Belanjawan: Minuman Manis Anda Naik Harga Lagi, Patut Ke Tidak?
Siapa yang mengikuti pengumuman belanjawan baru-baru ni pasti akan perasan satu perkara. Minuman manis bakal naik harga bermula pada tahun 2025. Jeng jeng jeng.
Ini disebabkan oleh kerajaan akan menaikkan duti eksais ke atas minuman bergula sebanyak 20%.
Mungkin ada di kalangan pembaca blog Aisah tak perasan. Sebenarnya minuman bergula yang kita beli di pasaran tu sudah dikenakan duti eksais sejak dari 2019 lagi.
Namanya duti eksais untuk minuman manis ni dah ada dalam belanjawan kerajaan tahun dulu-dulu lagi. Hehehe.
Ketika itu, dutinya ialah 40 sen seliter. Kemudian ia dinaikkan kepada 50 sen pada 2024. Dan untuk tahun 2025, ia bakal naik sekali lagi kepada 90 sen.
Jadinya, dua tahun berturut-turutlah minuman manis dinaikkan dutinya dalam belanjawan.
Bila belanjawan kerajaan umumkan kenakan duti, maka secara tak langsung harga minuman manis yang terjual kepada pelanggan pun naiklah harga.
MINUMAN MANIS APA YANG DIKENAKAN DUTI EKSAIS DALAM BELANJAWAN?
Antaranya, minuman ringan (soft drink), minuman tenaga, minuman sukan, minuman teh dan kopi yang ditambah pemanis, jus buah-buahan yang ditambah gula, susu berperisa, dan juga sirap pemanis.
Walau bagaimanapun, minuman yang baru nak dibancuh seperti anda pesan di kafe atau restoran tu tak dikenakan duti. Ini berdasarkan kenyataan daripada timbalan menteri.
KENAPA BELANJAWAN KERAJAAN KENAKAN DUTI UNTUK MINUMAN MANIS?
Minuman manis memang dah jadi kegemaran rakyat Malaysia. Dan ianya semakin menjadi-jadi dari tahun ke tahun.
Kenapa Aisah cakap begitu?
Mungkin ada di kalangan anda pernah hidup zaman 90-an dulu.
Zaman dulu memang dah ada minuman manis terjual di kedai-kedai berdekatan rumah kita. Tetapi variety atau kepelbagaiannya taklah sebanyak sekarang. Peti sejuknya pun taklah besar mana.
Sekarang ni, kalau masuk kedai seperti 7-Eleven atau Mesra Petronas, peti sejuknya pun dah sampai berpintu-pintu.
Bermacam jenis minuman manis ada dalam tu. Dan banyak di antara minuman ni mungkin tak wujud pun 20 tahun yang lalu (bobba? teh perisa buah-buahan? susu pisang?).
Bukan itu saja, mesin vending (atau mesin gedegang mengikut panggilan sesetengah orang) menjual minuman manis pun dah semakin merata-rata berbanding zaman dahulu.
Dari pemerhatian ringkas sebegini pun kita boleh tahu bahawa rakyat Malaysia semakin menjadikan minuman manis dalam diet harian mereka. Yalah, penawaran timbul sebab ada permintaan kan.
Dan perkara sebegini sebenarnya boleh membawa kepada kemudaratan kesihatan jangka panjang.
KESAN PENGAMBILAN MANIS BERLEBIHAN
Badan kita sememangnya perlukan gula. Sebab gula membekalkan sumber tenaga.
Secara semulajadi, gula boleh didapati daripada makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi. Gula juga boleh didapati daripada buah-buahan (fruktosa) dan juga susu (laktosa).
Walau bagaimanapun, gula pemanis yang ditambah dalam makanan atau minuman sebenarnya tak digalakkan pun.
Mungkin ada di kalangan anda mungkin tak sedar bahawa sebenarnya gula pemanis ini boleh membawa kita kepada gejala ketagihan gula. Macam orang ketagihan dadah. Bahaya tu.
Kalau nak tahu sama ada anda tergolong dalam ketagihan gula, boleh cek ini;
- Mudah letih dan resah (restless) kalau seharian tiada mengambil makanan atau minuman manis.
- Selalu dan kerap (craving) nak mengambil makanan atau minuman manis.
- Rasa lapar walaupun baru beberapa ketika selepas makan.
- Selalu terfikir tentang makanan dan minuman manis.
Dan ini akan menjemput pelbagai risiko masalah kesihatan seperti kegemukan (obesiti), kencing manis (diabetis), kolesterol tinggi, darah tinggi (hypertension) dan lain-lain lagi.
Jika kita imbas balik 20 tahun lalu, diabetis, hypertension, kolesterol tinggi dialami oleh mereka yang lebih tua, tapi kini umur seawal 30-an pun sudah ramai dikesan mempunyai penyakit tersebut.
Kalau dahulu kita biasa dengar mereka bercucu baru mula makan ubat untuk penyakit begini, kini mereka yang baru ada anak kecil pun dah mula berdamping dengan ubat yang sama.
Makin kronik dan membimbangkan, setuju?
Tak hairanlah banyak data-data rasmi membuktikan perkara di atas;
- Sebanyak 54.4% rakyat Malaysia mempunyai berat berlebihan pada 2023, peningkatan 10% berbanding tahun 2011.
- 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis pada 2023, antara yang paling tinggi dalam dunia.
TIPS KURANGKAN MANIS DALAM DIET SEHARIAN
Jika anda bercadang untuk mengubah tabiat pemakanan anda demi kesihatan yang lebih baik, berikut Aisah kongsikan beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk kurangkan pengambilan gula seharian.
- Amalkan minum air kosong atau air mineral lebih banyak berbanding air manis. Anda boleh mulakan tabiat membawa air kosong ke mana-mana, dan pesan air sedemikian jika makan di kafe atau restoran.
- Amalkan puasa sunat setiap minggu atau intermittent fasting. Ini secara tak langsung boleh membantu mengurangkan pengambilan kuantiti gula dalam seharian.
- Banyakkan makan buah-buahan sebagai ganti kepada manisan. Antaranya, seperti buah kurma, pisang, betik, dan lain-lain lagi.
- Pastikan tidur yang cukup setiap hari, dan jauhi tabiat tidur lewat. Sebab semakin anda tidur lewat, semakin tinggi keinginan anda untuk mengambil pemakanan tidak sihat seperti tinggi gula.
- Amalkan pengambilan makanan tinggi protein. Sebab ianya bukan saja membuatkan perut anda lebih cepat rasa kenyang, malahan membantu mengurangkan kemahuan pengambilan manisan.
CONTOH MINUMAN PROTEIN YANG BOLEH ANDA AMBIL
Salah satu minuman protein yang saya sendiri ambil adalah Life Cinch keluaran syarikat Shaklee. Ini bagi membantu saya mengawal berat badan, dan juga mengurangkan keinginan terhadap minuman manis.
(Anda boleh baca cerita pengalaman saya sendiri di artikel ini)
Selain tinggi protein, Cinch ini juga mengandungi leusine, iaitu sejenis bahan yang membantu mengawal insulin dan glukosa dalam badan.
Asasnya, jika anda selalu rasa nak kerap makan (‘craving‘) adalah disebabkan kerintangan terdapat pada insulin dan glukosa di dalam badan.
Dengan pengambilan leusine, ia membantu dalam pengawalan kedua-kedua kandungan tersebut di dalam badan. Kesannya, ia dapat mengawal perasaan keinginan anda nak makan.
HUBUNGI AISAH UNTUK DAPATKAN LIFE CINCH
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/LifeCinch
www.wasap.my/60176477837/LifeCinch
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)