Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal akan didatangi haid setiap bulan. Secara purata bilangan hari dalam kitaran haid ialah 28-42 hari. Tetapi jangan risau jika jumlah hari dalam kitaran haid anda adalah berbeza & berubah setiap bulan. Ini kerana kitaran haid anda boleh berubah disebabkan oleh pelbagai faktor (klik). Kali ni saya nak bercerita tentang fasa dalam kitaran haid. Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid iaitu:
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) di mana darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk dicatat kerana ia adalah permulaan fasa ini. Tarikh pertama haid adalah sangat penting sekiranya anda merancang untuk hamil kerana ia diperlukan bagi menganggar waktu subur & sekiranya anda hamil, untuk mengira usia janin anda.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini hanya bertahan selama 24 jam. Sekiranya tidak disenyawakan ia akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran fallopio ke rahim untuk proses penempelan.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Maka haid pun akan berlaku.
Sekiranya kitaran haid anda tidak teratur, anda boleh mengambil GLA Complex (klik) untuk membetulkan kitaran haid anda. Dengan aturan makan yang betul, ia akan membantu menstabilkan hormon anda. Hubungi saya untuk mendapatkannya sekarang.
