Pre- Eclampsia, Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
- By: Siti Aisah Ibrahim
- On:
- 0 Comment
Pre- Eclampsia, Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
Tahukah anda apa itu “Pre-Eclampsia” dan kenapa ia sangat ‘ditakuti’ di kalangan ibu mengandung?
Pre-Eclampsia biasanya femes di kalangan ibu-ibu mengandung dan sangat ditakuti kerana apabila di diagnose dengan Pre-Eclampsia, kebiasaannya doktor akan mencadangkan supaya si ibu bersalin secepat mungkin. Pre-Eclampsia dalam bahasa mudah ialah tekanan darah tinggi sewaktu mengandung dan boleh berlaku apabila memasuki minggu ke-28.
Bagaimana simptom Pre-Eclampsia ini boleh berlaku? Jawapan pendek; sebab si ibu kekurangan PROTEIN. Nak tahu jawapan panjang? Jom teruskan membaca
Sebelum tu, kita kena faham beberapa perkara asas tentang darah & albumin.
#1: Darah
- 8% daripada badan adalah darah
- 55% daripada darah adalah Plasma
- 91% plasma adalah air, dan lagi 7% adalah PROTEIN.
- 58% daripada protein di dalam plasma adalah Albumin
Er… faham ke penerangan di atas? Kalau tak faham, boleh rujuk gambar di bawah.
Credits to http://www.pc.maricopa.edu |
#2: Albumin
Albumin merupakan salah satu protein yang penting dalam pembentukan darah (53% protein dalam darah adalah Albumin!).
Fungsi Albumin ialah untuk memastikan kandungan air di dalam plasma atau secara general, di dalam darah, mencukup. Kekurangan Albumin akan menyebabkan air yang sepatutnya berada di dalam darah diserap oleh tisu-tisu di sekeliling salur darah.
Analogi mudah; Albumin nih macam sponge di dalam salur darah yang menyerap dan menyimpan air supaya kandungan air di dalam darah mencukupi. Kalau sponge tak cukup, air yang sepatutnya berada di dalam salur darah ‘melimpah’ keluar ke jiran tetangga saluran darah tersebut.
Albumin = Sponge =) |
Dah faham tentang komposisi darah dan juga Albumin? Kalau dah faham, boleh sambung dengan bagaimana Pre-Eclampsia terjadi.
#1. Apabila mengandung, jumlah darah di dalam badan akan bertambah dengan hebatnya. Yelah, nak tampung kita yang mengandung nih, placenta lagi, dan tak dilupakan, baby comel kita ^_^
#2. Untuk menampung jumlah darah yang dah bertambah salur darah kita akan mengembang supaya pengaliran darah adalah lancar; dari kita ke placenta dan dari ke baby comel.
#3. Untuk memastikan darah sentiasa banyak, maka kandungan air di dalam salur darah pun kenalah banyak. Macam yang dah diterangkan awal tadi; 55% darah adalahplasma, dan 91% plasma adalah air.
#4. Untuk memastikan kandungan air di dalam salur darah mencukupi, maka kandungan Albumin kenalah cukup. Sebab kalau sponge tak cukup, air tak dapat nak diserap. Bila air tak dapat diserap, apa jadi? Banjir! Tisu-tisu yang berjiran dengan salur darah akan ‘dibanjiri’ air dan menjadi sembap. Istilah perubatan ialah edema.
#5. Apabila kandungan air di dalam darah berkurang, jumlah darah pun secara tak langsung akan berkurang. Apabila buah pinggang perasan yang jumlah darah dah berkurang, buah pinggang kita akan secara automatik membebaskan sejenis hormon bernama renin.
#6. Hormon renin yang dibebaskan oleh buah pinggang tadi akan merangsang pengeluaran hormon-hormon lain yang akan menyebabkan salur darah mengecut. Yelah, darah dah berkurang, buat apa nak salur darah yang besar. Betul? Salah la!
#7. Walaupun salur darah dah mengecut, badan tetap akan menghasilkan darah yang banyak sebab ada placenta dan baby yang memerlukan darah dari kita. Masalahnya, salur darah dah sempit. Macam mana darah yang banyak nak lalu dalam salur darah yang dah menyempit?
#8. Akhirnya, disebabkan salur darah dah sempit dah darah yang banyak tu susah nak lalu, maka tekanan darah melonjak naik!
Faham tak penerangan step by step di atas? Apa kesimpulan yang saya nak sampaikan di sini?
Key point yang saya nak sampaikan; PROTEIN sangat penting! Untuk mengelakkan pre- eclampsia, dinasihatkan ibu hamil untuk pastikan protein intake 80- 100g protein pada awal kehamilan. Dengan protein yang mencukupi, badan dapat menghasilkan Albumin yang mencukupi untuk menyerap air yang mencukupi. Ini akan memastikan salur darah cukup besar sekaligus mengelakkan tekanan darah tinggi. (Fuh, banyak betul perkataan “cukup”…)
Macam mana nak dapatkan sumber PROTEIN yang mencukupi? Haa! Saye sambung next entry
Penting: Protein bukan saja penting untuk mengelakkan Pre-Eclampsia, tapi juga penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. Kekurangan protein sewaktu mengandung boleh menyebabkan pembentukan organ bayi terganggu.
Semua ibu inginkan yang TERBAIK untuk bayi di dalam kandungan |
Sumber: Buku Birth from Within, Pam England
Penghantaran vitamin Shaklee seluruh Malaysia, China dan Indonesia.
Sila hubungi saya Siti Aisah 017-647-7837
Facebooke page: aisah health collection
Email : ct_ijn@yahoo.com
ID :867656
Salam sayang daripada mommy nuha dan bouchra!
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases