Kenali Simptom Gastrik Ini Sebelum Anda Terlambat
Apabila sakit mencucuk-cucuk di bahagian perut, adakalanya kita jadi keliru. Adakah ianya kes salah makan ataupun gastrik. Oleh itu, adalah penting untuk kita kenali simptom gastrik.
Ini supaya kita dapat bezakan di antara kedua-dua permasalahan kesihatan ini. Lagi pun ia boleh menyerang kita pada saat yang tak terduga. Sampaikan boleh mengganggu aktiviti seharian kita.
Jadi, untuk artikel Aisah kali ni, jom kita kenali latarbelakang tentang gastrik.
APAKAH ITU GASTRIK?
Walaupun kita selalu sebut sakit gastrik, tetapi dalam bidang perubatan ianya dikenali sebagai gastritis.
Sebabnya gastrik di dalam perubatan membawa maksud lain. Nak tau apa dia? Gastrik tu adalah perut, salah satu organ dalaman kita.
Tetapi kalau anda jumpa pegawai perubatan, perkataan gastrik tetap digunakan semasa konsultasi. Sebab perkataan gastrik ni dah jadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk merujuk kepada penyakit.
Tujuannya adalah untuk memudahkan kefahaman masyarakat. Tak lah masyarakat terkeliru pula nanti kan.
Lapisan ini berfungsi untuk melindungi dinding perut anda ya. Bila lapisan ini mengalami keradangan, cecair perut yang mempunyai keasidan tinggi akan mengenai dinding perut.
Secara semulajadinya, sel-sel perut kita ni menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan.
Kalau anda nak tahu betapa kuatnya asid perut ni, kalau terkena pada kulit tangan anda, ia boleh mengakis. Kuat kan?
Maka sebab itu, sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Dan gastrik terjadi apabila tiada keseimbangan di antara asid hidroklorik yang dihasilkan dengan kekuatan lapisan mukosa.
Ini disebabkan rembesan asid yang terlalu banyak, manakala lapisan mukosa di dalam perut pula melemah dan menipis.
Akhirnya, asid hidroklorik ini tadi akan mengenai dinding perut dan menyebabkan keradangan. Harap jelas ya.
SIMPTOM GASTRIK YANG PERLU ANDA KENALI
Satu perkara yang anda perlu ketahui adalah, seseorang mungkin mengalami simptom gastrik yang berbeza dengan individu yang lain. Tak sama ya.
Dan jangan terkejut jikalau seseorang tu boleh mengalami gastrik tanpa mengalami apa-apa simptom pun.
Menurut laman web kesihatan terkenal, Hello Doktor, antara simptom gastrik yang dialami adalah seperti berikut;
Simptom Gastrik#1: Sakit Perut
Salah satu tanda gastritis yang paling biasa ialah sakit perut. Biasanya anda akan rasa macam terbakar pada bahagian atas abdomen.
Kesakitan ini mungkin menjadi lebih kuat apabila perut anda kosong. Atau juga boleh terjadi selepas anda mengambil makanan dan minuman tertentu yang boleh mencetuskan keradangan.
Simptom Gastrik #2: Mual-Mual, Loya dan Pening
Gastrik juga boleh menyebabkan anda seperti rasa mual dan loya. Dan ini juga boleh membuatkan anda muntah.
Ini berlaku disebabkan keradangan pada lapisan perut yang mengganggu proses pencernaan, dan membuatkan anda rasa tak selesa dan mahu muntah.
Simptom Gastrik#3: Hilang Selera Makan
Satu lagi tanda gastrik yang anda boleh perhatikan ialah hilang selera makan atau rasa cepat kenyang selepas mula makan.
Ini berlaku kerana lapisan perut yang meradang mungkin mengalami kesukaran memproses makanan dan mengembang untuk menampung kuantiti yang lebih besar.
Simptom Gastrik #4: Rasa Perut Kembung
Akibatnya, asid berlebihan ini akan melalui usus dan bertindak balas membentuk gas atau angin dalam perut. Seterusnya, ia mengakibatkan usus dalam perut menjadi tegang dan kembung.
Oleh sebab itu, anda akan berasa seperti mahu bersendawa atau juga kentut. Dan ada kalanya juga anda rasa sedu (hiccups).
Simptom Gastrik #5: Sakit Pedih Ulu Hati
Gastrik boleh menyebabkan anda mengalami pedih ulu hati atau refluks asid. Ini disebabkan oleh keradangan yang boleh menyebabkan asid perut mengalir kembali ke esofagus.
Tanda-Tanda Gastrik #6: Najis Jadi Hitam atau Warna Gelap
Dalam kes gastritis yang lebih teruk, keradangan boleh menyebabkan pendarahan pada lapisan perut.
Ini boleh mengakibatkan najis anda menjadi berwarna hitam atau gelap, yang merupakan tanda darah tercerna dalam saluran gastrousus.
CARA BANTU REDAKAN GASTRIK
1. Minuman ESP
Antara minuman yang dapat membantu anda yang mengalami masalah gastrik adalah ESP Shaklee.
ESP Shaklee mempunyai kandungan protein daripada tumbuhan yang tinggi. Ianya dapat membantu sistem pencernaan anda bekerja dengan lebih baik.
Dalam masa yang sama, ESP Shaklee juga boleh menggantikan susu. Dan ianya bagus untuk bantu membina semula, memulihkan dan menggantikan sel-sel rosak lapisan mukosa perut yang terjadi akibat keradangan.
Penyediaannya sangat mudah sahaja. Anda hanya perlu bancuh dengan air kosong yang suam dan kemudian boleh terus minum. Cepat sangat.
TESTIMONI ESP SHAKLEE SEBAGAI BANTU CARA HILANGKAN GASTRIK
Ramai di kalangan mereka yang pernah mengalami gastrik sudah mengambil ESP sebagai minuman mereka. Dan mereka sudah merasai perubahan dari segi kesihatan yang lebih baik.
MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK ESP SHAKLEE BAGI BANTU SELESAIKAN MASALAH GASTRIK ANDA?
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee
https://www.wasap.my/60176477837/NakESPShaklee
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).