Kerap Lesu? Ini 5 Produk Shaklee Yang Bantu Tingkat Tenaga Anda

Kerap Lesu? Ini 5 Produk Shaklee Yang Bantu Tingkat Tenaga Anda

Setuju atau tidak, kehidupan zaman sekarang bergerak dengan sangat cepat. Jadual harian kita pula agak sibuk. Sehingga kita rasa cepat sangat jadi tak ada tenaga.

Yalah, tuntutan kerja hakiki 8 jam sehari. Dan mungkin ada jugadi kalangan anda yang selepas waktu kerja melakukan kerja sampingan sebagai pendapatan tambahan.

Itu belum dicampur lagi kena mengharungi kesesakan jalan raya atau juga berkejar untuk berebut menaiki kenderaan awam untuk pergi dan balik ke tempat kerja.

Jika sudah berkahwin, pastinya juga perlu menguruskan hal-hal rumah tangga. Melayan ragam anak-anak terutamanya yang masih berusia kecil bukan lah suatu perkara mudah. Lebih lagi kalau anak kecil kita tu berderet-deret.

Kesemua ini memerlukan tenaga yang banyak. Maka tak hairanlah kita rasa cepat penat. Dan adakalanya jam belum pun sampai ke waktu tengah hari lagi, tetapi kita dah rasa macam lesu sangat.

Aisah faham sangat situasi ni. Sebab Aisah pernah lalui perkara yang sama semasa bekerja di hospital satu ketika dahulu. Dan bila balik ke rumah pula ada dua orang anak kecil menanti untuk diberi perhatian.

letih lesu tenaga

CARA UNTUK MENGEKALKAN TENAGA ANDA

Secara teorinya, gaya hidup yang sihat dapat membuatkan anda sentiasa bertenaga setiap hari.

Antaranya, makan makanan seimbang, tidur yang cukup sekurang-kurangnya 7 jam sehari, kerap bersenam dan mengawal paras tekanan atau stres pada tahap yang baik. Tapiiiii…

Ada tapinya ya…

Perkara ini sangatlah susah nak dilakukan. Kalau boleh buat pun mungkin sukar nak konsisten dari sehari ke sehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan.

Sebabnya, kehidupan harian kita masa kini yang sangat mencabar. Macam yang Aisah sebutkan di awal tadi.

Mujurlah ada beberapa vitamin atau makanan tambahan dari Shaklee yang boleh membantu untuk tingkatkan dan rangsang tenaga anda. Jadi, anda kuranglah cepat untuk rasa letih lesu.

Secara tak langsung, anda boleh lebih fokus pada kerja dan dapat menguruskan hal rumah tangga dengan lebih baik.

1. Vitamin B Complex

shaklee vitamin  complex tambah tenaga

Menurut laman web kesihatan terkenal, WebMD, salah satu fungsi vitamin B adalah menukarkan makanan yang anda makan kepada tenaga untuk kegunaan tisu sel-sel badan.

Selain tu, vitamin B juga membantu untuk pembentukan sel-sel darah merah baru. Sel darah merah ni sangat penting tau dalam sistem badan kita. Ini kerana sel ini yang membawa oksigen ke tisu sel di seluruh badan kita.

Kemudian tisu-tisu kita ini akan menukarkan oksigen tu kepada tenaga. Sebab itulah, mereka yang kekurangan darah merah ni selalunya nampak lesu dan penat.

2. CoQ-10

CoQ10 ni singkatan kepada Coenzyme Q10. Ianya adalah sejenis enzim (enzyme) yang bersifat anti oksidan yang bukan saja meningkatkan sistem pertahanan badan tetapi juga tenaga.

Ini kerana salah satu fungsi CoQ10 adalah menukarkan makanan yang diambil anda untuk menjadi tenaga.

Namun, untuk orang yang sedang mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat cair darah dan juga tekanan darah, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ya sebelum ambil CoQ10.

3. Energizing Soy Protein (ESP)

Seperti namanya, ESP ni adalah satu minuman protein soya.

Protein soya ESP ni membantu kita untuk kekalkan stamina dan tenaga sepanjang hari. Kalau kita ambil ESP pada waktu pagi, badan kita akan rasa segar dan tak cepat letih.

4. Cinch Tea Mix

cinch tea mix shaklee teh tenaga kurus

Cinch Tea Mix ini merupakan campuran pelbagai jenis teh yang berkhasiat tinggi. White tea (teh putih). Red tea (teh merah). Matcha green tea (teh hijau matcha).

Ia mengandungi taurine, iaitu sejenis asid amino yang diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan tenaga.

Dan minuman teh Cinch ni sangat rendah kalori, iaitu 7 kalori saja bagi setiap hidangan. Jadi, ianya sangat sesuai untuk anda yang juga sedang dalam proses nak menguruskan berat badan.

5. Polifenol (Vivix atau Res-V)

vivix shaklee res v shaklee tenaga

Ada pelbagai kajian menunjukkan polifenol dapat membantu untuk meningkatkan tenaga seseorang.

Ini kerana polifenol dapat mempercepatkan penghasilan metokondria dan meningkatkan daya fungsi mitokondria itu sendiri.

Mungkin ada di kalangan anda tertanya apa itu mitokondria?

Ok. Dalam sel-sel badan kita ada sejenis organel yang dipanggil sebagai mitokondria.

Mitokondria ni dikenali juga sebagai penjana kuasa. Sebabnya, dia lah yang unsur utama sel dalam menghasilkan tenaga untuk badan kita. Jadi, bila mitokondria berfungsi dengan sangat efektif, maka kita akan lebih bertenaga.

Dan di Shaklee, ada dua produk yang mengandungi polifenol sangat tinggi, iaitu Vivix dan Res-V.

NAK BANTUAN UNTUK LEBIH TENAGA DENGAN SHAKLEE?

Jika anda perlukan bantuan untuk mengatasi masalah kerap letih lesu sehingga mengganggu urusan seharian anda, hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.

Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;

www.wasap.my/60176477837/KerapLesu

www.wasap.my/60176477837/KerapLesu

Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.

Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.

Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)

One thought on “Kerap Lesu? Ini 5 Produk Shaklee Yang Bantu Tingkat Tenaga Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *