Bagaimana Cara Makan Asid Folik? Ini Jawapan Mudah Difahami
Macam mana cara makan asid folik ya.
Okey, sebelum saya menjawab persoalan ini saya faham suplemen asid folik ni memang salah satu vitamin yang sangat popular.
Lebih-lebih lagi untuk mereka yang merancang untuk mengandung. Dan juga mereka yang sedang hamil, atau trying to conceive (TTC).
Tak hairanlah ada ramai orang yang dekat luar sana yang mungkin kurang pasti macam mana cara yang paling betul untuk mengambil folic acid ni.
INFO ASAS TENTANG VITAMIN ASID FOLIK
Sebelum menjawab soalan tadi, biarlah Aisyah terangkan serba sedikit dahulu tentang asas berkenaan vitamin.
Vitamin ni terdapat dua jenis satu ialah water soluble iaitu larut air. Manakala satu lagi adalah fat soluble iaitu larut lemak.
Asid folik adalah sejenis vitamin B. Kalau nak lebih khusus lagi ia adalah vitamin B9.
Untuk vitamin B ni, ia tergolong dalam vitamin larut air.
Vitamin jenis ni mudah diserap oleh sel badan. Dan jika ada lebihan, dia akan terus disingkirkan melalui sistem perkumuhan kita. Kebiasaannya air kencing lah.
Jadi, badan kita ni tak menyimpan pun apa-apa lebihan vitamin B yang diambil.
Maka sebab itu kita selalu disarankan untuk mengambil vitamin B ini dalam diet seharian.
FUNGSI ASID FOLIK & MANFAAT KESIHATAN
Antara manfaat asid folik ini adalah dia boleh mengurangkan risiko neural tube defects (NTD) seperti kecacatan tulang belakang (spina bifida) atau kecacatan pada otak.
NTD ini boleh terjadi pada minggu-minggu awal kehamilan. Maksudnya ketika sel-sel janin sedang berkembang.
Selain tu, folic acid ini juga membina sel darah merah dalam badan kita.
Memandangkan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan, sebab itu folic acid ni membantu memberi tenaga.
MACAM MANA CARA MAKAN ASID FOLIK?
Supplemen asid folik ini selalunya didapati dalam bentuk tablet.
Dan kita boleh mengambilnya supplemen ini dengan menelannya bersama air.
Memandangkan vitamin folic acid ini adalah larut air, maka tiada waktu khusus untuk pengambilannya.
Jadi anda boleh mengambil vitamin ni pada bila-bila masa sepanjang hari.
Tak dinafikan doktor akan menasihatkan ibu-ibu mengandung mengambil folic acid pada waktu sarapan pagi.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan ibu-ibu ni daripada terskip mengambil vitamin ni setiap hari.
Walau bagaimanapun, jangan risau kalau anda masih terlupa nak ambil pada waktu pagi. Anda boleh masih boleh ambil lagi sama ada pada waktu tengah hari, petang atau malam.
BERAPAKAH DOS ASID FOLIK BAGI IBU HAMIL?
Asasnya, bagi wanita mengandung dos acid folic yang disarankan adalah 400-600 microgram. Iaitu 0.4-0.5 mg.
Namun, dos lebih tinggi selalunya akan diberikan kepada ibu-ibu yang mempunyai sejarah bayi NTDs.
Jadi, bila anda membeli folic acid di pasaran, anda boleh lihat pada label supplemen tersebut.
Sebagai contoh, setiap tablet vitamin B Complex Shaklee mempunyai 213 mikrogram asid folik.
Jadi, untuk ibu-ibu hamil yang mengambil supplemen Shaklee ini, anda disarankan untuk makan 2-3 biji tablet setiap hari.
KISAH AISAH AMBIL VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE
Sepanjang mengandung dulu, Aisah ambil vitamin B Complex Shaklee sebagai sumber asid folik.
Aisah suka vitamin ni sebab dia kurang bau yang kuat.
Selain tu, vitamin B Complex Shaklee tak ada sebarang tambahan pewarna pemanis dan pengawet.
Sebabnya ada suplemen asid folik tertentu yang lain mempunyai bahan tambahan.
Dan bahan tambahan inilah yang adakalanya boleh membuatkan kita naik selera makan.
MACAM MANA NAK BELI VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE?
Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin B Complex Shaklee anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/asidfolik
www.wasap.my/60176477837/asidfolik
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
One thought on “Bagaimana Cara Makan Asid Folik? Ini Jawapan Mudah Difahami”