Kecacatan Otak Bayi, Apa Kaitannya Dengan Asid Folik?
“Puan kena makan asid folik ni tiap-tiap pagi selepas sarapan.”
Begitulah lebih kurang dialog para jururawat tatkala anda buat proses buka buku pink di klinik kesihatan. Pada waktu inilah kebanyakan di kalangan kita mengetahui tentang vitamin ini, serta mengambilnya.
Dan ada sebilangan lain lagi mungkin sedikit ‘advanced‘.
Apabila dia tahu dah lambat datang haid atau period, terus dia buat ujian UPT di rumah. Nampak naik dua line je (positif mengandung), terus dia mencari asid folik dan mula makan.
DILEMA IBU-IBU NAK MAKAN ASID FOLIK
Salah satu kesukaran ibu-ibu nak makan asid folik adalah sebab… baunya yang agak kuat dan keras. Maka tak hairanlah ada segelintir ibu yang acuh tak acuh tentang pengambilannya.
Masakan tidak, sudahlah masa first trimester ni diserang ‘morning sickness‘ yang teruk. Mual-mual dan muntah-muntah. Terbau asid folik tu menambahkan lagi rasa tersebut.
Suka atau tidak, ibu-ibu perlu ambil asid folik ni secara konsisten ya. Ini demi kebaikan untuk tumbesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan.
KENAPA ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU-IBU?
Apabila seseorang ibu itu mengandung atau hamil, penjagaan nutrisi yang cukup adalah sangat-sangat penting.
Pertamanya, nutrisi yang cukup adalah bagi memastikan kesihatan ibu-ibu semasa mengandung berada pada tahap optimum.
Keduanya, nutrisi yang cukup juga penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan anda.
Kekurangan nutrisi yang baik boleh beri kesan negatif antaranya seperti;
- Kelahiran bayi pramatang (premature birth)
- Kekurangan berat ketika lahir (low birth weight)
- Tumbesaran kandungan yang tidak normal (abnormal growth pattern)
- Kekurangan perkembangan otak dan daya kognitif bayi
- Kekurangan perkembangan daya penglihatan, saraf, otot, gigi dan tulang bayi.
Salah satu nutrien penting yang diperlukan semasa mengandung adalah folat, yang juga dikenali sebagai vitamin B9. Dan asid folik merupakan sejenis folat.
Kekurangan nutrisi folat ini boleh meningkatkan risiko seseorang bayi itu mengalami kecacatan tiub saraf (neural tube defects), seperti kecacatan tulang belakang (spina bifida) dan juga kecacatan otak (anencephaly).
Sangat-sangat bahaya tu. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca penerangan Aisah di bawah.
BAGAIMANA KECACATAN SEPERTI NTD INI BOLEH BERLAKU?
NTD ini boleh terjadi sekitar hari ke-17 hingga ke-30 selepas persenyawaan. Maksudnya sekitar 4-6 minggu kehamilan.
Memang sangat-sangat awal ya. Dan masa ni, ramai wanita yang masih belum menyedari diri mereka sudah mengandung ya.
Sepanjang tempoh ni, tiub saraf akan mula membentuk dalam embrio bayi dan kemudiannya ia akan tertutup. Ini kalau kes perkembangan yang normal lah ya.
Tapi untuk kes NTD, tiub saraf yang terbentuk tadi itu tidak dapat tertutup dengan sempurna. Ini membuatkan saraf otak dan tulang belakang terdedah kepada cecair amniotik.
Kesannya, terjadilah anencephaly dan juga spina bifida untuk bayi tersebut.
Manakala untuk bayi yang mengalami spina bifida, mereka boleh hidup dengan keadaan sebegitu sehinggalah usia dewasa.
PENTING AMBIL ASID FOLIK DARI AWAL
Memandangkan NTD berlaku pada fasa awal kehamilan, maka pakar-pakar kesihatan sarankan sesiapa yang merancang untuk dapatkan zuriat mengambil asid folik.
Maksudnya di sini, tak perlu tunggu ujian UPT positif baru nak makan asid folik ni. Sebaik-baiknya tiga bulan sebelum nak mengandung dah kena makan.
Namun untuk kes yang lebih praktikal, sebenarnya mana-mana wanita yang subur, secara asasnya digalakkan untuk mengamalkan vitamin ini setiap hari.
Sebabnya, banyak kes kehamilan yang tak dirancang berlaku pada zaman sekarang. Atau dalam bahasa marhaennya, teraccident mengandung.
KISAH AISAH AMBIL VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE
Aisah ambil vitamin B Complex Shaklee sebagai sumber asid folik. Aisah suka vitamin ni sebab dia kurang bau yang kuat.
Selain tu, vitamin B Complex Shaklee tak ada sebarang tambahan pewarna pemanis dan pengawet.
Sebabnya ada suplemen asid folik tertentu yang lain mempunyai bahan tambahan.
Dan bahan tambahan inilah yang adakalanya boleh membuatkan kita naik selera makan.
NAK BANTUAN DAPATKAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE?
Jika anda perlukan bantuan untuk mendapatkan vitamin B Complex Shaklee anda boleh hubungi Aisah.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
www.wasap.my/60176477837/asidfolik
www.wasap.my/60176477837/asidfolik
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga Aisah (Pengedar Shaklee Labuan)