CARA ATASI MORNING SICKNESS

Cara mengatasi morning sickness

Semlm kita sama-sama dah berkongsi maklumat tentang apa itu morning sickness…

Kita juga dah tahu serba sedikit tentang punca-punca morning sickness…
Tapi ingat yer…setiap org berbeza-beza tempoh mengalami alahan…
Jgn rasa tertekan setiap kali melalui morning sickness ia sebenarnya satu nikmat yg diberikan pada perempuan hamil…
So hari ni jom kita berkongsi tip tentang cara-cara mengatasi morning sickness…
InsyaAllah,tips ni dpt la membantu dlm mengatasi morning sickness yg dialami…
Tips ni saya ambil dari pembacaan saya dan saya juga ada amalkan…antaranya :
  1. Kita boleh makan biskut ataupun makanan ringan kesukaan anda selepas bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada terlalu rendah.
  2. Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam atau sepanjang hari anda untuk memastikan perut anda tidak kosong dari mengisi asid mencetuskan loya.
  3. Jangan lupa snek sebelum tidur anda! Ia merupakan salah satu cara mengatasi muntah.
  4. Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado; protein; keju; susu; yogurt; mentega, kacang disapu di craker dan roti; pasta dan lain-lain.
  5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya, ini boleh membantu meneutralkan asid yang terdapat dapat perut.
  6. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  7. Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan muntah seperti makanan berminyak, kafein, makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan lain-lain.
  8. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
  9. Elakkan meminum sejumlah besar air atau minuman lain semasa makan.
  10. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.
  11. Pakai pakaian yang menyejukkan dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon ibu hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.
  12. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
  13. Anda boleh cuba menarik nafas yang panjang.
  14. Tidur untuk mengelakkan keloyaan.
  15. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan pil mencegah muntah sekiranya keloyaan anda teruk.
Menarikkan…cuba lah amalkan dlm usaha mengatasi morning sickness yg dialami…
Buat semua wanita,nikmati lah saat kehamilan anda kerana sebenarnya ianya membahagiakan…
Kelahiran insan tersyg pasti dinanti2 jadi bergembiralah di saat kehamilan anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *