Kolestrol Tinggi. Kawal Kolestrol Secara Semula Jadi.
Pernah dengar orang kata “kolesterol tinggi tak semestinya sebab makan lemak”? Betul tu.
Kolesterol bukan semata-mata tentang apa yang kita makan, tapi juga tentang cara tubuh memproses lemak dan bagaimana gaya hidup kita mempengaruhi kesihatan jantung.

Ramai yang terkejut bila dapat tahu tahap kolesterol mereka tinggi, walaupun badan nampak kurus dan aktif. Sebenarnya,kolesterol tinggi boleh berlaku secara senyap tanpa gejala awal, tapi kesannya sangat besar terhadap kesihatan jantung, tekanan darah dan keseluruhan sistem badan.
Jom kita faham apa itu kolesterol, kenapa ia boleh meningkat, dan bagaimana anda boleh kawal kolesterol secara semula jadi dengan bantuan antioksidan seperti Vivix atau ResV.
APA ITU KOLESTROL TINGGI ?
Menurut artikel daripada hellodoktor kolesterol ialah sejenis lemak (lipid) yang dihasilkan oleh hati dan juga datang daripada makanan seperti daging, telur, dan produk tenusu.
Dan ramai juga tak tahu bila ambil gula berlebihan ia juga boleh menyebabkan kolestrol tinggi. Anda suka mengambil makanan yang manis? Jangan terkejut, bukan lemak sahaja yang boleh menyebabkan kolestrol tinggi, gula pun sama juga ya!
Diet yang tinggi gula boleh menyebabkan hati anda menghasilkan lebih banyak kolestrol dan trigliserida dalam badan.

Menurut sebuah kajian, individu yang mendapatkan 10% kalori mereka daripada gula mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami masalah kolesterol tinggi.
Bila parasnya berlebihan, ia boleh mendatangkan bahaya.
Kolesterol terbahagi kepada dua jenis utama:
- LDL (Low-Density Lipoprotein) – dikenali sebagai kolesterol jahat kerana boleh melekat pada dinding arteri dan menyebabkan saluran darah tersumbat.
- HDL (High-Density Lipoprotein) – dikenali sebagai kolesterol baik yang membantu membawa lebihan kolesterol keluar dari saluran darah ke hati untuk disingkirkan.
Masalahnya bermula bila LDL terlalu tinggi dan HDL terlalu rendah.
APA BERLAKU BILA KOLESTROL TINGGI?
Apabila kolesterol jahat (LDL) berlebihan, ia akan terkumpul di dinding salur darah dan membentuk plak.

Lama-kelamaan, plak ini mengeras dan menyempitkan saluran darah, mengganggu aliran darah ke jantung dan otak.
Antara risiko utama kolesterol tinggi ialah:
- Sakit jantung koronari
- Strok (angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Kelesuan dan cepat penat akibat aliran darah tak lancar
Lebih menakutkan, kolesterol tinggi tidak menunjukkan simptom awal. Sebab itu penting untuk buat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
PUNCA KOLESTROL TINGGI
Beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan paras kolesterol meningkat termasuk:
- Pemakanan tidak seimbang – makanan bergoreng, tinggi lemak tepu dan gula berlebihan.
- Kurang aktiviti fizikal – gaya hidup sedentari menyebabkan lemak terkumpul.
- Berat badan berlebihan (obesiti).
- Merokok dan pengambilan alkohol.
- Faktor genetik atau keturunan.
- Tekanan emosi dan tidur tidak cukup yang mengganggu fungsi hati dan metabolisme.
CARA KAWAL KOLESTROL TINGGI SECARA SEMULA JADI.
Berita baiknya, kolesterol tinggi boleh dikawal tanpa bergantung sepenuhnya pada ubat, dengan syarat anda konsisten ubah gaya hidup dan beri sokongan nutrisi yang betul kepada sel badan.
Antara langkah mudah yang boleh diamalkan:
- Kurangkan makanan bergoreng dan tinggi lemak tepu.
- Amalkan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
- Minum air secukupnya dan tidur berkualiti.
- Tambah makanan tinggi serat seperti oat, kekacang dan buah-buahan.
- Sokong kesihatan sel hati dan jantung dengan antioksidan semula jadi seperti Vivix / ResV.
VIVIX ATAU RESV SOKONGAN SEMULA JADI UNTUK KOLESTROL LEBIH PANTAS
Ramai tak tahu, salah satu fungsi utama Vivix / ResV ialah membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas – termasuk sel hati yang memainkan peranan penting dalam mengawal kolesterol.
Bagaimana Vivix / ResV Bekerja menurunkan bacaan kolestrol tinggi?

1. Melindungi Sel Hati Daripada Kerosakan Oksidatif
Ramai tak sedar bahawa hati ialah pusat kawalan utama kolesterol dalam badan. Ia berfungsi menapis darah, menghasilkan kolesterol baik (HDL), dan memproses lemak daripada makanan.
Namun, apabila hati terdedah kepada radikal bebas hasil daripada tekanan, makanan bergoreng, atau pencemaran sel hati boleh rosak dan fungsi pemprosesannya jadi tidak seimbang.
Akibatnya, kolesterol jahat (LDL) meningkat dan risiko penyakit jantung turut bertambah.
Di sinilah Vivix / ResV memainkan peranan penting. Gabungan polifenol dan resveratrol yang terdapat dalamnya berfungsi sebagai perisai antioksidan semula jadi, membantu:
- Melindungi sel hati daripada kerosakan oksidatif.
- Menyokong detoksifikasi hati agar lebih efisien.
- Membantu menstabilkan penghasilan kolesterol supaya tidak berlebihan.
Bila hati sihat, seluruh sistem metabolisme badan juga akan lebih lancar termasuk kawalan kolesterol.
2. Meningkatkan Fungsi Mitokondria (Pusat Tenaga Sel)
Mitokondria ibarat “enjin tenaga” dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menghasilkan tenaga untuk semua proses penting termasuk pembakaran lemak dan penyingkiran kolesterol berlebihan.
Namun, apabila kita semakin berumur, fungsi mitokondria mula menurun.
Sel menjadi lemah, metabolisme perlahan, dan lemak mula berkumpul dalam darah. Inilah antara sebab mengapa kolesterol meningkat walaupun kita rasa “makan macam biasa”.
Kajian menunjukkan bahan aktif dalam Vivix / ResV, terutamanya resveratrol dan campuran polifenol, dapat membantu:
- Mengaktifkan semula mitokondria yang lemah.
- Meningkatkan kecekapan penghasilan tenaga dalam sel.
- Membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efektif.
Apabila sel lebih bertenaga, tubuh dapat menguruskan kolesterol dan gula darah dengan lebih baik menjadikan kita rasa lebih ringan, cergas dan sihat dari dalam.
3. Mengurangkan Pengoksidaan LDL (Kolesterol Jahat)
LDL atau kolesterol jahat tidak berbahaya selagi ia tidak teroksida. Masalah bermula apabila LDL teroksida akibat pendedahan kepada radikal bebas ia menjadi “melekit” dan mula melekat pada dinding arteri, lalu membentuk plak kolesterol.
Plak inilah yang menyebabkan saluran darah sempit, tekanan darah meningkat, dan akhirnya boleh mencetuskan serangan jantung atau strok.
Vivix / ResV membantu mengurangkan risiko ini melalui tindakan antioksidan yang kuat:
- Menentang pengoksidaan LDL, sekali gus menghalang pembentukan plak kolesterol.
- Melindungi dinding salur darah daripada keradangan.
- Menyokong aliran darah yang lebih lancar ke seluruh tubuh, termasuk ke jantung dan otak.
Bila darah mengalir dengan baik, tubuh mendapat oksigen secukupnya dan jantung bekerja dengan lebih tenang tanpa beban berlebihan.
4. Menyokong Kolesterol Baik (HDL)
Selain menurunkan kolesterol jahat, Vivix / ResV juga membantu meningkatkan paras kolesterol baik (HDL). HDL berfungsi seperti “pembersih semula jadi” dalam salur darah ia membawa lebihan kolesterol dari tisu dan arteri kembali ke hati untuk diproses dan dibuang.
Apabila paras HDL tinggi, badan lebih mudah mengekalkan keseimbangan kolesterol sihat.
Dengan antioksidan dan polifenol yang menyokong kesihatan sel secara menyeluruh, Vivix / ResV bukan sekadar menurunkan kolesterol, tetapi juga membantu tubuh mengekalkan sistem pertahanan semula jadi terhadap keradangan dan penuaan sel.

KESAN POSITIF BILA KOLESTROL TERKAWAL
Apabila paras kolesterol kembali seimbang, banyak perubahan positif dapat dirasai:
✨ Badan rasa lebih ringan dan bertenaga.
✨ Tekanan darah lebih stabil.
✨ Kulit lebih sihat kerana aliran darah lancar.
✨ Risiko penyakit jantung berkurang.
✨ Emosi dan fokus mental juga bertambah baik

JAGA SEL, JAGA JANTUNG
Kolesterol tinggi bukan sekadar tentang makanan, tapi tentang kesihatan sel dan keseimbangan dalam badan. Bila sel sihat, sistem tubuh lebih cekap memproses lemak dan mengekalkan keseimbangan kolesterol.
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan menyokong kesihatan dalaman dengan Vivix / ResV, anda bukan sahaja dapat mengawal kolesterol secara semula jadi tapi juga menjaga jantung, tenaga, dan kesihatan menyeluruh.
Jika anda mementingkan penampilan, tenaga serta kesihatan terus dari dalam, anda boleh mencuba menggunakan Vivix atau ResV Shaklee.
Hubungi Aisah, Pengedar Shaklee Subang Jaya sekarang, di nombor berikut, 017-6477837.
Atau klik link ini untuk whatsapp secara terus;
Aisah akan memberi konsultasi tentang penggunaan produk yang paling tepat untuk anda, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila anda membuat pembelian daripada Aisah.
Selain itu, Aisah akan membantu anda mendapat ‘cash rebate‘ menarik daripada pembelian produk Vivix dan ResV Shaklee.
Aisah menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kajang, Hulu Langat & Bandar Saujana Putra.
Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga saya (Pengedar Shaklee Labuan)










