Apa Pemakanan Keperluan Bagi Wanita Mengandung?

Apa Pemakanan Keperluan Bagi Wanita Mengandung?

Disahkan hamil merupakan satu detik yang indah bagi ibu-ibu. Dalam masa yang sama bermacam-macam perasaan timbul.

Gembira. Teruja. Risau. Atau bimbang.

Yalah, pastinya ibu-ibu mahu kandungan yang dibawa untuk 9 bulan mendatang selamat dilahirkan dengan sihat.

Dan antara perkara yang sering kali dititikberatkan semasa mengandung adalah diet pemakanan seharian.

Pastinya ini mendatangkan pelbagai persoalan di dalam minda, terutamanya bagi mereka yang pertama kali mengandung.

Apa yang boleh makan? Berapa kali kena makan sehari?

Apa yang digalakkan untuk makan? Apa perlu dielakkan makan?

Untuk artikel kali ni, Aisyah nak berkongsi dengan anda semua tentang beberapa fakta pemakanan untuk wanita mengandung.

KENAPA PENTING WANITA MENGANDUNG JAGA PEMAKANAN?

pemakanan diet wanita mengandung hamil

Pengambilan pemakanan yang mengandungi nutrient yang betul dapat membantu perkembangan bayi dalam kandungan yang baik.

Apabila mengandung, janin mendapat nutrisi secara tak langsung daripada pemakanan harian anda.

Selain tu, kita nak elakkan sebarang komplikasi terhadap bayi yang dikandung.

Dalam masa yang sama, ibu yang mengandung juga berisiko untuk terdedah dengan pelbagai permasalahan kesihatan.

Antaranya, alahan teruk, kekejangan kaki, bengkak kaki, sakit kepala, kencing manis, dan lain-lain lagi.

Ibu mengandung juga lebih mudah dijangkiti penyakit bawaan bakteria dan virus.

Dan bila jatuh sakit, ada ubat-ubatan tertentu tak sesuai diambil oleh ibu mengandung.

Maka, pentingnya penjagaan pemakanan dalam membina kesihatan anda dan anak dikandung.

JADI PERLUKAH WANITA MENGANDUNG MAKAN SEPERTI DUA ORANG?

Tak dinafikan ada ramai wanita jadi mudah lapar masa mengandung. Itu yang timbul rasa asyik nak makan.

Ditambah pula ada orang sekeliling yang nasihatkan ibu-ibu ni makan portion besar. Seperti makan macam untuk dua orang. Katanya, kalau makan sikit nanti saiz bayi akan jadi kecil.

Oopss.

Sebenarnya wanita mengandung ni hanya perlukan pertambahan dalam 200 kalori semasa trimester kedua. Dan sekitar 400 kalori untuk trimester ketiga.

Banyak ke tu?

Kalau 200 kalori tu lebih kurang 2 biji pisang atau segelas susu saja.

Lagi pun sepanjang kita mengandung tu bayi kita ni membesar dari saiz sekecil kacang sampailah sebesar tembikai. Bukan sebesar macam kanak-kanak apatah lagi orang dah dewasa kan.

Jadi, tak ada kebenaran pun yang mengatakan ibu hamil ni kena makan portion untuk 2 orang. Nanti lain pula jadinya.

Kencing manis. Pertambahan berat badan berlebihan. Risiko kelahiran pra-matang.

WANITA MENGANDUNG PERLU MINUM AIR CUKUP

Apabila hamil, wanita mudah berisiko untuk mengalami dehidrasi. Dan ini boleh berisiko untuk beri komplilasi kesihatan pada ibu dan juga kandungan.

Salah satu sebab ibu jadi dehidrasi adalah alahan, iaitu ibu-ibu mungkin seringkali muntah-muntah.

Situasi macam ni membuatkan ibu-ibu kehilangan nutrient dan juga cecair dalam badan.

Semasa kehamilan, air dalam tubuh ibu digunakan untuk membentuk plasenta, yang menyalurkan nutrien pergi kepada bayi anda.

Tubuh anda menggunakan jumlah air yang lebih banyak semasa kehamilan.

Sebab itulah anda perlu jaga pengambilan air seharian supaya cukup.

Haa, tapi anda perlu pilih air yang betul ya. Apa air yang betul tu?

Sebaiknya air kosong lah. Kuantitinya 6-8 gelas sehari, bergantung pada individu.

Elakkan pengambilan minuman manis yang berlebihan. Sebab ia boleh merisikokan kencing manis semasa hamil.

Jika anda seorang coffee lover, kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hadkan kepada secawan saja sehari atau sekitar 200mg.

Sebab kafein juga boleh membuatkan air hilang dari badan anda.

ASID FOLIK PENTING UNTUK WANITA MENGANDUNG

Wanita hamil terdedah dengan risiko Neural Tube Defects (NTDs). NTDs ni adalah kecacatan pada saraf tunjang (spina bifida) dan juga kecacatan pada otak janin bayi.

Kecacatan ni boleh berlaku ketika minggu-minggu awal kehamilan, iaitu semasa sel-sel janin masih berkembang.

Bagi mengurangkan risiko NTDs ni, anda sentiasa disarankan untuk mengambil supplement asid folik setiap hari. Ini terutamanya bagi 12 minggu pertama kehamilan.

Untuk ibu-ibu hamil yang normal, dos asid folik yang diperlukan seharian adalah 400-600 micrograms.

Baca betul-betul ya, micrograms. Singkatannya ‘mcg’.

Elakkan terkonfius pula dengan miligram atau ‘mg’ ya.

@sitiaisahmohdibrahim

Replying to @syira_mutalib26 Berapa dos folic acid (asid folik untuk wanita hamil? Ibu hamil disarankan untuk mengambil asid folik sebanyak 400-600 mcg setiap hari sepanjang kehamilan. Jika ibu mengandung membeli atau mengambil folic acid semasa pregnant, boleh cek pada label suplemen berapa kandungan asid folik tersebut. #folicacid #asidfolik #asidfolikuntukibuhamil #ibuhamil #wanitahamil #ibumengandung #wanitamengandung #tipskehamilan #tipsmengandung #tiktokguru

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

KALSIUM UNTUK ELAK KAKI IBU MENGANDUNG KEJANG

Semasa hamil, bayi dalam kandungan memerlukan kalsium.

Ini bagi membina tulang dan gigi kuat, tumbesaran jantung, saraf, dan otot yang sihat, serta perkembangan degupan jantung yang normal dan keupayaan pembekuan darah.

Jika ibu mengandung tidak mendapat cukup kalsium dalam diet, bayi akan mengambilnya dari tulang ibu. Ini sekali gus boleh menjejaskan kesihatan ibu nanti.

Antara tanda-tanda anda kekurangan kalsium semasa mengandung adalah sering mengalami kekejangan pada otot bahagian kaki.

@sitiaisahmohdibrahim

Replying to @shesecrets_ Kenapa ibu mengandung sakit pinggang saat hamil? Atau selalu kaki cramp ibu mengandung? Pertama sekali kena cek diet ibu mengandung seharian. Adakah ibu-ibu cukup pengambilan kalsium setiap hari? Antaranya adakah wanita hamil minum susu 3-4 gelas sehari? Adakah wanita hamil makan sayur tinggi kalsium seperti brokoli dan kailan setiap hari? Jika tidak, besar kemungkinan ibu-ibu kurang kalsium ketika mengandung. Apabila ibu mengandung, bayi dalam kandungan ambil kalsium daripada ibu untuk proses tumbesaran bayi. Sebab itu kalsium sangat penting untuk wanita hamil. Antara alternatif untuk kurangkan sakit pinggang atau kaki cramp ibu mengandung, boleh ambil pil kalsium mengandung. Macam pengalaman kehamilan saya dulu, saya ambil pil kalsium mengandung ostenutrix. Sebab ostenutrix ada 7 bahan aktif yang bagus untuk kesihatan. Kalsium, magnesium, boron, manganese, vitamin D, copper & zinc. #wanitahamil #wanitamengandung#sakitpinggang #kakicramp #kurangkalsium #minumsusu #dietibuhamil #pemakananibuhamil #ostenutrix #kalsiumibuhamil #ibuhamil #ibumengandung

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kerosakan terhadap gigi ibu-ibu.

Dan untuk kes yang lebih serius, ia boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

OMEGA-3 UNTUK IBU MENGANDUNG

Ada pelbagai kajian menunjukkan kandungan omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA memberi perkembangan positif kepada anda dan juga bayi dalam kandungan.

@sitiaisahmohdibrahim

Kenapa ibu hamil dan mengandung disarankan mengambil minyak ikan (fish oil)? Minyak ikan mengandungi EPA & DHA yang sangat bagus untuk bayi dalam kandungan. EPA & DHA membantu perkembangan otak, saraf dan penglihatan bayi. Selain tu minyak ikan juga membantu membina sistem pertahanan bayi dan ada kajian menyatakan minyak ikan dapat mengurangkan risiko bayi terhadap alahan makanan dan penyakit kulit seperti eczema. #ibuhamil #ibumengandung #jombelajar #tipskesihatan #tipsmengandung #omega3 #fishoil #minyakikan #epa #dha #bayi

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Menurut American Pregnancy Association, omega 3 sangat diperlukan untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi.

Pengambilan omega 3 juga mempunyai kesan positif yang baik terhadap perkembangan kognitif minda bayi yang dikandung.

Selain itu, pengambilan omega 3 oleh ibu-ibu semasa hamil dapat membantu mengurangkan risiko kebarangkalian alahan oleh bayi yang dikandung ketika lahir nanti.

Ini termasuklah dari segi alahan makanan (food allergy) atau juga eczema.

Walaubagaimana pun, pastikan minyak ikan yang dipilih adalah diperbuat daripada tisu ikan. Bukannya hati ikan.

Sebab organ dalaman haiwan seperti hati, paru, jantung, dan lain-lain sangat tinggi dengan kandungan vitamin A.

Untuk pengetahuan anda, vitamin A terdiri daripada dua jenis;

  • Retinol – didapati dari sumber haiwan selalunya organ dalaman
  • Carotenoids – didapati dari sumber tumbuh-tumbuhan

Pengambilan vitamin A yang bersifat retinol yang tersangat tinggi boleh berisiko untuk membahayakan kandungan. Antaranya kecacatan kepada bayi.

SUPPLEMEN ATAU VITAMIN UNTUK WANITA MENGANDUNG

Semasa mengandung anak kedua dan ketiga dahulu, Aisah mengambil beberapa suplemen untuk menyokong kecukupan nutrien.

B Complex, vitamin asid folik Shaklee

asid folik ibu mengandung wanita hamil

Sepanjang mengandung dulu, Aisah ambil vitamin B Complex Shaklee sebagai sumber asid folik.

Aisah suka vitamin ni sebab dia kurang bau yang kuat.

Selain tu, vitamin B Complex Shaklee tak ada sebarang tambahan pewarna pemanis dan pengawet.

Sebabnya ada suplemen asid folik tertentu yang lain mempunyai bahan tambahan.

Dan bahan tambahan inilah yang adakalanya boleh membuatkan kita naik selera makan.

Ostenutrix, supplement kalsium Shaklee

supplement vitamin kalsium wanita mengandung ibu hamil

Aisah jenis tidak suka minum susu. Malah kuantiti sumber kalsium yang Aisah ambil dari sumber lain pun agak rendah.

Jadi, selepas dapat rekomendasi dari doktor, Aisah mengambil supplemen kalsium.

Ostenutrix Shaklee menjadi pilihan saya sebab dia mengandungi 7 nutrien penting di samping kalsium.

Antaranya, vitamin D, magnesium, zink, copper, manganese dan boron yang membantu membina ketumpatan tulang.

Memang dia sangat membantu saya dari mengalami masalah sakit pinggang, mudah letih, sakit kaki, dan lenguh sendi semasa mengandung.

Omega Guard, Minyak Ikan Shaklee

minyak ikan wanita mengandung ibu hamil

Aisah juga mengambil Omega Guard yang merupakan supplement minyak ikan yang dikeluarkan Shaklee.

Sumber ikannya adalah daripada ikan bilis. Dan didatangkan dalam bentuk gel kapsul. Jadi, memang sangat kuranglah bau ikannya.

Omega Guard tinggi kandungan omega 3, DHA dan EPA. Pengambilan 3 biji kapsul OmegaGuard setiap hari membekalkan;

  • 1080 omega 3 fatty acids
  • 540 mg EPA
  • 360 mg DHA

MACAM MANA NAK BELI VITAMIN SHAKLEE?

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu mengandung, anda boleh hubungi Aisah.

Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung

www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *