Minyak Ikan Untuk Ibu Hamil, Boleh Atau Tidak Untuk Diambil?
Minyak ikan atau fish oil adalah satu supplemen yang sangat popular diambil oleh masyarakat masa kini dalam diet seharian.
Maka tidak hairanlah, apabila ada ibu-ibu yang disahkan hamil atau mengandung timbullah persoalan. Sama ada mereka boleh mengambil minyak ikan semasa mengandung.
Sebelum mengupas persoalan ini, suka untuk Aisah menerangkan informasi asas tentang minyak ikan. Ini bagi memudahkan kefahaman para pembaca tentang supplemen ini.
APA ITU MINYAK IKAN?
Minyak ikan merupakan sejenis makanan tambahan atau supplemen yang mengandungi omega 3 fatty acids.
Omega 3 fatty acids merupakan sejenis lemak tepu sihat yang diperlukan oleh badan manusia.
Walau bagaimanapun, tubuh badan kita tidak mampu untuk menghasilkan lemak ini dengan sendirinya.
Maka kita haruslah mendapatkannya daripada pemakanan.
Dan omega 3 akan wujud terutamanya pada otak, retina mata dan juga sel sperma.
Omega 3 fatty acids boleh didapati dari sumber;
- hidupan marin seperti spesis ikan berminyak
- tumbuh-tumbuhan (flaxseed, chia seeds, walnut)
Omega 3 fatty acids ini pula mengandungi eicosapentaenoic acid (EPA), docosahexaenoic acid (DHA) dan alpha-linoleic acid (ALA).
Bagi EPA dan DHA, kedua-duanya hanya boleh didapati daripada ikan. Manakala ALA pula didapati daripada tumbuh-tumbuhan.
Di sini bolehlah kita simpulkan.
Jika anda mahukan kebaikan EPA dan DHA, maka ambillah omega 3 bersumberkan hidupan laut, seperti ikan.
PERMASALAHAN BIASA WANITA HAMIL DAN IKAN
Semasa hamil, ramai wanita tidak mengambil ikan di dalam diet seharian.
Ini kerana ada di kalangan wanita ini sememangnya tidak memakan ikan.
Selain itu, alam kehamilan selalunya sinonim dengan mual-mual dan muntah-muntah. Maka ada ibu-ibu mengandung yang berasa tidak tahan dengan bau atau rasa ikan.
Ada juga wanita menjauhi pengambilan ikan sepanjang kehamilan kerana risau tentang kandungan merkuri di dalam makanan laut yang boleh membahayakan bayi.
Maka sebab itu, wanita-wanita sebegini bolehlah mengambil minyak ikan bagi mendapatkan kebaikan EPA dan DHA bagi bayi mereka.
Ini berdasarkan faktor berikut,
Kurang bau dan rasa ikan yang kuat
Di pasaran Malaysia, selalunya terdapat dua jenis bentuk produk minyak ikan yang terjual. Cecair dan juga gel kapsul.
Jika anda jenis tidak tahan bau dan rasa ikan yang terlalu kuat, pengambilan jenis gel kapsul adalah lebih baik. Sebabnya, ia hampir tiada bau dan rasa ikan.
Lagi pun, dengan pengambilan kapsul, anda hanya perlu menelannya sahaja bersama air. Jadi, ia akan larut semasa di dalam badan, dan tidak di lidah anda.
Proses penyahmerkuri
Kandungan merkuri di dalam ikan adalah berbeza mengikut jenis.
Ini disebabkan ikan besar selalu memakan ikan kecil (yang juga mempunyai kandungan merkuri rendah).
Memandangkan ikan tidak dapat menyingkirkan merkuri dari badannya, maka semakin lama dia hidup semakin tinggilah kandungan merkurinya.
Satu kajian daripada sekumpulan penyelidik Harvard Medical Schools dan Maaschusets General Hospital mendapati minyak ikan mempunyai kurang permasalahan berkaitan paras kandungan merkuri.
Ini kerana ada syarikat tertentu menggunakan ikan bersaiz kecil dalam penghasilan minyak ikan.
Selepas itu, merkuri daripada sumber ikan kecil tersebut juga dinyahkan semasa proses penyulingan (distillation) minyak.
KEBAIKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN SEMASA HAMIL
Ada pelbagai kajian menunjukkan kandungan omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA memberi perkembangan positif kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.
Menurut American Pregnancy Association, omega 3 sangat diperlukan untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi.
Pengambilan omega 3 juga mempunyai kesan positif yang baik terhadap perkembangan kognitif minda bayi yang dikandung.
Selain itu, pengambilan omega 3 oleh ibu-ibu semasa hamil dapat membantu mengurangkan risiko kebarangkalian alahan oleh bayi yang dikandung ketika lahir nanti.
Ini termasuklah dari segi alahan makanan (food allergy) atau juga eczema.
TAPI TAK SEMUA MINYAK IKAN ADALAH BAIK UNTUK IBU HAMIL
Di pasaran Malaysia, minyak ikan selalunya datang dalam beberapa bentuk. Cecair atau kapsul.
Dan supplement tersebut boleh datang daripada sumber yang berbeza.
Cod liver oil (minyak hati ikan Kod)
Mengikut pengalaman Aisah, ramai masyarakat menganggap minyak hati ikan (cod liver oil) adalah minyak ikan (fish oil).
Hakikatnya tidak.
Ada perbezaan antara kedua-duanya, walaupun kedua-duanya bersumberkan dari ikan dan mempunyai kandugan omega 3 fatty acids.
Cod liver oil merupakan supplement yang diperbuat daripada organ dalaman ikan kod. Atau lebih khusus lagi, hati.
Selalunya ikan kod Atlantik atau ikan kod Pasifik yang digunakan.
Memandangkan cod liver oil diperbuat daripada organ dalaman, maka ia sangat tinggi dengan kandungan vitamin A.
Untuk pengetahuan anda, vitamin A terdiri daripada dua jenis;
- Retinol – didapati dari sumber haiwan selalunya organ dalaman
- Carotenoids – didapati dari sumber tumbuh-tumbuhan
Pengambilan vitamin A yang bersifat retinol yang tersangat tinggi boleh berisiko untuk membahayakan kandungan. Antaranya kecacatan kepada bayi.
Maka sebab itu, ibu hamil atau wanita mengandung perlu mengelakkan mengambil cod liver oil.
Minyak ikan
Berbeza dengan cod liver oil, minyak ikan pula diperbuat dan diekstrak daripada tisu ikan-ikan berminyak (oily fish).
Antara contoh ikan-ikan berminyak adalah ikan bilis, salmon, tuna, mackerel atau herring.
Memandangkan minyak ikan ini tidak berasaskan organ dalaman, maka kandungan retinolnya rendah.
Secara asasnya supplement ini bolehlah diambil oleh wanita hamil. Kecualilah wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Maka, ibu hamil boleh bertanyakan terlebih dahulu kepada pegawai perubatan sama ada kesihatan anda membenarkan pengambilan minyak ikan.
OMEGA GUARD, MINYAK IKAN SHAKLEE
Omega Guard merupakan supplement minyak ikan yang dikeluarkan Shaklee, iaitu sebuah syarikat nutrisi kesihatan terkemuka Amerika Syarikat.
Sumber ikannya adalah daripada ikan bilis. Dan didatangkan dalam bentuk gel kapsul.
Omega Guard tinggi kandungan omega 3, DHA dan EPA. Pengambilan 3 biji kapsul OmegaGuard setiap hari membekalkan;
- 1080 omega 3 fatty acids
- 540 mg EPA
- 360 mg DHA
Bagi menyingkirkan bahan bahaya seperti merkuri dan juga bahan cemar lain, Omega Guard melalui kaedah penyulingan molekular sebanyak tiga kali ganda (Triple Molecular Distillation).
DAPATKAN OMEGA GUARD SHAKLEE HARI INI
Jika anda sedang mencari minyak ikan, anda boleh mendapatkan OmegaGuard dari Shaklee hari ini.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya dan Puchong, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp Aisah secara terus;
www.wasap.my/60176477837/MinyakIkanOmega3
www.wasap.my/60176477837/MinyakIkanOmega3
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)
2 thoughts on “Minyak Ikan Untuk Ibu Hamil, Boleh Atau Tidak Untuk Diambil?”