Main Hujan Boleh Buat Anda Demam, Mitos Atau Fakta?

“Jangan main dalam hujan, nanti kena demam, baru tahu.”
Pasti anda pernah dengar nasihat ini, terutamanya masa zaman kecil-kecil dahulu.
Mak ayah sungguh-sungguh melarang kita bermain dalam hujan. Dan nasihat sedemikian mungkin diperturunkan apabila kita mempunyai anak-anak pula.
Dan mungkin nada peringatan itu lebih keras lagi berbanding mak ayah dulu-dulu.
Sebabnya bila anak demam, bukan sekadar mereka tak datang sekolah serta perlu dibawa ke klinik. Tapi ada ibu ayah yang terpaksa ambil cuti daripada pejabat.
Namun begitu, sejauh manakah kebenaran di sebalik nasihat tersebut?
MAIN HUJAN BOLEH DEMAM, MITOS ATAU FAKTA?

Bagi kebanyakan orang, bermain dalam hujan memang sesuatu yang menyeronokkan. Cumanya, kena berhati-hati kalau ada petir dan kilat sambar-menyambar.
Sekiranya ini berlaku, memang big no-no. Kena cari tempat berlindung yang sesuai, sebab terdedah kepada risiko panahan kilat.
Walaupun begitu, mandi air hujan ni sebenarnya tidak membuatkan anda dijangkiti demam.
Ya, secara fakta saintifiknya, air hujan itu sendiri tak membuatkan seseorang itu sakit. Sebabnya demam dan selesema ini berpunca daripada virus, bukan air hujan.
Dan virus ini tersebar melalui mereka yang sedang dijangkiti penyakit tersebut kepada seseorang yang lain.
TAPI KENAPA ADA ORANG TERKENA AIR HUJAN BOLEH DEMAM & SELESEMA?

Tidak dinafikan ada individu akan mula sok sek sok sek (selesema) dan bersin selepas terkena hujan. Dan kemudian ia mungkin akan melarat kepada sakit tekat dan juga demam.
Ini terjadi disebabkan atas beberapa faktor.
Faktor #1: Sistem Imun Badan Tertekan
Yalah. Cuaca persekitaran sejuk. Air hujan tu sendiri sifatnya sejuk. Dan kalau ada angin kuat bertiup, maka keadaan pun akan jadi semakin sejuk.
Boleh menggigil-gigil jadinya.
Apabila suhu badan dibiarkan menurun dalam situasi yang agak lama dan berpanjangan, ini akan memberi tekanan terhadap kemampuan sistem imunisasi badan anda dalam melawan penyakit.
Kesannya, badan anda akan lebih sensitif terhadap serangan virus demam dan selesema. Dan ini menyebabkan anda jatuh sakit.
Faktor #2: Berada Rapat-Rapat
Semasa hujan lebat turun, ramai yang akan berkejar untuk mencari tempat berteduh.
Dan apabila beramai-ramai berkumpul di sesuatu tempat, maka jarak sosial antara satu individu dengan individu yang lain menjadi rapat.
Bila jadi macam ni, semakin tinggilah peluang untuk virus demam dan selesema berpindah daripada seorang kepada seorang yang lain. Sama ada melalui udara atau juga sentuhan.
BOLEHKAH KITA MENCEGAH DARIPADA TERKENA DEMAM DAN SELESEMA?

Untuk mengelakkan diri daripada demam dan selesema secara total adalah sesuatu yang hampir mustahil.
Walaupun begitu, anda boleh mengurangkan kemungkinan untuk dijangkiti penyakit tersebut semasa musim hujan.
Antaranya elakkan diri dari terlalu lama terdedah kesejukan di dalam hujan. Jika basah, keringkan badan dengan segera dan duduk di tempat yang boleh beri kehangatan kepada tubuh.
Selain itu, pastikan tidur yang cukup. Sebab tanpa tidur yang cukup, ianya juga akan memberi tekanan kepada sistem imun badan anda.
Hurm, lagi pun musim hujan kan sedap nak tidur, ambil lah peluang ya.
Akhir sekali, anda boleh amalkan pengambilan vitamin C dan juga vitamin E. Kedua-dua vitamin ini membantu meningkatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit.
Ada kajian menunjukan pengambilan vitamin sebegini ni secara konsisten bukan saja mengurangkan kemungkinan terkena demam atau selesema, malahan juga dapat membantu mengurangkan simptom serta mempercepatkan tempoh pemulihan.
APA PRODUK VITAMIN C & VITAMIN E YANG BERADA DI PASARAN
Salah satu produk vitamin C dan vitamin E yang berada di pasaran adalah keluaran Shaklee. Cadangan pengambilan adalah sebiji tablet setiap hari bagi kedua-dua vitamin.


Sekiranya anda perlukan bantuan untuk mendapatkan kedua-dua produk ini, anda boleh hubungi Aisah cepat-cepat.
Aisah akan beri layanan terbaik untuk anda. Anda boleh telefon Aisah di 017-6477837, atau mesej di link whatsapp berikut.
www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee
www.wasap.my/60176477837/NakProdukShaklee
Aisah menyediakan servis penghantaran dan COD bagi mereka yang berada di Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Sungai Buloh, Petaling Jaya, Damansara, Bandar Kinrara, Puchong, Putrajaya, Bukit Jalil, Sri Petaling & Bandar Saujana Putra.
Dan bagi yang di luar kawasan ini, usah risau. Aisah boleh pos terus ke alamat anda.
Dan bagi di Wilayah Persekutuan Labuan, ada keistimewaan buat anda. Anda boleh ‘self-collect‘ terus produk Shaklee daripada rumah keluarga Aisah (Pengedar Shaklee Labuan)





