membuatkan anda berasa perut sudah meragam.

Keradangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor;

  • Tabiat merokok
  • Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan
  • Minuman berkafein tinggi seperti kopi secara berlebihan
  • Pengambilan makanan yang boleh mencetuskan keradangan seperti pedas dan berasid
  • Penggunaan ubat-ubatan tertentu secara berterusan atau berpanjangan
  • Jadual pemakanan tidak tetap
  • Stress atau tekanan perasaan
  • Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) melalui makanan yang tercemar

Jadi, berbalik kepada persoalan, adakah susu boleh diambil untuk menjauhkan diri dari gastrik.

MINUM SUSU UNTUK GASTRIK?

susu untuk gastrik

Bagi mereka yang tiada masalah intoleransi laktosa, susu lembu mungkin pernah menjadi sebahagian daripada sejarah pemakanan mereka.

Ramai yang merasakan meminum susu dapat memberi kekenyangan pantas. Atau dalam kata lain perut terasa terisi dengan cepat. Lebih-lebih lagi bagi susu penuh krim.

Jadi, sebab itu timbulnya fikiran untuk mengambil susu sebagai jalan untuk mengelakkan gastrik. Lebih-lebih lagi susu kelihatan rasanya (‘flavour‘) tidak berasidik, seperti jus buah-buahan sitrus.

Secara umumnya, susu adalah makanan yang berasidik sangat sedikit atau rendah. Memang tak dinafikan meminum susu boleh memberikan kelegaan kepada gastrik secara sementara.

Ini kerana lemak di dalam susu membantu untuk menyalutkan permukaan esofagus dan juga perut kita.

Walau bagaimanapun, ada kajian menunjukkan, susu (sama ada susu ditinkan, dipasteurkan) merupakan sejenis makanan merangsang asid (‘acid-forming food‘).

Akibatnya, susu akan bertindak balas dengan membuatkan perut kita merembeskan lebih banyak asid. Dan ini membuatkan simptom gastrik menjadi lebih teruk selepas kelegaan sementara tersebut.

ALTERNATIF KEPADA MINUM SUSU UNTUK GASTRIK

esp shaklee tanda gastrik susu untuk gastrik

Antara minuman yang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik adalah ESP Shaklee.

ESP Shaklee mempunyai kandungan protein daripada tumbuhan soya yang tinggi. Ianya dapat membantu sistem pencernaan anda bekerja dengan lebih baik.

Dan ianya bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak lapisan mukosa perut yang terjadi akibat keradangan.

Penyediaannya mudah sahaja. Hanya bancuh dengan air kosong dan boleh terus minum. Cepat sangat.

TESTIMONI ESP SHAKLEE BANTU CARA HILANGKAN GASTRIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK ESP SHAKLEE BAGI BANTU SELESAIKAN MASALAH GASTRIK ANDA?

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/0176477837/NakESPShaklee

www.wasap.my/0176477837/NakESPShaklee

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?