Pengedar Shaklee Subang Jaya

Pengedar Shaklee Terbaik

Si Manja Ruam Panas, Apa Yang Anda Perlu Buat?

Si Manja Ruam Panas, Apa Yang Anda Perlu Buat?

“Aduhai, anak mama habis merah-merah kulit. Ruam panas. Sedihnya, huwaaa.”

Kalau anda perasan, kebelakangan ni cuaca di Malaysia sangat panas. Hujan pun jarang-jarang nak turun.

Bila dah panas macam ni, mulalah anak-anak mudah nak berpeluh.

Dan bila mereka dah berpeluh-peluh tu, mulalah timbul ruam pada kulit mereka. Kulit pun jadi bintik-bintik merah dan timbul rasa gatal.

Kemudian, anak dah mula tergaru-garu tu, keadaan kulit pun makin teruk. Aduh.

Sebelum ni kulit mereka lembut, sedap je kita nak pegang dan sentuh. Aoabila dah asyik kena garu, kulit anak kesayangan kita tu pun jadi kasar dan adakalanya berdarah.

Itu yang kita pun mulalah rasa sayu dan sedih melihat keadaan anak sendiri.

APA ITU RUAM PANAS?

ruam panas

Sebelum tu, biar Aisah terangkan serba sedikit latar belakang mengenai ruam panas. Sekurang-kurangnya, para ibu-ibu dapatlah idea asas mengenai permasalahan ni.

Dalam bahasa Inggerisnya, ianya juga dikenali sebagai heat rash atau prickly heat.

Ruam panas adalah satu masalah kesihatan yang biasa terjadi pada musim cuaca panas. Ya, macam yang kita alami sekarang ni.

Memandangkan negara kita ni dalam iklim khatulistiwa yang jenis panas dan lembap, memang tinggi kebarangkalian anak-anak dapat ruam.

Ruam panas ni terjadi bila peluh anak kecil kita terperangkap di kulitnya.

Satu perkara yang perlu ibu-ibu ketahui adalah, anak-anak kita ni mempunyai kalenjar peluh yang lebih kecil berbanding orang dewasa.

Jadinya, mereka tak mampu nak kawal suhu tubuh. Dan kesannya, mereka lebih mudah terdedah kepada ruam panas berbanding kita yang dewasa ni.

ruam panas

Selain daripada tu, anak kecil terutamanya bayi ni dipakaikan pakaian berlapis. Ini membuatkan pakaian yang meliputi badan mereka jadi tebal.

Antaranya seperti bedung dan lampin. Kesannya, mereka lebih mudah mendapat ruam semasa cuaca panas.

Selain dari itu, mungkin ada di kalangan anak-anak anda jenis yang aktif. Melompat sana, memanjat sini. Asyik nak berlari je.

Mereka ni juga boleh mudah mendapat ruam sebab tinggi keberangkalian untuk berpeluh.

TANDA-TANDA RUAM PANAS

Macam mana kita nak tahu rupa ruam panas ni?

Ok. Ianya kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah.

Tompok-tompok ruam ni biasanya kita boleh nampak pada pipi, bawah leher, dagu, badan dan bahagian pelipat-pelipat mereka.

Memetik laman web kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, di antara tanda-tanda dan gejala yang biasa adalah:

  • Bahagian kulit menjadi merah,
  • Kegatalan, dan ianya boleh menjadi terasa macam mencucuk-cucuk,
  • Tompok merah kecil kerap berlaku pada bahagian badan yang dilindingi pakaian.

Bila dah banyak ruam panas keluar tu mulalah para mak, mama, ibu, umi semua jadi susah hati kan.

Tengok pula si anak asyik nak menggaru sepanjang hari. Ketika tidur pun mereka sibuk menggaru. Sampaikan terganggu kualiti tidur mereka.

Kesian….

ruam panas

APA YANG IBU-IBU BOLEH LAKUKAN?

Okay, ibu-ibu jangan panik ya.

Pertama sekali, Aisah ingin beritahu pada ibu-ibu semua, secara asasnya ruam panas ini tidak akan berjangkit.

Benda ni kena jelas ya. Sebab ada kepercayaan di dalam kalangan masyarakat yang ianya boleh berjangkit, terutamanya menerusi sentuhan.

Jadinya, kalau salah seorang anak anda terkena ruam, dan kemudian dia bermain atau bersentuhan dengan adik beradik lain, ianya tak jadi masalah.

Cuma yang perlu dibimbangkan adalah jika anak anda tersebut kerap menggaru sehingga ianya luka dan berparut. Sebab keadaan ni boleh mengakibatkan kulit anak anda jadi berkudis.

Sebagai langkah pencegahan, ibu-ibu boleh buat perkara ini untuk si manja anda ketika cuaca panas yang melanda kita sekarang ini;

  • pasang pendingin hawa di rumah bagi mengurangkan kepanasan dan lembap,
  • pasang kipas angin untuk menyejukkan badan dan mengurangkan peluh,
  • pakai pakaian yang longgar, nipis dan mudah menyerap peluh,
  • kerap mandi,
  • sapu krim losyen kulit yang sesuai yang boleh membantu mengurangkan ruam panas, dan melegakan kegatalan pada kulit.

KRIM LOSYEN HERBAL BLEND BANTU MASALAH RUAM ANAK ANDA

Salah satu krim losyen kulit yang ibu-ibu boleh gunakan bagi membantu masalah ruam bagi si manja anda adalah Herbal Blend.

Ia bukan saja membantu mengurangkan kegatalan pada kulit. Malah, krim Herbal Blend ni juga membantu memberi kelembapan semula kepada kulit yang kasar berparut akibat ruam.

Secara tak langsung, krim Herbal Blend ini juga membantu melembutkan kembali kulit anak anda.

Mungkin ada di kalangan ibu-ibu bertanya, “krim ni melekit-lekit tak?”

Ok, Aisah faham. Mungkin ada di kalangan anak-anak kita yang kurang selesa bila sesuatu krim losyen tu membuatkan anak rasa kulitnya macam melekit dan berminyak.

Kalau ibu-ibu sapukan Herbal Blend ni pada kulit mereka, ianya tidak akan meninggalkan kesan sebegitu. Tak berminyak. Tak melekit.

Dan dia hampir tidak meninggalkan apa-apa bau sekalipun pada kulit anak. Memang semulajadi.

MACAM MANA NAK DAPATKAN HERBAL BLEND UNTUK SI MANJA ANDA?

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

https://www.wasap.my/60176477837/NakHerbalBlend

https://www.wasap.my/60176477837/NakHerbalBlend

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).

Leave a Reply

Open chat
Hai Boleh Saya Bantu?