Buat 7 Perkara Ini Jika Ibu Hamil Nak Pergi Cuti Atau Balik Kampung
Malaysia ni sememangnya banyak musim cuti kan. Antaranya cuti perayaan, cuti persekolahan.
Maka tidak menghairankalanlah, jikalau ada di kalangan ibu hamil seperti anda yang menyimpan niat nak berjalan jauh semasa musim percutian ni.
Sama ada mahu pulang ke kampung halaman. Atau mungkin juga mahu pergi melawat tempat-tempat kawasan peranginan.
Tak kurang juga ada yang nak merasa atau dalam bahasa orang sekarang, ‘fefeeling’ nak berbulan madu sekali lagi dengan pasangan sebelum melahirkan anak.
Jadi, mungkin ada di antara anda yang musykil dan tertanya-tanya.
“Boleh ke wanita mengandung ni nak berjalan-jalan atau ‘travel’ seperti ini? “
“Apa persediaan yang perlu dilakukan?“
Untuk artikel kali ini, Aisah akan kupaskan sedikit sebanyak sebagai pengetahuan bersama.
IBU HAMIL PERGI TRIP CUTI
Asasnya, kehamilan bukanlah penghalang untuk ibu-ibu seperti anda untuk menikmati percutian seperti balik kampung dan juga makan angin. Ini termasuklah kalau percutian tersebut memakan masa perjalanan yang berjam-jam lamanya.
Lagi pun, percutian seperti ini sebenarnya membawa kebaikan kepada si ibu. Ia dapat memberikan ketenangan kepada anda dan juga pasangan.
Jika selama ini anda berada di bandar hiruk pikuk, bercuti sekurang-kurangnya memberi peluang untuk menghirup udara lebih segar luar bandar.
Dan jika anda pulang ke kampung halaman, mungkin anda dihidangkan masakan kegemaran si ibu semasa hamil. Sedapppp. Hilang rasa mengidam kan.
Ini semua boleh memberi kesan positif secara tidak langsung buat diri anda dan juga bayi dalam kandungan.
TIPS PERSEDIAAN SEBELUM IBU HAMIL PERGI CUTI
Jika ada ibu-ibu hamil seperti anda yang ingin berjalan jauh sepanjang musim percutian ini, Aisah senaraikan tips-tips persediaan buat anda.
Ini supaya anda dapat menikmati percutian yang lebih baik dan meminimumkan sebarang permasalahan terutamanya dari segi kesihatan buat si ibu dan juga anak yang dikandung.
1. Bawa Buku Rekod Kesihatan Ibu Ketika Cuti
Buku rekod kesihatan ibu atau juga lebih popular dikenali sebagai buku pink ini wajib dibawa bersama-sama.
Senang cerita, sepanjang anda hamil, buku pink ni tak boleh tinggal. Kena sentiasa berdamping dengan anda walau ke mana anda juga pergi.
Sekiranya, anda mengalami apa-apa permasalahan yang memerlukan anda pergi ke fasiliti kesihatan terdekat, pegawai perubatan di sana lebih mudah untuk mengendalikan kes anda.
Jadi, mereka boleh terus merujuk rekod kesihatan anda di dalam buku pink tersebut.
2. Sentiasa Bawa Air Minuman Bersama
Sepanjang kehamilan ini, jadikan tabiat sentiasa membawa air minuman ke mana-mana. Tak kiralah anda pergi bercuti naik pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.
Dan air minuman tu mestilah air kosong, air mineral dan sewaktu dengannya. Bukan air manis ya.
Sebagai ibu hamil, adalah penting bagi anda untuk mengekalkan hidrasi badan bagi keselamatan diri dan juga kandungan. Lebih-lebih lagi jika anda dalam keadaan yang membuatkan badan kehilangan cecair bendalir dengan cepat.
Antaranya seperti cuaca panas, bergerak banyak, atau juga semasa menaiki kapal terbang.
3. Pakai Kasut Sesuai
Pemilihan kasut atau selipar yang sesuai semasa anda hamil adalah sangat penting. Adalah disarankan untuk anda memakai kasut yang bertapak rata sebab ia memberikan lebih kestabilan berbanding yang bertumit runcing.
Selain daripada itu, pastikan juga tapak kasut atau selipar anda itu tidak haus. Mana tahu anda berjalan banyak semasa bercuti tu lalu jalan atau lorong yang basah, nanti berisiko tergelincir pula.
4. Pakai Pakaian Selesa
Mungkin anda mahu menyorokkan sedikit ‘baby bumps’ semasa pergi bercuti. Tapi anda tak digalakkan untuk memakai pakaian yang terlalu ketat. Ini terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga.
Sebabnya, pakaian sebegini boleh menyekat aliran darah anda. Ini membuatkan anda berasa cepat untuk kebas.
Selain itu, pakaian ketat terutama di bahagian pinggang dan perut boleh membuatkan anda mengalami pedih ulu hati.
Ini terjadi disebabkan tekanan daripada pakaian yang ketat boleh menolak perut dan memaksa kandungan naik ke atas. Kesannya, anda mengalami pedih ulu hati
Jadi, pakailah pakaian longgar semasa bercuti, supaya anda dapat bercuti dengan lebih selesa.
5. Berhenti Setiap 2-3 Jam
Jika anda menaiki kereta untuk perjalanan jauh yang memakan masa berjam-jam, adalah disarankan untuk berhenti setiap 2-3 jam.
Terlalu lama duduk setempat boleh memberi risiko kesihatan kepada anda seperti mengalami Deep Vein Thrombosis (DVT), iaitu penggumpalan darah dalam salur pembuluh darah kita.
Bahasa lagi mudahnya, darah beku lah ya.
Jadi, bila berhenti tu, ibu-ibu boleh keluar sebentar dari kenderaan. Berjalan-jalan, buang air dan buat regangan badan.
6. Elakkan Aktiviti Hentakan
Semasa bercuti ke tempat peranginan, pasti ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan (selain daripada ambil gambar dan buat video).
Namun, ibu perlu berhati-hati dalam memilih aktiviti yang ingin dilakukan semasa kehamilan. Elakkan aktiviti yang mempunyai hentakan kuat dan berulang.
Antaranya, menaiki jet ski, melakukan paragliding, berkuda, menaiki roller coaster, meluncur air atau salji, dan sebagainya.
7. Bawa Ubatan dan Vitamin
Sepanjang kehamilan pasti anda ada ubat-ubatan atau vitamin yang perlu diambil kan. Ubat-ubatan dan vitamin ni perlu dibawa sekali semasa anda pergi cuti ya.
Sebaik-baiknya, ubatan dan suplemen kehamilan ni anda letak dalam beg sandang ketika berjalan, terutamanya kalau naik kapal terbang.
Sebabnya, kalau bagasi anda hilang atau lewat tiba disebabkan masalah teknikal, anda tidaklah putus ubatan dan vitamin tersebut.
VITAMIN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL
Jikalau anda sedang tercari-cari vitamin sepanjang kehamilan, anda boleh cuba vitamin yang berikut. Aisah sendiri pernah mengambilnya semasa mengandung ketiga-tiga anak.
Anda boleh klik link ini untuk cerita mengenainya.
1. Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B Complex with Folic Acid ni mengandungi pelbagai jenis vitamin B. Antaranya B1, B2, B3, B6, B12 dan asid folik.
Aisah ambil vitamin ni untuk bantu kurangkan risiko NTDs, mendapat anemia dan meroyan (post partum depression) selepas bersalin.
2. Kalsium Ostenutrix Shaklee
Supplemen kalsium yang Aisah ambil ni sebenarnya bukan semata-mata mengandungi kalsium. Tapi ia juga ada magnesium dan vitamin D.
Aisah ambil supplemen ni untuk elakkan otot kaki rasa kejang-kejang semasa bersalin dan masalah gigi semasa mengandung.
Selain tu juga, ia membantu untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat bagi bayi yang dikandung.
3. Multivitamin Shaklee
Multivitamin mempunyai pelbagai mikronutrien dan mineral penting untuk nutrisi wanita mengandung. Antaranya vitamin C, vitamin D, zat besi, vitamin A berasaskan carotenoids, dan lain-lain lagi.
Selain itu, ia juga membantu dalam penghasilan darah merah yang cukup sepanjang kehamilan, untuk kesihatan Aisah dan juga bayi dalam kandungan.
4. Protein Soya ESP Shaklee
Aisah juga ambil sejenis minuman protein soya semasa mengandung.
Minuman protein soya yang Aisah minum ni membantu memberi tenaga sepanjang kehamilan. Tak adalah Aisah mudah letih.
Protein soya ni juga bagus untuk membantu pembentukan kulit, rambut dan kuku bayi yang sihat. Nanti nampak cantik je.
5. Minyak Ikan Omega-3 Shaklee
Akhir sekali, Aisah ambil juga minyak ikan omega-3 sepanjang kehamilan.
Menurut American Pregnancy Association, omega 3 sangat diperlukan untuk perkembangan saraf dan penglihatan bayi.
MACAM MANA NAK DAPATKAN VITAMIN IBU MENGANDUNG SHAKLEE?
Jika anda berminat nak mendapatkan vitamin Shaklee untuk ibu mengandung, anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung
www.wasap.my/60176477837/vitaminibumengandung
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh self-collect terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan).